BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema PTD negeri pembangkang

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Sesi dialog pada Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-13 hari ini menyaksikan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dari negeri pembangkang membangkitkan masalah mereka ketika melaksanakan tugas di negeri masing masing termasuk ketika berkursus.

Ada pegawai PTD dari negeri pembangkang yang mendakwa mereka dipinggirkan ketika menghadiri seminar dan kursus tertentu di peringkat kebangsaan memandangkan mereka berkhidmat di negeri-negeri tersebut.

Ini menyebabkan mereka meminta nasihat sebagai perangsang untuk berkhidmat dengan cemerlang.

Nasihat berkenaan diminta oleh para peserta dari negeri terbabit kerana mereka menganggap perkembangan politik negara pada ketika ini menjadikan tugas mereka lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Perkara ini dibangkitkan ketika sesi dialog yang berlangsung di Auditorium, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Sesi dialog berkenaan dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perdagangan Malaysia-Denmark, Tan Sri Dr. Johari Mat dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub sebagai panel.

Syed Hamid ketika memberikan reaksi kepada perkara yang dibangkitkan oleh para peserta berkenaan berkata, pegawai awam perlu neutral dalam apa juga keadaan.

''Pegawai perkhidmatan awam perlu bersikap neutral dan tidak berpihak.

''Anda hanya perlu melaksanakan polisi kerajaan sahaja,'' katanya.

Syed Hamid turut menasihatkan kakitangan awam supaya menasihatkan para menteri bagi membantu kerajaan menggubal polisi yang lebih berkesan.

''Menteri dan para pegawai perkhidmatan awam perlu bekerja sebagai satu pasukan.

''Oleh itu, pegawai perkhidmatan awam perlu sentiasa menasihatkan menteri dan tidak hanya melakukan sesuatu apabila disuruh oleh menteri,'' katanya.

Tajuk akhbar boleh memberi kesan negatif kepada negeri pembangkang. Sebenarnya yang buat onar ialah BILA PEGAWAI PTD DARI NEGERI PEMBANGKANG PERGI KURSUS DIPERINGKAT KEBANGSAAN

Itu bukan perkara mustahil sebab MB PAHANG pernha keluar arahan JANGAN PERGI BERCUTI, BERKURSUS dan sebagainya diKelantan

:-? :-?
mak mertua aku tgh berkursus kat INTAN...
nanti aku nak tny dia.. tak sabau nak tny ni...
 
ini baru demokrasi. 'demokrasi terpimpin' abah dia
 
dari isu royalti minyak smpai la ke isu skrang... tak abis2 membuat spekulasi dan onar. bosan dah dengan kerajaan sekarang ni.
 
kesian..tak pasal2 kena di"anak luar nikah"kan ...
 
itu lah nasib kakitangan kerajaan....
 
agaknya orang UMNO x makan budu buatan Kelaantan ; nanti terlupa lambang dacing. ingat bulan manjang.
hehehehehe
 
Ni la kalau belajar tinggi tapi tak faham Perlembagaan Negara persekutuan Malaysia. Malaysia ditubuhkan atas semangat dan dasar bersekutu bukan menjajah dan sebagainya, ada peraturan hak persekutuan dan hak negeri termaktub di dalam Jadual-jadual Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya Malaysia. Sebagai kerajaan memerintah (BN atau PR) mereka mempunyai hak berdasarkan perlembagaan Malaysia dan Negeri. Jadi tiada masalah sekiranya faham dan celik bukan membuta tuli. Tamadun dibina berdasarkan pengetahuan bukannya ke*****an.
 
MMMM....padan laaaa....Kat office duk kutuk222 kerajaaan dan pemimpin negara...itu salah ini salah....

So...rasakanlah...nikmatnyaaa...

Gali lubang kubur sendiri laaa.....
 
ape2 pn, ade hikmah di sebalik sesuatu
 
Back
Top
Log in Register