BTC USD 81,707.1 Gold USD 4,353.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Divergence trading

Divergence Trading

3. DIVERGENCE "CLASS - C"
Kualiti divergence yang ke-3.

Yang ni merupakan divergence yang paling lemah, dan biasanya berlaku dalam keadaan choppy market . Dinasihatkan divergence yang ni se-elok-eloknya diabaikan. Tapi bagi tujuan pengetahuan, elok diketahui sedikit sebanyak karakteristiknya untuk memudahkan kita membezakan yang mana divergence yang perlu di elakkan.

• Bearish Divergence “Class C” – berlaku apabila price membentuk higher high (HH), manakala indikator masih lagi pada tahap sebelumnya. Indikator tidak membentuk new high, masih lagi sama dengan paras sebelumnya. Ini menandakan price masih lagi mempunyai momentum yang kuat untuk menyambung trend sebelumnya.

• Bullish Divergence “Class C” – berlaku apabila price membuat lower low (LL), manakala indikator masih lagi pada tahap sebelumnya (tiada new low). Kemungkinan untuk price bertukar trend adalah kecil dan lebih kepada menyambung trend sebelumnya.

divergc.png
 
Dah habis 3 chapter. Sambung mlm ni Chapter seterusnya..
 
yang ni contoh-contoh trade saya menggunakan divergence..

gytriangle3.gif


ejfeb26.gif


euup1.gif
 
Divergence Trading

4. REGULAR vs HIDDEN DIVERGENCE

A) RD paling efektif digunakan apabila price membuat percubaan untuk melangkaui previous high/low dan gagal (diketahui lebih awal dengan penurunan momentum/CCI di bwh 100, Stoch di bwh 70 dll yg korang biasa nampak kalau nak sell). Corak yang sama juga dapat dilihat dlam keadaan market baru nak start bullish (momentum pointing upwards/CCI atas -100/Stoch atas 30 dan lain-lain signal buy). Confirmation dpt dibuat dengan melihat bentuk CS/chart formation dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Perkara biasa jika terdapat 3 hingga 4 kali percubaan price untuk menembusi support/resistant. Tetapi perlu diingat kesemua market action ini perlu diseimbangkan dengan penurunan/kenaikkan divergence secara berperingkat. Corak RD ini di namakan 3 point RD/4 point RD.

B) HD paling efektif digunakan dalam situasi trend continuation. Bila price retrace dan kita nak cari posisi yang paling strategik untuk masuk post, this is it ~ Hidden Divergence. Price berkemungkinan besar akan retrace sehingga previous swing high/low dan dengan confirmation wujudnya HD kita letak limit order ikut arah trend. Pengiraan risk/reward disini penting. Jika terdapat perbezaan yang sangat kecil diantara pergerakan price dengan indikator, jangan trade. Satu lagi yang perlu diambil kira sekiranya sebelum ini terdapat RD untuk 3 high/low yang terakhir berturut-turut, maknanya jangan masuk post.(lainlah kalau nak scalp 5-10 pips).

RD dan HD adalah dua elemen yang wujud dlm bentuk yang berlawanan tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. HD boleh wujud dalam RD, begitu juga RD akan wujud dalam HD. Tukar TF saja. Akan jumpa byk pattern-pattern mcm ni..
 
Last edited:
Chapter seterusnya panjang gila. kaedah trade guna divergence..
slow-slow je taip..:D:D
 
Divergence Trading

Nxt Chapter KAEDAH TRADE MENGGUNAKAN DIVERGENCE

Sebelum tu kita tengok apa rule yang perlu dipatuhi untuk meminimumkan jumlah kerugian/salah analysis. extract dari babipips

Terdapat 7 peraturan yang perlu dipatuhi untuk trade divergence dengan lebih efectif.

1. Bagi memastikan kesahihan kewujudan divergence, price formation hendaklah dlm keadaan berikut:
i) Higher High dari previous high,
ii) Lower Low dari previous low,
iii) Double/triple top,
iv) Double/triple bottom.

Abaikan indikator dahulu sehingga anda confirmkan salah satu chart formation ini. Jika dah jumpa, check indikator anda, dan menepati bentuk divergence yang diterangkan sebelum ini, maka nisbah risiko position telah dikurangkan sebanyak setengah.:D:D

DiverRule1-1.png


DiverRule2-1.png
 
Last edited:
thank you ,bro aku mengikuti kelas divergence ni menarik gak untuk tambah ilmu
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.14803
USD / JPY
157.271
GBP / USD
1.33830
USD / CHF
0.82311
USD / CAD
1.40147
EUR / JPY
180.523
AUD / USD
0.71299
Back
Top
Log in Register