BTC USD 81,525.6 Gold USD 4,168.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dividen ASB

Status
Not open for further replies.
kes macam ni waris kena buat tuntutan pusaka, samada di pejabat tanah @ amanah raya, masa nak buat tuntutan tu kena nyatakan semua harta wife tadi samada asb, th, tanah dll. bila dah siap perbicaraan tuntutan dan ada bahagian masing2 bawalah surat dari amanah raya tadi ke asnb @ ke bank yg loan asb tu. dia org akan bagi semua asb yg 200k serta dgn dividen sekali kpd waris yg berhak mengikut arahan amanah raya tadi.... lebih kurg mcm tu la. masa tak la lama krglbih 1 bln je
 
Saya dah antar segala dokumen yang berkaitan pada pihak bank....sekarang ni masih tertunggu2 jawapan dari pihak insurans....
 
kes macam ni waris kena buat tuntutan pusaka, samada di pejabat tanah @ amanah raya, masa nak buat tuntutan tu kena nyatakan semua harta wife tadi samada asb, th, tanah dll. bila dah siap perbicaraan tuntutan dan ada bahagian masing2 bawalah surat dari amanah raya tadi ke asnb @ ke bank yg loan asb tu. dia org akan bagi semua asb yg 200k serta dgn dividen sekali kpd waris yg berhak mengikut arahan amanah raya tadi.... lebih kurg mcm tu la. masa tak la lama krglbih 1 bln je


Sedap sikit saya dengar 1 bulan...ari tu saya tanya kat pihak PNB Melaka...untuk dapatkan surat kuasa dari pesaka kecil...paling cepat pun setahun...Kalau sempat esok saya nak pegi ke pejabat tanah utuk dapatkan surat kuasa pasal selain ASB ni..arwah pun ada sedikit peninggalan tanah...
 
tak tau pula leh buat loan asb atas nama orang lain. dah tentu bro takleh wdrw account asb wife. bro kena buat sendiri semua tuntutan dari insuran/takaful dan asnb. kes macam ni takleh tangguh lama-lama nanti bank hantar surat lawyer pasal apa tak bayar.

Saya pakai nama arwah isteri saya sebab pakai nama saya kena reject pasal nama tak berapa clear sebab ada sangkut kad kredit...Saya dah pun inform pihak bank....Pihak Bank kata sekarang tengah tunggu keputusan dari pihak insurans..
 
Kalo arwah x buat pename utk waris..

Mmg deal dgn amanah raya..

Kalo dokumen komplit.. Xde masalah..

Cume tunggu mase nye je laaa..

mmg jenuh menunggu
 
Untuk loan ASB memang insuran akan cover full settlement..tapi nak keluarkan duit ASB atas nama isteri yang meninggal tu menjadi masaalah..sebab ASB tiada penama..perlu faraid,,dan pewaris akan mendapat duit asb tu mengikut bahagian masing2..antara suami,anak,ibu bapa dan saudara2 yang lain..

kalo mcm aku, tiap2 bulan bagi duit kat isteri utk dia simpan dlm asb dia. kalo dia meninggal, duit asb tu bukan jd aku@suami punya sorang la ek? kena share dgn ibu bapa dia?

kalo aku berjaya buktikan tu duit aku, boleh dpt kat aku ke?
 
sedikit info untuk renungan bersama...

PENGERTIAN FARAID
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.


CARA PENGAMBILAN HARTA PUSAKA
Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud, kemudian dicari siapakah yang Mahjud, barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
1. Ashabul-Furud
Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

2. Asabah
Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah. Terdapat 3 jenis asabah iaitu:
(a) Asabah Binafsih
(b) Asabah Bil Ghoir
(c) Asabah Maal Ghoir.

(a) Asabah Binafsih
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir
Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

3. Dhawil-Arham
Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta. Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu:
Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon
Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman
Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.
 
Kalo arwah x buat pename utk waris..

Mmg deal dgn amanah raya..

Kalo dokumen komplit.. Xde masalah..

Cume tunggu mase nye je laaa..

mmg jenuh menunggu


kena naik mahkamah buat akuan bersumpah x...isi borang pewaris utk stiap org, mati stem & cop kt pesuruhjaya sumpah. klu tanah ada, asb ni x pasti plak...
 
kalo mcm aku, tiap2 bulan bagi duit kat isteri utk dia simpan dlm asb dia. kalo dia meninggal, duit asb tu bukan jd aku@suami punya sorang la ek? kena share dgn ibu bapa dia?

kalo aku berjaya buktikan tu duit aku, boleh dpt kat aku ke?


sapa penama, itu dia punya. x kira la sapa yg bayar pon.

klu ada isi form akuan bersumpah nanti, mintak je stiap waris tulis serah semua kt bro untuk uruskan. pastu pandai2 la....:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
sapa penama, itu dia punya. x kira la sapa yg bayar pon.

klu ada isi form akuan bersumpah nanti, mintak je stiap waris tulis serah semua kt bro untuk uruskan. pastu pandai2 la....:)cgrock:)cgrock:)cgrock

dah pergi PUNB. dia ckp asb takde pewaris. aku dah lama pikir benda ni.

setiap bulan aku bg isteri rm3k simpan dlm asb #:-S

skrg duit asb dia lg banyak dari simpanan aku. hehe... sbb aku boros, sbb tu suruh dia simpankan.

maybe nak suruh dia buat wasiat kot. ~X(
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register