BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirompak mat rempit selepas terbabit dalam kemalangan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Hafiz menerima rawatan selepas terlibat dalam kemalangan.
< 1 / 1 >
SERDANG - Dirompak mat rempit selepas terbabit dalam kemalangan. Itu yang dialami bekas ahli kumpulan X-Factor, James Vernon Budge atau nama Islamnya Hafiz di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) di sini, kira-kira jam 3 pagi, semalam.

Menceritakan kejadian itu, rakan Hafiz yang dikenali sebagai Siew Mei berkata, Hafiz dalam perjalanan dari Pahang selepas menemui isterinya yang baru keguguran anak pertama.

"Hafiz tidak menyedari bagaimana kenderaan yang dinaikinya terbabas kerana ia berlaku begitu pantas.

“Dalam pada dia menanggung kesakitan akibat kemalangan, dia dirompak pula,” katanya.

Menurutnya, mujur orang awam yang menyedari kemalangan tersebut bertindak membantu Hafiz.

“Keadaan Hafiz kini stabil. Dia mengalami kecederaan di bahagian mata akibat terkena serpihan kaca dan kecederaan di dada. Akibat kecederaan itu, dia sudah menjalani pembedahan dan dijangka keluar hospital beberapa hari lagi,” katanya.

Hafiz yang memeluk Islam pada 2000 mengalami kerugian RM2,500.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/dirompak-selepas-kemalangan-1.304344
 
kesiannya.. x-factor nie group yg mana yer?
 
******* nyer Mat rempit,

habis Busuk persatuan rempit semalaysia..
 
Kesian betul.. dah lah accident, kena pulak rompak. Kalu dapat perompak nie ader kene balun cukup-cukup.
 
simpati nasib yang menimpa mangsa...sudah jatuh ditimpah tangga, harap2 mat rempit ni dapat ditangkap.
 
serdang ni tempat mat rempit merempit kot.
 
Back
Top
Log in Register