Senang jer la camni...
Bisnes dah ada, dah jalan lbh 3 tahun.. So suma tt dah tau pasal bisnes. Cuma nak kembangkan lagi bisnes tu..Daripada cerita tt, saya dapat kesimpulan bahawa kegagalan tt untuk dapat loan adalah berpunca dari;
1. Takde bank acc
2. Takde syarikat Sdn. Bhd
3. Takde Business Plan
4. Takde premis perniagaan yg sah (GMP, HACCP approved)
5. Takde Audited Financial Statement
6. Tak bayar Income Tax
7. Tak byr zakat...
Untuk mendapat pinjaman dari Bank2, semua perkara2 di atas WAJIB disediakan sebelum mengisi borang pinjaman. Selalunyer pegawai bank bila tgk org melayu yg nak pinjam, mesti dia mcm bohlayan jer sbb dier tau mesti takde bahan2 yg disebutkan di atas. Selalunyer yg nak pinjam mesti company yg dah established dan mempunyai cash flow yg CUN, baru boleh dikonsider.. TT jgn ler merajuk krn itu adalah lumrah business dgn bank dimana2 tempat hatta di seluruh dunia..
Option kedua ialah utk meminjam dgn Agensi2 Kerajaan. Syarat2 pinjaman utk Bumiputra sllnye dilonggarkan dan tidak strict spt bank2. Sbb itu ramai pengusaha Bumi pegi meminjam. Masalahnye bnyk diorang fikir buat bisnes tu senang jer, amik loan dan first thing dier buat is tukar kereta..

Pastu kalu bisnes maju skit mula nak tukar bini..

. Pastu bisnes lingkup suma tak bayar hutang.. Akhirnye bnyk agensi k'jaan ni dah takde duit nak bg pinjam dah.. Yg sengsara peniaga yg baru spt tt ni lah..
Sorilah..melalut skit huhu.. So apa yg boleh disyorkan kpd tt ialah;
1. Tt kena daftarkan bisnes tu. Pegi ke SSM dan buat syt persendirian jer dulu. Nanti dah berjaya baru tukar Sdn. Bhd. Tapi syt Sdn Bhd ni bnyk songelnyer. Macam2 report kena buat dan perlu ada comp. secretary, accountant and auditor utk buat financial statement and taxation.
2. Buat Current Account dan masukkan duit bisnes tt tiap2 hari/minggu without fail. Jgn guna cash utk semua pembayaran. Rekod bulanan keluar/masuk ni lah akan dijadikan bukti cash flow syt tt
3. Buat bisnes secara kecil-kecilan dulu. Start dari rumah pun takpe, modal pun tak besar. Marketing kena STRONG. CUba jual kat merata2 tempat/kedai. Setengah orang pandai buat product jer tapi dia lemah dlm marketing. Tt kena cari sorang yg pandai dlm marketing sbb tak guna kalau kita buat product yg bagus tapi orang kat luar tak tau keujudan produk kita. Tt kena create strong awareness ttg product tt, baru ada strong demand..
4. Kalau nak jugak duit buat rolling bisnes, buat masa skrg hanya Personal Loan jer yg tt boleh buat sbb susah gak nak buat loan kalu takde syarikat sendiri and bank statement..
5. Nanti kalau product tt dah famous, tt takyah susah dah cari customer, sbb nanti customer akan cari tt.. Pastuh Bank pun akan cari tt jugakk...

paid