BTC USD 63,083.7 Gold USD 4,317.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibelasah sebelum dibuang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NIBONG TEBAL - Lelaki yang ditemui terapung di Sungai Kerian Khamis lalu dikenal pasti sebagai A Samuel, 18, selepas ahli keluarga mangsa membuat pengecaman di rumah mayat.

Menurut sumber, ibu mangsa membuat laporan polis dua hari sebelum mangsa ditemui terapung selepas gagal dihubungi dan tidak pulang ke rumah.

“Ahli keluarganya turut melakukan pencarian dan menemui motosikalnya yang diletakkan di tepi jalan di Sungai Bakap.

“Bagaimanapun, mayat mangsa yang ditutup matanya ditemui tersangkut di tebing sungai berhampiran timbunan sampah oleh nelayan yang sedang memukat,” katanya kepada Sinar Harian.

Susulan dari penemuan itu, siasatan lanjut dijalankan dan didapati mangsa mati sejak beberapa hari sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat ketika dihubungi berkata, kes terbabit kini diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini masih belum ada tangkapan yang dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kes ini.

“Hasil keterangan yang diambil daripada keluarga mendapati mereka tidak mengesyaki mangsa mempunyai musuh dan juga mendakwa dia tidak terbabit dengan kegiatan kongsi gelap,” katanya.

Polis kini sedang mengesan rakan-rakan yang rapat dengan mangsa yang belajar di sebuah sekolah menengah di Nibong Tebal bagi membantu siasatan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dibelasah-sebelum-dibuang-1.276741
 
Back
Top
Log in Register