BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,478.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditipu kekasih siber

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


ALOR GAJAH - Kerana terlalu percaya dengan kenalan menerusi laman sosial, seorang lelaki kerugian RM30,000 setelah diperdaya seorang wanita warga asing yang mendakwa ingin menghantar hadiah sebagai tanda persahabatan.

Mangsa dikenali sebagai Aiman Hakimi, 25, seorang juruteknik dari Machap Baru di sini, mula mengenali wanita berkenaan menerusi laman sosial Facebook pada Januari lalu sebelum hubungan persahabatan mereka bertambah rapat.

"Perkenalan kami pada awalnya berjalan lancar sehinggalah pada awal Mac lalu, wanita itu memberitahu hendak menghantar barang berupa komputer riba, kasut berjenama, jam tangan dan bunga sebagai hadiah.

“Wanita itu juga mendakwa ingin memberi saya seutas rantai leher emas sebagai tanda penghargaan persahabatan antara kami yang baru mengenali dalam tempoh kira-kira dua bulan,” katanya.

Menurutnya, dia yang pada mula tidak berharap dengan pemberian itu, bagaimanapun menjadi teruja dan yakin apabila menerima panggilan daripada seorang lelaki mendakwa ejen syarikat penghantaran.

“Menerusi perbualan telefon, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai James Mark meminta saya memasukkan wang sebanyak RM3,800 sebagai bayaran insurans terhadap kesemua barang akan dihantar.

“Percaya dengan kata-kata lelaki itu, saya memasukkan wang tersebut ke satu akaun di sebuah stesen minyak di Jasin. Lelaki itu kemudian meminta saya memasukkan sejumlah wang lagi yang didakwa sebagai duti kastam pula," katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Aiman berkata, kerana terlalu gembira, dia sekali lagi memasukkan wang untuk duti kastam berjumlah RM4,400 ke dalam akaun sama.

“Selang sehari, lelaki itu hubungi saya lagi dan meminta saya memasukkan lagi wang sebanyak RM19,400. Dia kata, untuk diberikan kepada pihak kastam," katanya.

Menurutnya, sebanyak 15 transaksi deposit terhadap dua akaun berbeza milik seorang wanita dan seorang lelaki dibuat membabitkan keseluruhan kira-kira RM30,000, bagaimanapun sehingga kini dia belum menerima barangan dijanjikan, sebelum sedar bahawa kemungkinan menjadi mangsa penipuan.

Berikutan itu, Aiman membuat laporan di Balai Polis Jasin, dekat sini.

Katanya, walaupun laporan sudah dibuat, dia masih berhubung dengan wanita warga asing serta ejen penghantaran itu menerusi laman sembang sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Nur Hishamudin Hashim ketika dihubungi mengesahkan laporan kejadian.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/ditipu-kekasih-siber-1.145141
 
ni kes kurang kasih sayang la ni
 
laaaaa......dengar buah mula pun tau ppuan tu nk tipu.......adoi la ada lagi yg dok percaya mcm nih,ppuan tuh msti tau laki nih duit byk.........
 
sengal mcm xlogikkk
 
Lelaki ni kurang amik tahu isu semasa ke?
dah byk sgt masuk berita ttg penipuan cara ni.
still masih percaya lagi..
 
Lelaki ni kurang amik tahu isu semasa ke?
dah byk sgt masuk berita ttg penipuan cara ni.
still masih percaya lagi..

Tu menunjukkan nampak sangat lelaki ni tak pernah nak ambik tahu hal² semasa..ntah² surat khabar pon tak penah beli
 
aku pun x tahu ape la bgnngang sgt laki nie..
kalo kene tipu cam hyip tu bleh tahan la :))
 
Back
Top
Log in Register