ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
DIVAFORCE Sdn Bhd (Divaforce), syarikat pengurusan dan pemasaran Sistem Pemantauan Berpusat (CMS) menyasarkan 50 peratus penduduk di kawasan yang mempunyai liputan CMS akan menggunakan sistem kawalan keselamatan itu apabila ia dilancarkan dalam masa terdekat.
Ketua Pegawai Eksekutif Divaforce, Woo Kok Boon berkata, sasaran itu selari dengan pakej berpatutan ditawarkan kepada orang ramai dalam membantu membanteras jenayah di kawasan diliputi CMS.
“Kami letakkan sasaran tinggi kerana harga kami tawarkan berpatutan, bermula serendah RM39 sahaja. Buat masa ini, kawasan diliputi CMS adalah Kota Damansara, Subang Jaya, Puchong dan USJ.
“Kami juga merancang untuk kembangkan perkhidmatan CMS ke setiap negeri selepas Lembah Klang,” katanya pada majlis pra pelancaran CMS di Kuala Lumpur, semalam.
Kok Boon berkata, CMS adalah sistem pemantauan keselamatan rumah yang mempunyai pusat kawalan bagi setiap kawasan terlibat dengan menghubungkan sistem amaran rumah kepada pusat kawalan jika sistem amaran berbunyi.
“Rumah menggunakan CMS akan dilindungi dengan pemantauan kamera litar tertutup 24 jam dan pusat pemantauan akan bertindak segera jika berlaku cubaan pecah rumah dengan menghantar pegawai keselamatan bertugas dalam masa 10 minit serta melaporkan kejadian serta merta kepada balai polis berdekatan.
“Perkhidmatan ini usaha sama kami dengan rakan kongsi Zins Security Services Sdn Bhd, disokong Polis Diraja Malaysia,” katanya.