BTC USD 63,285.7 Gold USD 4,344.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditetak sampai mati dalam rumah sendiri

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
ttk.gif_1475130520.jpg

Sungai Petani: Seorang pemandu jengkaut berusia 35 tahun mati ditetak dengan senjata tajam di bilik tidurnya oleh sekumpulan lelaki yang menyerang rumahnya di Taman Keladi, di sini, tengah malam tadi

Dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah malam itu, sekumpulan lelaki sebahagiannya dikatakan bersenjatakan parang memecah pintu pagar dan pintu rumah selepas mangsa, M Kumar enggan membukanya

Sebaik berjaya masuk, suspek kira-kira 10 orang dikatakan terus menyerang dengan parang dan mangsa yang cuba menyelamatkan diri berlari masuk ke dalam bilik tidur dan mengunci pintu dari dalam

Menurut sumber, suspek kemudian bertindak memecah pintu bilik dan menetak Kumar di perut, tangan dan kaki, malah tangan kirinya hampir putus

"Selepas melihat mangsa cedera parah semua suspek segera meninggalkan rumah terbabit dan menghilangkan diri

"Polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan menemui mangsa terbaring dalam bilik di tepi katil dengan kesan tetakan di perut, kaki dan kedua-dua belah tangan," katanya

Sumber berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat

http://www.hmetro.com.my/node/170259
 
Mgkin ini yg dimaksudkan 1/3 mental
oleh menteri kesihatan kita...



.
 
Si mati ahli geng 08, suspek geng 36

14502809_1848488355388352_8036056145997605853_n.jpg


KES TETAK SEHINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN.

Pada 29/9/2016 jam 0020, anggota bertugas PKD terima panggilan dari 1L India maklum terdapat 1L India telah kena tetak sehingga mati di alamat Taman Keladi, Sg Petani.

Nama : Kumar a/l Munusamy
KPT : 810802-08-
Umur : 35 tahun
Alamat : Tmn Keladi 08000 Sg Petani Kedah.
Kerja : Pemandu Lori
Rekod Lampau : Terdapat 2 kes dadah (Sek. 15(a)ADB & Sek. 6 ADB & 1 kes jenayah Sek 427KK.

Unit K9, D9 IPK dan Forensik IPK Kedah telah hadir ke tempat kejadian. Kes disiasat dibawah Sek 302 KK oleh ASP RADZI - SIO JSJ IPD KUALA MUDA.

Siasatan awal mendapati si mati ditetak oleh sekumpulan lebih kurang 10 orang lelaki India yang bersenjatakan parang dengan menaiki motorsikal.

Saspek dipercayai dari kumpulan kongsi gelap Geng 36. Manakala simati adalah dari Geng 08. Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan saspek sedang dijalankan.
 
ruginya hidup 35 tahun..
 
Polis kena settle kes ni cepat2, kongsi. Gelap. Ni bahaya betoi...
 
jangan bagi muka kasi tangkap semua geng2 samseng ni
 
Kurang sikit geng depa ni
 
Back
Top
Log in Register