BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diperkosa depan 2 adik

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PORT DICKSON: Dua beradik perempuan hanya mampu melihat tanpa dapat membantu apabila kakak mereka dirogol seorang lelaki yang menumpangkan mereka ke sekolah dalam kawasan semak di Sua Betong, di sini.

Perogol terbabit melampiaskan nafsu terhadap gadis berusia 18 tahun itu selepas mengugut dua adik perempuan mangsa tidak membuat bising sementara dia melaksanakan kerja jahatnya itu.

Lebih malang apabila tiga beradik perempuan itu ditinggalkan dalam semak oleh suspek yang terus melarikan diri sejurus selepas memuaskan nafsu serakahnya.

Kejadian dikatakan berlaku disebabkan sikap mudah percaya tiga beradik berkenaan dengan pelawaan suspek yang tidak dikenali untuk dihantar ke sekolah.

Episod hitam tiga beradik itu bermula apabila mereka menunggu bas untuk ke sekolah kira-kira jam 7 pagi Khamis lalu, dipelawa suspek yang menaiki sebuah kereta untuk dihantar ke sekolah.

Tanpa berfikir panjang, ketiga-tiga beradik berusia 15 hingga 18 tahun itu bersetuju menerima pelawaan lelaki terbabit walaupun tidak mengenalinya.

Difahamkan, suspek sempat berbual-bual dengan mangsa ketika dalam perjalanan bagi menyembunyikan niat sebenarnya.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Mazlan Othman, berkata ketika dalam perjalanan menuju ke sekolah, suspek memberitahu dia tertinggal beg duit di rumahnya.

Menurutnya, lelaki itu memberitahu tiga beradik berkenaan dia perlu pulang ke rumah mengambil dompet duitnya.

“Setiba di satu kawasan di sekitar Sua Betong, dekat sini, suspek memandu masuk ke kawasan semak dan mengugut mangsa agar tidak membuat bising.

“Mangsa dirogol suspek terbabit sementara dua adiknya diarahkan tidak membuat bising,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas merogol mangsa, tiga beradik itu ditinggalkan di situ. Hanya dirogol suspek.

Katanya, tiga beradik itu ditemui orang ramai yang kebetulan melalui tempat kejadian sebelum dibawa ke Balai Polis Teluk Kemang untuk membuat laporan.

“Siasatan awal polis percaya suspek berusia 30-an dan menggunakan sebuah kereta melakukan perbuatan itu.

“Polis juga menasihatkan remaja tidak mudah terpedaya ajakan dan helah penjenayah bagi mengelak mereka menjadi mangsa,” katanya.

Menurutnya, polis melancarkan gerakan memburu suspek bagi membantu siasatan dan meminta kerjasama orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kejadian bagi membantu siasatan.

Mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6462999 atau balai polis berhampiran.
 
haa...ni yang terasa nak guna pistol nak gi tembak orang nie...

aaaaaaaaahrgh!?!?!?
 
ni brita hari isnin ko amik..ekekekkee
 
haa...ni yang terasa nak guna pistol nak gi tembak orang nie...

aaaaaaaaahrgh!?!?!?

Tulah Kak Sue kata....dah terlalu banyak alasan konkrit yang boleh ditulis dalam borang permohonan tuh....senaraikan kejadian sertakan keratan berita, gambar-gambar kejadian lagilah elok kalau ada pastu kalau lulus nanti Kak Sue pun nak mohon gak......
:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
mcm nie ana pun nak mohon tuk dapat kan lesen tembak org cmni...huhu
 
3 orang bukan budak lagi dah berumur 18 tahun, 15 tahun nape tak pakat ramai2 belasah je jantan tuh!!! kalau dia sebok nak buat'KOJE' tuh boleh je pelangkong kat kepala dia.....ibubapa sume ajarlah anak-anak ilmu mempertahankan diri saperti judo/silatke/karate ke janganlah jadi macam ni.......masyallah!!!!!!!!!!!!!!
 
moral of da story..
jgn terlalu percaya kn org luar..
lg2 lelaki2 yg tetibe offer tu..
berdikari sndiri..toksah harap org!
 
aku nak mohon sniper ... nak tembak kat kepala .. mamat **** tueeee
 
Back
Top
Log in Register