ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Praveen(kiri) ketika pelancaran Jualan Terima Kasih Digizen.
DIGI Telecommunication Sdn Bhd (Digi) berhasratmenambah pengguna internet mudah alih menerusi pelancaran Jualan Terima Kasih Digizen yang dilancarkan baru-baru ini.
Ketua Produk Perkhidmatan dan Internet Praveen Rajan berkata, setakat ini, syarikat telekomunikasi itu mempunyai 10.8 juta pengguna sedia ada dengan jumlah pengguna telefon mudah alih sebanyak 36 peratus.“Dengan jumalah yang semakin meningkat itu, kami berharap untuk terus memperkenalkan pelbagai produk dan pelan berpatutan bagi menarik lebih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan kami," katanya selepas melancarkan Jualan Terima Kasih Digizen di Kuala Lumpur.
Menurutnya, setakat suku ketiga tahun ini, jumlah sebenar pengguna internet yang menggunakan Digi internet adalah seramai 6.8 juta.
Pada majlis itu, Digi melancarkan kempen Jualan Terima Kasih dan hab kedua MyAndroid selepas pembukaan pusat jualan pertama di Subang Jaya pada 9 September lalu.