BTC USD 82,710.0 Gold USD 4,121.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilontar botol arak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Hanya kerana tiada pelekat kenderaan baru, seorang lelaki dilontor botol arak oleh pengawal keselamatan yang enggan membenarkan dia memasuki kawasan rumahnya di Pangsapuri Sri Gotong, Jumaat lalu.

Malah, dia hampir dibelasah sekumpulan 20 samseng yang ‘mengawal’ kawasan itu yang juga rakan kepada tiga pengawal keselamatan yang bertugas menjaga kawasan pangsapuri berkenaan.

Mangsa, Abd Rahman Sulaiman, 45, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika dia bersama isteri tiba di rumah yang didiaminya sejak empat tahun lalu itu.

“Sebaik tiba, kami dihalang memasuki kawasan rumah oleh seorang pengawal keselamatan bertugas dengan alasan kereta saya tidak mempunyai pelekat kenderaan baru.

“Bagaimanapun, saya memberitahu masih memiliki pelekat kenderaan lama dan merayu untuk masuk,” katanya.

Menurut Abd Rahman, ketika itulah secara tiba-tiba satu objek melayang sebelum mengenai badannya dan selepas diperiksa ia adalah botol arak.

“Saya berang dengan tindakan biadab itu dan cuba meminta penjelasan, namun tiba-tiba kereta saya dikelilingi hampir 20 lelaki tidak dikenali.

“Bimbang keselamatan diri dan juga isteri, saya masuk ke dalam kereta sebelum menghubungi polis bagi meminta bantuan,” katanya.

Katanya, polis tiba tidak berapa lama kemudian dan selepas berbincang dia akhirnya dibenarkan masuk sebelum dinasihat membuat satu laporan berhubung kejadian itu bagi melindungi keselamatan.

“Saya dimaklumkan kejadian ini bukan kali pertama berlaku, malah seorang jiran turut mengatakan dia mengalami nasib sama ketika mahu memasuki kawasan pangsapuri terbabit.

“Jiran itu memberitahu dia dihalang masuk dan juga dimaki seorang daripada pengawal keselamatan berkenaan sehari sebelum kejadian menimpa saya,” katanya.

Menurut Abd Rahman, semua kejadian itu berpunca daripada pihak pengurusan yang tidak mahu berbincang dengan mereka berhubung penukaran pelekat kereta baru berkenaan.

“Saya terkilan dengan kejadian itu kerana pihak pengurusan tidak mahu mengadakan perbincangan terlebih dulu dengan kami berhubung penukaran pelekat kereta itu.

“Lagipun, saya sudah membeli dan tinggal di rumah ini sejak empat tahun lalu selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan penduduk (JKKK) pangsapuri terbabit,” katanya.

Malah, dia turut kesal apabila mendakwa pihak terbabit cuba menggunakan khidmat samseng untuk menghalang penduduk memasuki kediaman sendiri.
 
kurang ajar gile.. org mcm ni kasi hapus je kt dunia ni..
 
saman ler.. mintak byk2 kasi bengkrap
 
harus berhati-hati. jgn percaya 100% pd sekuriti. pernah berlaku jaga yang jaga rumah jadi tukang tarik kete. dpt 2 gaji buta:(scam satu gaji jaga yang membuta dua komisen tarik kete..
 
iskk..bahaye nyeeeee..

skang ni kan security punye kampeni yg jaga rumah2 ni...ambik ntah sape2 ntah jadi jaga tu..mmg ade yg cam samseng2 la sket..

kene pantau laaaa...jgn men bagiiiiii jeee sape2 keje jadi jaga ni..silap2 dorang tlg usya line nk rampok umah sb ade kes camtu jadik kat area umah i ni..

bahaye laa..
 
cilakak punya security.. xkan orang yg duduk 4 tahun pun x knal.. :(scam
 
Security macam ni masa dia dok tido dalam pondok tu kasi bakar ngan petrol jek ...tgk la masa kena bakar tu dia samseng ke tidak.:mad:
 
mmm.....ada pak curigad......ada sesamseng...

ada pak pulisi....tak kan cumer bincang jer.....
 
Back
Top
Log in Register