BTC USD 63,476.2 Gold USD 4,482.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirogol kenalan baru

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bukan saja dirogol berulang kali ketika dikurung selama tiga hari oleh seorang lelaki, malah turut diugut bunuh atau dijadikan pelacur jika mendedahkan kejadian itu kepada keluarganya.

Bagaimanapun, remaja berkenaan yang dikurung dalam bilik di sebuah hotel di Pudu di sini, Jumaat lalu, dapat melarikan diri sebelum pulang ke rumah keluarganya di Sungai Besi, ketika lelaki terbabit memasuki tandas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, semalam mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan, polis sedang menjalankan siasatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, remaja terbabit dikatakan ke rumah neneknya kira-kira jam 3.30 petang Khamis lalu sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang baru dikenali.

Katanya, mangsa menerima panggilan daripada lelaki itu sekitar jam 6.30 petang sebelum menerima ajakan kenalan barunya itu untuk keluar bersama.


“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak pergi bersiar-siar seperti dijanjikan, sebaliknya membawa mangsa ke bilik di sebuah hotel sebelum dirogol sebanyak tiga kali.

“Selepas dirogol, lelaki terbabit memaksa mangsa tinggal bersamanya selama tiga hari dalam bilik terbabit dipercayai untuk melayan nafsu serakahnya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, remaja itu kemudian dipaksa menyerahkan RM200 kepada suspek tetapi mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.

Katanya, mangsa didakwa turut diugut agar menutup mulut dan tidak memberitahu mengenai kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya.

“Suspek akan bertindak untuk membunuhnya atau menjadikannya pelacur jika kejadian berkenaan dibocor kepada pengetahuan keluarganya,” katanya.

Dia yang ketakutan mengambil kesempatan melarikan diri dari bilik hotel itu ketika lelaki terbabit menggunakan tandas.

Selepas memaklumkan kejadian itu kepada keluarga, mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan, semalam.

sengal la pompuan ni,baru kenal sekejap je da bole kena usung.
 
mula2 mau last2 nak kaber ckp kene rogol la tu
 
ades, pepg dah baca berita ko ni alonso.. baru 13 tahun ni, kecik lagi.. apa nak jadi manusia skrg ni..
 
remaja sekarang... senang-senang aje suak keluar dengan jantan.. dah kena menyusahkan orang.... bodo betul....
 
KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun bukan saja dirogol berulang kali ketika dikurung selama tiga hari oleh seorang lelaki, malah turut diugut bunuh atau dijadikan pelacur jika mendedahkan kejadian itu kepada keluarganya.

Bagaimanapun, remaja berkenaan yang dikurung dalam bilik di sebuah hotel di Pudu di sini, Jumaat lalu, dapat melarikan diri sebelum pulang ke rumah keluarganya di Sungai Besi, ketika lelaki terbabit memasuki tandas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, semalam mengesahkan kes berkenaan dan memaklumkan, polis sedang menjalankan siasatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, remaja terbabit dikatakan ke rumah neneknya kira-kira jam 3.30 petang Khamis lalu sebelum menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang baru dikenali.

Katanya, mangsa menerima panggilan daripada lelaki itu sekitar jam 6.30 petang sebelum menerima ajakan kenalan barunya itu untuk keluar bersama.


“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak pergi bersiar-siar seperti dijanjikan, sebaliknya membawa mangsa ke bilik di sebuah hotel sebelum dirogol sebanyak tiga kali.

“Selepas dirogol, lelaki terbabit memaksa mangsa tinggal bersamanya selama tiga hari dalam bilik terbabit dipercayai untuk melayan nafsu serakahnya,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Sumber itu berkata, remaja itu kemudian dipaksa menyerahkan RM200 kepada suspek tetapi mangsa mendakwa tidak mempunyai wang.

Katanya, mangsa didakwa turut diugut agar menutup mulut dan tidak memberitahu mengenai kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya.

“Suspek akan bertindak untuk membunuhnya atau menjadikannya pelacur jika kejadian berkenaan dibocor kepada pengetahuan keluarganya,” katanya.

Dia yang ketakutan mengambil kesempatan melarikan diri dari bilik hotel itu ketika lelaki terbabit menggunakan tandas.

Selepas memaklumkan kejadian itu kepada keluarga, mangsa dibawa ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan, semalam.

sengal la pompuan ni,baru kenal sekejap je da bole kena usung.

aku tak rasa baru kenal...aku rasa depa kenai lama kot.dalam intenet:-?
 
lepas kene ugut rm200 tu yg dia repot polis tu..
kalo tak kene ugut,hari2 dia mahu main..:eek:
 
ish ish..muda lagi tu,kecian..

p/s: Jgn mudah kuar dgn org yg br kita kenal,
 
ermmm...mcm2 skrg ni..br 13thn dah berani kuar ngan jantan..
 
Back
Top
Log in Register