BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Divergence trading

mtvortex

Active Member
Messages
1,724
Joined
Dec 11, 2008
Messages
1,724
Reaction score
275
Points
41
Saya nak kemukakan satu teknik lama yang saya rasa jarang sekali dibincangkan di CG, Divergence Trading. Sebelum ini sudah ada cubaan dilakukan oleh bro Jejantas untuk mengetengahkan trading style ini, tapi tak details. Thread tu boleh refer kat sini.

===Disclaimer dari saya===
Untuk makluman teknik ini agak berisiko dan ada sesetengah experience trader tidak menggalakkannya kerana menurut pendapat mereka teknik ini "counter trend"/melawan arus. Satu lagi tidak semua signal divergence membawa maksud reversal/retracement. Signal divergence itu sendiri tidak akan membuat price bergerak mengikut arah divergence kerana data-data indikator adalah "akibat" drpd pergerakan price dan bukannya "penyebab". Kadang-kadang signal divergence tidak lebih daripada petunjuk kepada price slowing down dan bukannya retrace/reverse. Proceed with caution!!
So saya nak beri peringatan awal, terutama kepada newbie(saya pun newbie gak:D:D) supaya belajar asas trendline/CS/chart formation/S&R dahulu sebelum mencuba teknik ini.
Teknik ini bukannya teknik standalone, ia hanya sebagai pelengkap kepada teknik lain yang lebih solid serta membantu untuk entry/exit trade yang lebih baik.

Divergence Trading Compile dr Babypips

Rujukan berkaitan divergence trading
Total Guide To Forex Divergence Trading
Divergence-Stock&Commodity
DivergenceCheatSheet
ReverseDivergencesandMomentumbyMartinPring
UsingDivergencestoKeepOutofBadTrades
DivergenceStudy
BollingerBandDivergence
TradeDivergence
DivergenceType
DIVERGENCESTRATEGY
 
Last edited:
Divergence Trading

Saya akan membahagikan teknik ini kepada tujuh (7) topik utama
1.PENGERTIAN DIVERGENCE
2.DIVERGENCE INDIKATOR
3.JENIS-JENIS DIVERGENCE
4.REGULAR vs HIDDEN DIVERGENCE
5.KAEDAH TRADE MENGGUNAKAN DIVERGENCE
6.KEBAIKAN DAN KEBURUKAN DIVERGENCE
7.DIVERGENCE CHEAT SHEET
 
Divergence Trading

PENGERTIAN DIVERGENCE
Indikator digunakan bersama-sama dengan CS/Chart formation, trend line, resistant / support levels/Fibo, adalah antara intipati utama dlm TA (technical analysis).
Secara logiknya sekiranya kita mengkaji indikator2 ini, kebanyakkanya adalah berdasarkan price movement, maka output-nya sepatutnya menggambarkan pergerakan price itu sendiri.
Akan tetapi, terdapat beberapa indikator yg dikategorikan sebagai "leading indikator".
Indikator-indikator ini biasanya akan memberi amaran awal kemungkinan berlakunya perubahan terhadap trend semasa. Contohnya bila price membuat HH, indikator pula gagal untuk buat "new high" sebagaimana yg berlaku terhadap price movement (Divergences occur when there is a discrepancy between the price and a technical indicator). Maka kita akan nampak percanggahan diantara pergerakan price dengan indikator. Fenomena ini dinamakan divergence.

diverg.png
 
Last edited:
Divergence Trading

DIVERGENCE INDIKATOR
Saya suka membahagikan kepada 2 kategori;
1. Oscillator
Indikator drpd kategori ini terdiri drpd Stochastic, CCI, RSI, ROC, OBV,RVI,Momentum dan beberapa lagi yg lain.
2. Histogram
MACD,AO,Volume.
 
Last edited:
Divergence Trading

JENIS-JENIS DIVERGENCE
Terdapat 2 jenis divergence yg biasa digunakan oleh trader.

1. Regular Divergence (RD)
RD digunakan sebagai signal awal berkemungkinan berlakunya trend reversal/retracement/pullback terhadap trend semasa.

1: A) RD Bullish
Jika price membuat LL, tetapi indikator pula HL, maka ini dikenali sebagai Regular Bullish Divergence.
RDBullish.png


bullishdiverg.gif
 
Last edited:
Divergence Trading

1: B) RD Bearish
Jika price membuat HH manakala indikator pula membentuk LH, ini di kenali sebagai Regular Bearish Divergence.
RDBearish.png


bearishdiverg.gif
 
Divergence Trading

Divergence yang ke-2
2. Hidden Divergence (HD)
HD kebiasaanya digunakan sebagai signal berkemungkinan berlakunya kesinambungan trend.

2: A) HD Bullish
Bullish Hidden Divergence berlaku apabila price membuat HL manakala indikator pada masa yg sama membentuk LL.
HDBull.png


bullishhiddendiverg.gif
 
Divergence Trading

2: B) HD Bearish
Bearish Hidden Divergence berlaku apabila price membuat LH manakala indikator pada masa yg sama membentuk HH.
HDBear.png


bearishhiddendiverg.gif
 
Divergence Trading

Ok. Dah faham basic divergence, kita tengok pula "rupabentuk" divergence. Rupabentuk divergence ini menggambarkan kualiti divergence tersebut.

Terdapat 3 tahap kualiti divergence mengikut rupabentuk.
1. DIVERGENCE "CLASS - A"
Yang ni dianggap sebagai signal divergence yang paling kuat yang mana kebiasaannya akan membawa kepada perubahan trend yang signifikan.* (lebih besar TF lebih signifikan trend yang mungkin berlaku)

Bearish Divergence “Class A” – Berlaku apabila price membentuk new high (HH), manakala indikator membentuk new low (LH). Keypoint-nya di sini ialah mengenalpasti higher low (puncak ke-2) pada indikator yang mana memberi gambaran bahawa price/trend semasa tidak lagi mempunyai momentum yg mencukupi untuk terus naik. Ini kebiasaannya memberikan signal yang kuat berkemungkinan berlakunya perubahan trend dlm masa yang terdekat.

Bullish Divergence “Class A” – berlaku apabila price membentuk new low (LL) manakala indikator membentuk higher low (HL). Keypoint ialah mengenalpasti higher low (lembah ke-2) pada indikator yang mana memberi gambaran bahawa price/trend semasa tidak lagi mempunyai momentum yang mencukupi untuk terus turun. Ini memberikan petanda awal berkemungkinan akan berlaku perubahan trend. Gambarajah di bawah adalah contoh divergence daripada kategori "Class A".

diverga.png
 
Last edited:
Divergence Trading

2. DIVERGENCE "CLASS - B"
Divergence "Class B" pula menunjukkan penurunan/kenaikkan dalam price momentum secara berperingkat dan kurang ekstreme berbanding "Class A". Adalah di nasihatkan untuk mengambil kira faktor-faktor lain sebagai confirmation sebelum enter position.

Bearish Divergence “Class B” – Berlaku apabila price membentuk double/triple top, manakala pada masa yang sama indikator membentuk lower high (LH). Keadaan ini di sebabkan masih ada lagi sisa-sisa momentum untuk price terus naik menyambung trend sebelumnya. Keadaan double/triple top di tafsirkan sebagai price mencapai keseimbangan. Pada peringkat ini Bulls dengan Bears mempunyai kuasa yang sama terhadap pasaran. Oleh itu dingingatkan bahawa berhati-hati jika anda ingin enter position dengan setup divergence "Class B"

Bullish Divergence “Class B” – Berlaku apabila price membentuk double/triple bottom, manakala indikator membentuk higher low (HL). Senario yang sama dengan Bearish Divergence "Class B" Cuma dalam keadaan terbalik/bertentangan.

divergb.png
 
Last edited:

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15387
USD / JPY
160.354
GBP / USD
1.33693
USD / CHF
0.79844
USD / CAD
1.39475
EUR / JPY
185.028
AUD / USD
0.70251
Back
Top
Log in Register