BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dirempuh ketika melintas

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Dirempuh ketika melintas


PUTRAJAYA: Bunyi seretan brek disusuli dentuman kuat mengejutkan beberapa penghuni kawasan perumahan Presint 8 di sini, apabila seorang murid sekolah dilanggar sebuah kereta, petang semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, Adibatul Husna Mohamed Rais, 10, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8 (1) dipercayai berlari melintas jalan selepas panik apabila ditinggalkan rakan, kira-kira jam 2 petang.


Bagaimanapun, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang wanita dipercayai tidak sempat membrek sebelum merempuh kanak-kanak berkenaan.


Saksi, Azman Aziz, 49, berkata, dia mendengar sebuah kereta membrek dan mendengar dentuman kuat sebelum bergegas untuk melihat punca bunyi itu. “Ketika sampai di tempat kejadian, saya melihat seorang murid perempuan terbaring di jalan raya dipercayai dilanggar kereta itu.


“Saya menghubungi anak saya yang bekerja di Perbadanan Putrajaya (PPj) sebelum memintanya melaporkan kejadian itu kepada polis dan menghubungi ambulans,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Menurutnya, mangsa yang patah tangan kiri dan luka ringan di muka dan kaki dipercayai melintas jalan ke sekolah itu dan tidak menyedari kehadiran kereta yang dipandu laju.


“Mangsa dilanggar berhampiran lintasan pejalan kaki, namun dia tidak menggunakan lintasan berkenaan ketika melintas.


“Sekolah itu tidak mempunyai pengawal lalu lintas dan mengundang bahaya kerana murid sekolah rendah tidak pandai mengagak kelajuan kenderaan,” katanya.


Adibatul Husna dihantar ke Hospital Putrajaya oleh ambulans bagi menerima rawatan.

Sementara itu, jurucakap polis Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Putrajaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu yang membabitkan sebuah kenderaan dipandu seorang wanita yang bekerja di Presint 8.


Menurutnya, wanita terbabit sudah membuat laporan kejadian itu, manakala sehingga kini, polis belum menerima sebarang laporan daripada keluarga mangsa. - H.Metro
 
sapo nak dipersalahkan ni?
 
kawasan sekolah patot pandu perlahan je..
kalo da ade bunyi brek pastu baru berdentum mmg laju la pompuan tu bwk..
 
sapo nak dipersalahkan ni?

mcm kes langgar budak skolah walaupun bkn silap driver kalo g court mmg driver gak bersalah..sbbnya apa..halaju kawasan skolah 30km/j...ada sapa2 penah bwk keta 30km/j time lalu kawasan skolah..:D
 
mcm kes langgar budak skolah walaupun bkn silap driver kalo g court mmg driver gak bersalah..sbbnya apa..halaju kawasan skolah 30km/j...ada sapa2 penah bwk keta 30km/j time lalu kawasan skolah..:D

tau xpe... :D:D pjaya plak jalan beso mmg sedap la nk pecut...
 
Back
Top
Log in Register