BTC USD 86,366.8 Gold USD 4,369.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Nekbat Kekal Jadi Pilihan Ramai Pada Ramadan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,788
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,788
Reaction score
98
Points
80
203987628f47ba9cc21b84e109bdf28869aa4728cb5e5

25d5abad03e1d7e776d2c028d9d4499069aa47a3e52b5

7737ac10d957a6f37005dcd1ebd3b0c969aa482452bcf

Kuih nekbat yang telah siap dimasak ketika ditemui di Rantau Abang di sini.

Kuih tradisional ikonik Pantai Timur, nekbat terus menjadi pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam kalangan masyarakat di Terengganu dan Kelantan setiap kali Ramadan.

Walaupun berdepan perubahan zaman serta kemunculan pelbagai jenis kuih moden, nekbat tetap mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang unik selain nilai tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Noor Aini Salleh, 43, berkata pada Ramadan tahun ini beliau menerima tempahan kira-kira 120,000 biji nekbat daripada peniaga serta peminat kuih tradisional berkenaan, termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kuih tradisional ikonik Pantai Timur, nekbat terus menjadi pilihan ramai sebagai juadah berbuka puasa dalam kalangan masyarakat di Terengganu dan Kelantan setiap kali Ramadan.

Walaupun berdepan perubahan zaman dan kemunculan pelbagai jenis kuih moden, nekbat yang bentuknya seakan-akan kuih baulu tetap mendapat tempat di hati masyarakat kerana rasanya yang unik selain nilai tradisi yang diwarisi turun-temurun.

Seorang pengusaha nekbat Noor Aini Salleh, 43, berkata pada Ramadan tahun ini dia menerima tempahan kira-kira 120,000 biji kuih itu daripada peniaga serta penggemar termasuk dari Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Perlis.

“Saya mula menerima tempahan kira-kira dua minggu sebelum Ramadan sehingga tidak menang tangan menghasilkan antara 4,000 hingga 5,000 biji nekbat sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya ketika ditemui Bernama di bengkelnya di Rantau Abang dekat sini hari ini.

Noor Aini berkata dia mula menceburi perniagaan nekbat pada 2019 dengan hanya menghasilkan kuih itu sepanjang Ramadan, manakala pada bulan lain mengikut tempahan bagi majlis tertentu.

“Sepanjang Ramadan, rutin membuat nekbat bermula dari 4 petang hingga 10 malam setiap hari bagi memastikan semua tempahan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya yang dibantu dua anak, Sharifah Nur Safiyah Syed Shahruddin, 17 dan Nur Arrabella Marissa, 18, dalam menyiapkan tempahan.

Noor Aini berkata proses pembuatan nekbat kini lebih mudah dengan bantuan ketuhar berbanding kaedah tradisional menggunakan acuan tembaga dan bara sabut kelapa.

Setakat ini tiga jenis nekbat telah dihasilkan iaitu nekbat tepung gandum yang dijual pada harga RM38 bagi 100 biji manakala nekbat tepung beras serta nekbat tepung gandum berperisa pandan pada harga RM40 dalam jumlah sama.

 
Back
Top
Log in Register