BTC USD 62,866.7 Gold USD 4,317.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ditangkap jual nasi bungkus

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
ne_10.1.jpg


PEGAWAI Penguat Kuasa MBAS memeriksa sebuah gerai yang menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa pada Operasi Ramadan di Jalan Gangsa, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Jual nasi bungkus kepada orang tidak berpuasa pada harga pakej menggunakan kereta di lokasi tersembunyi di tepi tapak pembuangan sampah haram.

Itu yang dilakukan seorang lelaki berusia 55 tahun dipercayai untuk mendapatkan wang lebih pada bulan Ramadan ini.

Bagaimanapun, rahsia lelaki itu terbongkar apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyerbu kereta jenis Proton Saga miliknya yang diletakkan di belakang deretan bangunan berhampiran Terminal Bas Shahab Perdana di sini semalam.

Dalam serbuan Operasi Ramadan kira-kira pukul 12 tengah hari itu, lelaki terbabit sedang menunggu pelanggan dan hasil pemeriksaan di dalam kereta menemui masing-masing 50 bungkus nasi berlauk dan minuman.

Kesemua makanan dan minuman tersebut disembunyikan di dalam beberapa bungkusan plastik berwarna hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang dan but kereta.

Difahamkan, nasi bungkus dijual antara RM5 hingga RM7 mengikut jenis lauk kepada pekerja di kawasan sekitar yang kebanyakannya pekerja bengkel.

Dalam operasi berasingan yang diadakan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dan Jabatan Kesihatan negeri itu, MBAS menyerbu sebuah gerai ditutupi kain kanvas di tepi Jalan Gangsa di sini.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0731&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
 
Family aku dlu pon meniage makann
If bln pose, mmg agak terjejas
Tp ade alternatif lain kot
Jual time nk buke kt bazar
Mmg laku gile sampai boleh kalahkan pndapatan sehari meniage mkann
 
moga setimpal balasan
 
ramai lagi yg jual nasi bungkus di tengahari bulan puasa sebenarnya..yg jual kat tepi2 jalan pn ada..
 
gilo sampai 50 bungkusan makanan tu! ramai tol yg x posa!
 
kalau pihak berkuasa btol jalankan banyak yang kena tangkap brapa byk kedai melayu masih buka jual ikut belakang ... malu je kita sbgai org islam
 
Back
Top
Log in Register