BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibunuh selepas

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

KUALA LUMPUR 25 Mac - Hanya kerana takut rahsia terbongkar, seorang wanita menjadi mangsa kekejaman tiga lelaki, apabila dia dibunuh selepas menyaksikan kejadian bunuh di depan pusat karaoke di Jalan PJS 8/13, Sungei Way, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, mangsa, Norlia Ali, 40, ditemukan terbaring berlumuran darah di atas kaki lima selepas ditikam di dada dan ditetak di kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek tersebut dikatakan menyerang seorang lelaki warga Indonesia, Lukmanul Hakim, 34, sehingga mati sebelum menyerang wanita yang bekerja sebagai penyelia karaoke itu selepas dia melihat kejadian berkenaan.

Menurut beliau, serangan terhadap Lukmanul itu dipercayai bermotifkan dendam.

“Warga Indonesia tersebut ditemukan mati dalam keadaan tersandar pada dinding tangga pintu masuk pusat karaoke dengan dua kesan tikaman pada belakang badan dan dada serta satu kesan tetakan atas kepala dan jari telunjuk kiri.

“Mayat kedua-dua mangsa seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Azmi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, kejadian dipercayai bermotifkan dendam terhadap mangsa lelaki warga asing tersebut.

“Hasil penelitian kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian mendapati tiga lelaki disyaki warga tempatan telah menyerang mangsa dengan menggunakan senjata tajam.

“Kita masih menjejaki ketiga-tiga suspek ini bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, kita masih siasat hubungan antara kedua-dua mangsa tersebut,” katanya.
 
Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?

Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: Menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu? (al mulk 16-17)


selepas den terbaco terjemahan ni tak berani den nk ckp "malaysia masih aman", :D
 
tak pelah,kita kan serumpun:)):)),KDN tak kisah pun,bawa masuk lagilah 10 battalion,lepas tu kawin dgn bumiputera Melayu kat sini.Anak diorang dah kira Melayu bumiputera:(scam,lepas tu boleh jadi PM:eek::eek:
 
pengajarannya janganler bekerja kat tempat2 camni..
 
Back
Top
Log in Register