BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibuang suami lepas 17 hari

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR: Hanya 17 hari selepas mendirikan rumah tangga, seorang lelaki mengugut isterinya yang berasal dari Vietnam supaya memulangkan semula wang hantaran perkahwinan mereka sebelum meninggalkan wanita itu di tepi jalan di ibu negara.

Lebih malang apabila mangsa yang masih dalam tempoh berbulan madu hanya mampu menangis apabila diusir suaminya yang juga seorang ahli perniagaan di tepi jalan bersama sebuah beg berisi pakaian di Jalan Klang Lama di sini, baru-baru ini.

Pertelingkahan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus apabila gadis Vietnam itu gagal memahami bahasa Inggeris atau Mandarin dituturkan suaminya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ngo Thi Kim Thoa, 22, berkata dia sebelum ini mendaftar melalui agensi mencari jodoh yang menawarkan lelaki Malaysia untuk dikahwini.

Menurutnya, dia yang berasal daripada keluarga miskin di Vietnam berharap perkahwinannya dengan lelaki Malaysia melalui khidmat agensi mencari jodoh berkenaan dapat mengubah kehidupan diri dan keluarganya.


“Seorang lelaki Malaysia menyatakan minat memperisterikan saya dengan membayar kepada agensi berkenaan RM13,800.

“Lelaki berusia 47 tahun itu bersungguh-sungguh mahu melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu sebelum saya dibawa pihak agensi ke negara ini,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Ngo, sebaik tiba di negara ini, dia melangsungkan perkahwinan dengan ahli perniagaan itu sebelum dibawa tinggal bersama suaminya di ibu negara.

Bagaimanapun, wanita itu mula kekok apabila dia tidak boleh berbahasa Inggeris atau Mandarin menyebabkan berlaku masalah komunikasi dalam hubungan mereka.

“Saya tidak memahami apa yang suami minta dan bualkan. Malah, dia kerap marah-marah dengan bahasa yang tidak dapat saya mengerti.

“Tidak lama selepas itu, suami merampas pasport dan meminta saya membayar kembali wang RM13,800 yang dibayar kepada pihak agensi untuk mengahwini saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang tidak mempunyai wang sebanyak itu dibawa menaiki kereta sebelum ditinggalkan di tepi jalan berhampiran pejabat agensi mencari jodoh berkenaan di Jalan Klang Lama di sini.

Sementara itu, pemilik agensi mencari jodoh berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Bu, 30-an, berkata tindakan lelaki terbabit keterlaluan dan tidak munasabah berikutan mereka baru berkahwin tidak sampai sebulan.

Menurutnya, lelaki terbabit yang juga seorang bujang sebelum ini bersungguh-sungguh menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan gadis Vietnam yang diperkenalkan agensi itu sehingga sanggup membayar wang ditetapkan.

“Lelaki itu yang dihubungi selepas membuang isterinya memberi alasan dia jemu kerana tidak dapat berbual atau berkomunikasi dengan wanita terbabit yang hanya boleh bertutur bahasa Vietnam.

“Malah, lelaki itu turut melahirkan kemarahan kerana mendakwa isterinya kolot dan gemar memakai pakaian tradisional Vietnam di rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit turut memberi alasan dia menceraikan isterinya kerana wanita itu enggan memakai baju tidur yang dibelikannya, baru-baru ini.

“Dia yang enggan berunding meminta saya memulangkan semula yuran mencari jodoh RM13,800 atau pasport milik wanita terbabit tidak akan dikembalikan.

“Permintaan lelaki terbabit tidak munasabah kerana dia sudahpun berkahwin dengan gadis pilihan dan meniduri gadis berkenaan yang ketika itu masih dara,” katanya.

Menurutnya, sejak wanita berkenaan ditinggalkan di luar pejabatnya pada 30 Mac lalu, agensi itu terpaksa menjaga mangsa sehingga urusan mendapatkan pasport diselesaikan.

“Lebih memeranjatkan apabila lelaki itu yang dihubungi pada 2 Mac lalu, marah sambil mendakwa bekas isterinya tidak berguna dan tidak sesuai menjadi pasangan hidup,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perkhidmatan dan Aduan MCA, Datuk Micheal Chong, ketika mengulas kejadian itu menyelar sikap lelaki tempatan yang didakwa cerewet dan tidak pandai melayan isteri walaupun pada peringkat awal mereka beria-ia mahu berkahwin dengan gadis asing.

Menurutnya, kebanyakan lelaki terdesak itu biasanya terdiri di kalangan bujang tua, lelaki yang kerap ditolak cintanya atau mempunyai wajah yang tidak menarik.

“Biasanya mereka ini hanya melihat pada rupa paras wanita yang ingin dikahwini dan hanya menyesal selepas mendirikan rumah tangga berikutan masalah komunikasi.

“Daripada 11 laporan yang diterima daripada gadis Vietnam yang berkahwin dengan lelaki tempatan sejak 2006, kira-kira 90 peratus mendakwa tidak bahagia dan ingin pulang ke negara asal,” katanya.
 
tiada kesabaran dlm komunikasi ni...

gatal nak kawen ngan gadis asing sapa suruh...

habis madu sepah dibuang...
 
natijah perkahwinan yg berpaksikn nafsu! #:-S
 
bengong nye orang...sebelum tu tak pikir lak sume nih akan terjadi...kalo nk suh pompuan tu ikut jer apa dia nak baik cari robot jer...terdesak gile ni...
 
b.odo la laki cmni.....

JAHAT GILE..

ni da kes aniaya... patutnya kne knakan tindakan..
 

nk sgt kawen warga asing...
bila x leh komunikasi nk mintak dwet hantaran bg balik laks...
apa punye olang...akal ltk kt lutut..
 
laki tu nak pakai free jer pompuan tuh. dapat 2 minggu pulak tuh. lepas tu mintak refund.
 
tiada kesabaran dlm komunikasi ni...

gatal nak kawen ngan gadis asing sapa suruh...

habis madu sepah dibuang...

banyak cina tua2 kawin dgn awek luar@vietnam...
pkai agensi pulak tu...
yg untung agensi tu ler...
maybe agensi tu janji yg bakal bini dia x kena tbuk tupai...
alih2 kretapi leh buat u-turn...
klau mcm tu baik cari kt malaysia pun dah belambak:))
 
Back
Top
Log in Register