BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diskaun saman

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Sesiapa yang disaman ekor atau saman lalu lintas lain akan diberi diskaun kompaun atau kadar lebih rendah jika membayarnya dengan cepat, tetapi dilengahkan, nilainya akan terus meningkat sehingga ke peringkat mahkamah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (gambar) berkata, langkah itu antara cadangan pihaknya bagi menyelesaikan masalah saman trafik termasuk saman ekor.


Katanya, langkah itu bagi memberi keadilan kepada semua pesalah trafik. Sebelum ini, pihak berkuasa memberi diskaun kepada pesalah trafik bagi menggalak pembayaran saman, namun itu tidak adil bagi mereka yang menjelaskan saman dalam tempoh kompaun iaitu kebiasaannya dua minggu.


“Saya sudah beri cadangan ini kepada kerajaan. Kalau rendahkan kompaun dan panjangkan tempoh kompaun, saya percaya orang akan bayar saman, tetapi kena tengok jenis kesalahan juga... jika kesalahan serius tidak bolehlah rendah, contoh jika langgar orang hingga mati takkanlah didenda RM30 saja,” katanya selepas penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia di Masjid Bukit Aman, semalam. Katanya, kajian cadangan itu sedang dilakukan selain perbincangan dengan pihak lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya kadar kompaun selaras.


“Memandangkan keputusan dari peringkat tertinggi, maka kita perlu tunggu lepas kajian dibuat dan tengok macam mana ia patut dilakukan untuk memperbaiki keadaan,” katanya.


Selain itu, cadangan supaya nombor pendaftaran kenderaan dikeluarkan kerajaan juga diutarakan untuk memastikan nombor palsu tidak dapat dibuat, justeru mengelak saman ekor. “Kebiasaannya pendaftaran dikeluarkan satu pihak saja iaitu JPJ. Bagaimanapun, pembuat nombor juga sepatutnya satu badan yang mengeluarkannya secara menyeluruh, bukan kedai biasa.


“Sekarang semua kedai boleh buat jadi banyaklah nombor palsu dan ini punca berlaku saman ekor,” katanya.


Mengulas saman ekor yang sepatutnya dihentikan pula, Musa berkata, polis hanya mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.


“Saman ini hanya peringatan. Kalau tiada undang-undang seperti ini, orang kata polis tak jalankan tugas, dan jika masyarakat patuh pada undang-undang, tak adalah kena saman,” katanya.
 
“Saya sudah beri cadangan ini kepada kerajaan. Kalau rendahkan kompaun dan panjangkan tempoh kompaun, saya percaya orang akan bayar saman, tetapi kena tengok jenis kesalahan juga... jika kesalahan serius tidak bolehlah rendah, contoh jika langgar orang hingga mati takkanlah didenda RM30 saja,” katanya selepas penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia di Masjid Bukit Aman, semalam. Katanya, kajian cadangan itu sedang dilakukan selain perbincangan dengan pihak lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya kadar kompaun selaras.

sembang bab saman ekor tapi bagi contoh kes bapak saman !! :(scam
 
Bukan masalah bayar tu tapi saman ekor tu hanyalah notis saman sahaja. Sepatutnya kena bawa ke mahkamah dulu sebelum pesalah bayar saman tu. Ini entah apa-apa dah diwajibkan bayar. Kalau tak bayar takleh sambung road tax. Bapak pencuri punya polis ni.
 
minggu lepas aku dah bayor RM300....klu x tak jalan le kete aku!
 
Back
Top
Log in Register