BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditipu RM4.5 juta melalui e-mel

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
4.5j.jpg_1497166402.jpg

Sidang media berhubung penipuan menggunakan e-mel spoofing yang mengakibatkan sebuah syarikat di Sg Petani kerugian RM4.5juta - FOTO zuliaty zulkiffli


SYARIKAT minyak kapal di Sungai Petani kerugian RM4.5 juta akibat ditipu sindiket yang menggodam e-mel pembekal minyak untuk syarikat berkenaan sebelum meminta bayaran dimasukkan ke dalam akaun mereka pada 31 Mei dan 2 Jun lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Asri Yusoff berkata, pihaknya menerima dua laporan daripada syarikat itu pada Khamis dan semalam berhubung kes berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati syarikat itu menjadi mangsa sindiket penipuan yang dipercayai menggunakan teknologi emel spoofing (sorok identiti) dan memasukkan perisian 'spyware' ke dalam sistem komputer mangsa sebelum memperoleh salinan segala hubungan e-mel syarikat itu.

"Biasanya syarikat itu membuat pembelian minyak di Singapura, namun pada 31 Mei lalu, mereka menerima e-mel yang kononnya dari syarikat pembekal di Singapura supaya membuat pembayaran ke sebuah bank di Greensboro, Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$309,000 (RM1.3 juta).

"Namun pada 2 Jun lalu, syarikat pengadu menerima e-mel kedua dengan mengarahkan pembelian ke atas nama sebuah syarikat di Hong Kong bernilai AS$760,000 (RMRM3.2 juta).

"Bagaimanapun, selepas membuat pembayaran, pengadu kemudian dihubungi pihak pembekal sebenar untuk menuntut dua bayaran berkenaan.

"Apabila disemak, pengadu menyedari e-mel yang diterima sebelum ini bukan daripada pihak pembekal sebenar," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, hari ini.

Asri berkata, pengarah syarikat terbabit kemudian membuat laporan berhubung kes itu di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, IPK negeri.

Beliau berkata, ini adalah kes pertama yang diterima pihaknya di negeri ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati kerana percaya lebih banyak syarikat akan menjadi mangsa penipuan teknologi spoofing seperti ini kerana modus operandi yang digunakan amat mudah untuk menarik minat mangsa.

"Kita juga akan bekerjasama dengan polis antarabangsa untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini kerana ia mempunyai rangkaian sindiket penipuan antarabangsa," katanya



sumber: http://www.hmetro.com.my/utama/2017/06/236740/ditipu-rm45-juta-daripada-e-mel


.
 
Tak agak2 sindiket tu menipu. Tinggal asap je dibuatnya.
 
Kadakg kadang payah jugak nak kenalpasti email ori atau tak. Nampak mmg sama cuma huruf ada sikit lain. Sila gugel ya
 
Kadakg kadang payah jugak nak kenalpasti email ori atau tak. Nampak mmg sama cuma huruf ada sikit lain. Sila gugel ya

iyela... tp dh tukar no akaun lain.. xkan x kontek balik syarikat pembekal utk pengesahan..
ke saja buat2 kna tipu...
 
heh. xsesuai dh kot zaman skg ni deal juta2 main emel je
 
dah lama aku x check bahagian Spam bila buka email.
 
Back
Top
Log in Register