BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibunuh kerana komen Facebook

sekam padi

Super Active Member
Messages
8,898
Joined
Dec 17, 2006
Messages
8,898
Reaction score
252
Points
91
JAKARTA - Polis Indonesia menahan dua lelaki yang dipercayai membunuh rakannya akibat perasaan tidak puas hati berhubung komen yang ditulis mangsa dalam laman sosial Facebook.

Ketua Polis Jakarta, Yoyol berkata, pembunuhan tersebut berlaku pada minggu lalu ekoran si pelaku tidak berpuas hati dengan komen mangsa yang menggunakan kata-kata kesat kepada akaun Facebook milik isteri seorang daripada tertuduh.

"Mangsa merupakan rakan kepada dua tertuduh dan dia dipercayai mengirim komen menggunakan kata-kata kesat ke akaun Facebook isteri seorang daripada pelaku itu.

"Selepas membaca komen tersebut, isterinya mengadu hal itu kepada suaminya," katanya.

Berang dengan perbuatan itu, si suami dan rakannya mengatur pertemuan dengan mangsa dan setibanya mangsa di lokasi yang ditetapkan, kedua-dua tertuduh bertindak mencekiknya sehingga mati.


http://www.utusan.com.my/utusan/inf...=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_12.htm
 
tu la pasai sebab kawan xde fb or tweet ker... karang kena bunuh...
 
Terlajak perahu boleh berundur,terlajak kata binasa jawabnya ..
 
kalau salah gunakan, ini-lah padah-nya...
 
Back
Top
Log in Register