BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema usahawan melayu....

Cuba bank pembangunan/SME. I dah buat memang senang. Lebih2 lagi dalam kondisi you.

BTW buat Islamic, senang tak perlu pening pasal interest naik. I dulu dapat 4% per annum je.
 
meh nak bagi cite motivasi sikit

Jutawan kerepek bermodal RM50

DENGAN hanya bermodalkan RM50, Ahmat Termizi Dollah Kusni, 50, dari Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor berjaya menjadi jutawan dalam industri kerepek ubi kayu.

Walaupun pernah tiga kali gagal, beliau akhirnya meraih kejayaan berkat kegigihan dan keyakinannya bahawa pertanian ialah suatu perniagaan. Menurut Ahmat Termizi, beliau mula terbabit dalam penjualan kerepek ubi kayu pada 1986 dengan modal hanya RM50 dan sebuah kuali yang dipinjam untuk menggoreng kerepek ubi.

“Saya pernah tiga kali gagal sehinggalah pada suatu ketika saya terpaksa menjadi pemandu lori,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kilang syarikat Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd di Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, Sepang, Selangor.

Nasibnya mula berubah apabila beliau menubuhkan Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd pada 1996. Ahmat Termizi, pengarah urusan syarikat itu, berkata, hari ini beliau mempunyai beberapa lagi anak syarikat iaitu Jamirah Enterprise, JFI Marketing Sdn Bhd dan Gemba Marketing Sdn Bhd. Pada 2004, syarikat itu mendapat Sijil Amalan Baik Ladang dari Jabatan Pertanian, sekali gus membuka lembaran baru untuk terus berkembang dalam perusahaan kerepek ubi kayu.

“Selepas 20 tahun saya bekerja keras, akhirnya saya berjaya menembusi pasaran luar dan hari ini hampir 20 peratus daripada keluaran kilang saya seperti kerepek ubi dipasarkan di luar negara seperti United Kingdom, Australia, Dubai dan Vietnam,” katanya.

Ketika ini kilangnya, yang mempunyai kira-kira 20 pekerja tetap, mampu menghasilkan tiga kerepek ubi kayu sehari. Menurut Ahmat, buat masa ini jualan kerepek ubi kayunya dengan jenama Agro Chips mencecah RM5 juta setahun iaitu 80 peratus untuk pasaran tempatan manakala selebihnya untuk pasaran luar negara.

Sumber
 
Sy baru fund 1 org utk bisnes bengkel kereta (repair, ketuk, welding, cat & NGV) kat s'ban.

Sy ttarik nk invest & jd partner coz dia ada network (callman, workshop, polis) & plan yg baik. Pd masa sm sdh byk tahun dia jd callman utk workshop lain. Skrg kami sudah set-up company sdn bhd & beli brg & renovate kedai da guna lebih rm50k (bli brg2 2nd utk cut cost).

Mmg ada bbrapa newbies nk minta sy invest, tapi bak kata secretary company sy, cari rakan niaga yg 'sudah lengkap baju di badan'.

Myb TT boleh usaha buat paperwork & cari ramai funder b4 masuk bank. Pd masa sama, x berhenti buat bisnes. Jk boleh, set-up shj company enterprise (spt partner sy) & gerak solo utk buat networking.

Gud luck TT. :)cgrock
 
ramai gak bg pendapat..thankz suma...
tujuan sy nk buat loan adalah untuk kembangkan lg perniagaan mak sy...sblm ni mak sy buat dh hampir 3thn..tp xde system..duit bisnes sama ngan duit sendiri..kira xde akaun utk syarikat..bila nk beli brg guna duit syarikat..sbb 2 xde modal...bla sy grad..sblm ni blajar dlm industri makanan gak...sy nk take over balik bisnes 2..nk buat packaging,brand,halal,n mcm2 lg la..kemudian nk buat produk baru (western food).nk buat semua 2 perlukan modal...sbb 2 sy nk buat loan..sblm ni produk ade..tp packaging hanya plastik biasa,sblm ni supply kuih utk JKM tapi skrg terpaksa dihentikan kerana tiada standard dr segi pakaging dan cop halal.mak sy hanya buat di rumah sahaja..tiada lg premis..sbb 2 sy nak amik alih dan buat bg ada system yg betul...

Senang jer la camni...

Bisnes dah ada, dah jalan lbh 3 tahun.. So suma tt dah tau pasal bisnes. Cuma nak kembangkan lagi bisnes tu..Daripada cerita tt, saya dapat kesimpulan bahawa kegagalan tt untuk dapat loan adalah berpunca dari;

1. Takde bank acc
2. Takde syarikat Sdn. Bhd
3. Takde Business Plan
4. Takde premis perniagaan yg sah (GMP, HACCP approved)
5. Takde Audited Financial Statement
6. Tak bayar Income Tax
7. Tak byr zakat...:D

Untuk mendapat pinjaman dari Bank2, semua perkara2 di atas WAJIB disediakan sebelum mengisi borang pinjaman. Selalunyer pegawai bank bila tgk org melayu yg nak pinjam, mesti dia mcm bohlayan jer sbb dier tau mesti takde bahan2 yg disebutkan di atas. Selalunyer yg nak pinjam mesti company yg dah established dan mempunyai cash flow yg CUN, baru boleh dikonsider.. TT jgn ler merajuk krn itu adalah lumrah business dgn bank dimana2 tempat hatta di seluruh dunia..

Option kedua ialah utk meminjam dgn Agensi2 Kerajaan. Syarat2 pinjaman utk Bumiputra sllnye dilonggarkan dan tidak strict spt bank2. Sbb itu ramai pengusaha Bumi pegi meminjam. Masalahnye bnyk diorang fikir buat bisnes tu senang jer, amik loan dan first thing dier buat is tukar kereta..:o Pastu kalu bisnes maju skit mula nak tukar bini..:D. Pastu bisnes lingkup suma tak bayar hutang.. Akhirnye bnyk agensi k'jaan ni dah takde duit nak bg pinjam dah.. Yg sengsara peniaga yg baru spt tt ni lah..

Sorilah..melalut skit huhu.. So apa yg boleh disyorkan kpd tt ialah;

1. Tt kena daftarkan bisnes tu. Pegi ke SSM dan buat syt persendirian jer dulu. Nanti dah berjaya baru tukar Sdn. Bhd. Tapi syt Sdn Bhd ni bnyk songelnyer. Macam2 report kena buat dan perlu ada comp. secretary, accountant and auditor utk buat financial statement and taxation.

2. Buat Current Account dan masukkan duit bisnes tt tiap2 hari/minggu without fail. Jgn guna cash utk semua pembayaran. Rekod bulanan keluar/masuk ni lah akan dijadikan bukti cash flow syt tt

3. Buat bisnes secara kecil-kecilan dulu. Start dari rumah pun takpe, modal pun tak besar. Marketing kena STRONG. CUba jual kat merata2 tempat/kedai. Setengah orang pandai buat product jer tapi dia lemah dlm marketing. Tt kena cari sorang yg pandai dlm marketing sbb tak guna kalau kita buat product yg bagus tapi orang kat luar tak tau keujudan produk kita. Tt kena create strong awareness ttg product tt, baru ada strong demand..

4. Kalau nak jugak duit buat rolling bisnes, buat masa skrg hanya Personal Loan jer yg tt boleh buat sbb susah gak nak buat loan kalu takde syarikat sendiri and bank statement..

5. Nanti kalau product tt dah famous, tt takyah susah dah cari customer, sbb nanti customer akan cari tt.. Pastuh Bank pun akan cari tt jugakk...:)paid
 
Best lah post anda, =D> Thanks for sharing

last2 paling syok..labur dalam 2-3k, buat website, iklan gila2...dari offline jadi online...guna rumah dulu jadi hq...

kuih frozen ni, kawan mak aku pn berenti jadi cikgu, start buat kat rumah je kecil2an kuih frozen...skang dah ade kilang sndiri...dalam 10 tahun kot...

dah untung juta2 nnt, hang buat kedai besar2 depan bank tuh dengan depan agensi kedekut tuh...guna slogan "Hangpa tak bagi pinjaman pun aku boleh kaya jugak!"

yang merah tu paling besh!!!!:))
 
Sy baru fund 1 org utk bisnes bengkel kereta (repair, ketuk, welding, cat & NGV) kat s'ban.

Sy ttarik nk invest & jd partner coz dia ada network (callman, workshop, polis) & plan yg baik. Pd masa sm sdh byk tahun dia jd callman utk workshop lain. Skrg kami sudah set-up company sdn bhd & beli brg & renovate kedai da guna lebih rm50k (bli brg2 2nd utk cut cost).

Mmg ada bbrapa newbies nk minta sy invest, tapi bak kata secretary company sy, cari rakan niaga yg 'sudah lengkap baju di badan'.

Myb TT boleh usaha buat paperwork & cari ramai funder b4 masuk bank. Pd masa sama, x berhenti buat bisnes. Jk boleh, set-up shj company enterprise (spt partner sy) & gerak solo utk buat networking.

Gud luck TT. :)cgrock

Yes, idea personal funder kekadang lebih baik dari dari baadan2 yg kununnya nak tulun bangsa....
 
skrg ekonomi kita seme bkn bumiputera yg pgang.rasuah sana rasuah sini.semua rasuah.yg palig kuat kaki dgn tgn kerajaan.yg ikan bilis nih la dia saman sana saman sini,yg ikan paus tu dia buat xnampak jek.maklum lah.dh knyang.kalau mcm nie la.mmg susah org melayu nak naik.
 
mcm ni la org melayu senang nak naik..
naik darah.. :D
 
ni pengalaman aku..biz bermula dgn hutang ni tk kn tahan lama.
biz baru mesti ada modal pusingan selama sethn sbb bukan bukak biz jer terus untung..
beban ni di tambah lagi dgn loan bank nk byr bulan2..

so, mula jer dgn apa yg ada..
upgrade perlahan2 lahan..
lepas sethn baru apply loan dgn rekod biz yg ada..
gerenti bleh lepas..
 
Back
Top
Log in Register