TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,502
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,502
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
KELANA JAYA: Pelajar yang membuat pinjaman dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebelum tahun 2010, diberi diskaun 50 peratus untuk menyelesaikan baki pinjaman mereka
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata tawaran sempena ulang tahun ke-50 MARA itu terbuka untuk tempoh setahun bermula dari hari ini
Beliau berkata, peminjam perlu menyelesaikan baki pinjaman semasa, sama ada menerusi permohonan pembiayaan persendirian untuk melangsaikan hutang mereka secara sekali gus bagi melayakkan pemberian diskaun berkenaan
"Ketika ini MARA hanya beri diskaun pembayaran balik kepada pelajar yang pernah membuat pinjaman dari tahun 2010 hingga sekarang
"Bagaimanapun, timbul rungutan daripada pelajar yang pernah membuat pinjaman melanjutkan pelajaran sebelum tahun 2010 kerana mereka tidak diberi faedah sama
"Justeru, sempena ulang tahun MARA ke-50, kita beri diskaun 50 peratus kepada peminjam yang ingin melangsaikan hutang mereka secara sekali gus dan ia boleh dilaksanakan dalam tempoh setahun dari sekarang," katanya pada sidang media selepas menghadiri forum Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa (PERSADA), di sini, sebentar tadi
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Datuk Dr Dolbani Mijan; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor, Norzaton Aimi Mohd Kassim dan bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan
Mara beri diskaun kepada peminjam pelajaran
![]()
KUALA LUMPUR - Bersempena dengan sambutan 50 tahun penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara), para peminjam pelajaran Mara ditawarkan pemberian insentif diskaun melibatkan semua kategori peminjam
Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebelum ini, pihaknya telah membuat pengumuman pada 25 Mac lalu dengan memberikan tawaran diskaun sebanyak 50 peratus kepada peminjam pinjaman pelajaran Mara bagi tahun 2010 dan sebelumnya yang lulus namun tidak mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik
Susulan daripada pengumuman sebelum ini, Annuar memaklumkan bahawa Mara telah bersetuju untuk memberikan tambahan diskaun sebanyak 20 peratus kepada peminjam pinjaman pelajaran dalam ketegori satu tersebut
"Sebagai contoh, sekiranya pelajar A mendapat tajaan pinjaman pelajaran Mara pada tahun 2010 atau sebelumnya, katakanlah jumlahnya RM50,000 serta lulus penggajian namun tidak mendapat kemudahan pengurangan pembayaran balik, diskaun 50 peratus akan diberikan atas baki pinjaman dan tambahan diskaun 20 peratus lagi selepas mendapat diskaun 50 peratus," katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini
Dalam pada itu, bagi ketegori kedua pula, Annuar memaklumkan bahawa Mara telah bersetuju untuk memberikan tambahan diskaun sebanyak 20 peratus ke atas peminjam pinjaman Mara yang layak mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik termasuklah yang telah memperolehi pengurangan bayaran balik
"Sebagai contoh, sekiranya pelajar B mendapat tajaan pinjaman pelajaran Mara, katakan ia berjumlah RM200,000 serta pelajar lulus pengajian dan mendapat kemudahan pengurangan bayaran balik, katalah berjumlah 75 peratus diberikan atas baki pinjaman semasa dan tambahan diskaun sebanyak 20 peratus lagi akan diberikan," katanya
Selain itu, bagi peminjam yang gagal dalam pengajian, Annuar memaklumkan bahawa pihaknya mengambil inisiatif untuk meringankan beban pihak terbabit dengan pemberian diskaun 50 peratus dari baki pinjaman semasa
Annuar berkata, pemberian diskaun tersebut hanya diberi kepada peminjam pinjaman pelajaran Mara yang membuat bayaran balik secara sekali gus dari baki pinjaman semasa mereka
"Selain itu, permohonan secara atas talian di portal Mara akan dibuka sehingga 31 Disember 2016," katanya
25 Mac lalu, Mara mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 50 peratus kepada peminjam pendidikan Mara yang telah membuat pinjaman pada 2010 dan tahun-tahun sebelumnya
Difahamkan, pemberian diskaun itu mengikut jumlah baki pinjaman yang belum dijelaskan dan perlu dibayar dalam satu bayaran dan tawaran ini untuk tempoh setahun bermula April ini