BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditembak selepas balik bersenam

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.

Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang.

Mangsa dipercayai seorang ahli perniagaan itu kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai aspek.

“Sehingga saat ini, pihak kami masih belum mengetahui jenis senjata dan motif suspek yang membuat serangan terhadap mangsa.

Apa yang pasti suspek telah melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa. Malah, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika dilihat daripada sudut kerjaya mangsa.

“Namun, saya menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya akan mengganggu proses siasatan yang kami sedang jalankan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Abdul Majid berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 20 tahun jika sabit kesalahan.

“Orang ramai juga tidak perlu merasa bimbang untuk berkunjung ke kawasan rekreasi tersebut kerana kejadian seperti ini amat terpencil dan ianya hanya menumpukan kepada individu tertentu sahaja.

“Polis juga sedang menjalankan sekatan jalan di semua jalan masuk dan keluar dari bandar Kluang ini mulai petang kelmarin untuk mengesan suspek terbabit,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/ditembak-selepas-balik-bersenam-1.186586
 
pergh...bhye yer skrg ni..asik tembak je..harap2 la aku x der musuh..
 
1 berita smpi 2 thread.org lain2 yer

senang sgt skg ni nak bunuh org.
 
wokyoh sila merge dgn balqis...balqis sila merge dengan wokyoh..hehehe
 
polis kata kes terpencil..bukan ke dah banyak gila kes camni..still dikira terpencil eh..:-?
 
polis kata kes terpencil..bukan ke dah banyak gila kes camni..still dikira terpencil eh..:-?

memang banyak da pun kes tembak menembak yg berlaku..hanya beberapa je die on record..yg lain off record ..
 
Back
Top
Log in Register