BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dilema PTD negeri pembangkang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Sesi dialog pada Persidangan Perkhidmatan Awam Ke-13 hari ini menyaksikan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) dari negeri pembangkang membangkitkan masalah mereka ketika melaksanakan tugas di negeri masing masing termasuk ketika berkursus.

Ada pegawai PTD dari negeri pembangkang yang mendakwa mereka dipinggirkan ketika menghadiri seminar dan kursus tertentu di peringkat kebangsaan memandangkan mereka berkhidmat di negeri-negeri tersebut.

Ini menyebabkan mereka meminta nasihat sebagai perangsang untuk berkhidmat dengan cemerlang.

Nasihat berkenaan diminta oleh para peserta dari negeri terbabit kerana mereka menganggap perkembangan politik negara pada ketika ini menjadikan tugas mereka lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Perkara ini dibangkitkan ketika sesi dialog yang berlangsung di Auditorium, Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini hari ini.

Sesi dialog berkenaan dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perdagangan Malaysia-Denmark, Tan Sri Dr. Johari Mat dengan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Pro Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub sebagai panel.

Syed Hamid ketika memberikan reaksi kepada perkara yang dibangkitkan oleh para peserta berkenaan berkata, pegawai awam perlu neutral dalam apa juga keadaan.

''Pegawai perkhidmatan awam perlu bersikap neutral dan tidak berpihak.

''Anda hanya perlu melaksanakan polisi kerajaan sahaja,'' katanya.

Syed Hamid turut menasihatkan kakitangan awam supaya menasihatkan para menteri bagi membantu kerajaan menggubal polisi yang lebih berkesan.

''Menteri dan para pegawai perkhidmatan awam perlu bekerja sebagai satu pasukan.

''Oleh itu, pegawai perkhidmatan awam perlu sentiasa menasihatkan menteri dan tidak hanya melakukan sesuatu apabila disuruh oleh menteri,'' katanya.

Tajuk akhbar boleh memberi kesan negatif kepada negeri pembangkang. Sebenarnya yang buat onar ialah BILA PEGAWAI PTD DARI NEGERI PEMBANGKANG PERGI KURSUS DIPERINGKAT KEBANGSAAN

Itu bukan perkara mustahil sebab MB PAHANG pernha keluar arahan JANGAN PERGI BERCUTI, BERKURSUS dan sebagainya diKelantan
 
biasa lah tuh....scam kerajaan skg nie...
 
biasa la. negara demokrasi berparlimen. memang gitu. sampai nak pi negeri pembangkang pun haram. kui kui kui
 
MenG'ANAK'tirikan...hu3....
jht tol....:(scam :(scam
 
ciannye dorang.. x patut btol laa
 
tapi itulah kenyataannya.... aku sendiri tak faham kenapa perlu dibuat mcm tu... seolah2 negeri yang diperintah pembangkang tu bukan dalam malaysia... sepatutnya tiada perbezaan diantara negeri yang diperintah Bn dengan negeri yang dipernitah pembangkang.. hasil kerajaan perlu dikongsi bersama demi kemakmuran negara, bukan untuk kepentingan politik..
 
xpatut ada istilah negeri pembangkang..cari kat mana2 negara maju, malaysia satu2nya yg mencipta istilah negeri pembangkang..kat sini pun dh nmpak cuba memesongkan istilah dari segi pemahaman umum..mcm2 isu depa..
 
tak habis2 menjaja isu yang bukan2.... bosan dah aku...
 
Back
Top
Log in Register