BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dibelasah lepas dituduh meraba

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
RAWANG: Gara-gara didakwa menyentuh seorang perempuan, seorang lelaki lebam di muka manakala bibirnya pecah selepas dipukul sekumpulan lelaki berhampiran sebuah flet di Bandar Country Homes, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam kelmarin, mangsa, 44, sedang berjalan ke rumah rakan untuk makan malam sebelum dihampiri empat lelaki dan terus menolaknya hingga terjatuh.

Sejurus kemudian, mangsa terus dibelasah oleh lelaki terbabit, manakala orang ramai yang berada di sekitar flet terbabit tidak berani melawan selepas diugut kumpulan lelaki terbabit supaya tidak mencampuri urusan mereka.

Sumber berkata, selepas hampir 10 minit dibelasah, lelaki berumur 30-an itu melarikan diri sebelum seorang lelaki mengugut mangsa supaya tidak lagi mengacau seorang wanita.

“Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bibir, muka dan belakang badan selepas dibelasah kumpulan lelaki terbabit.

“Dia menerima rawatan sebagai pesakit luar di sebuah klinik di Rawang,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, siasatan mendapati mangsa mengenali wanita dimaksudkan lelaki terbabit dan sebelum kejadian, dia dikatakan bergurau dengan menepuk peha wanita itu sebelum disedari seorang lelaki mendakwa teman lelakinya.

“Usaha mengesan semua suspek giat dilakukan dan kita percaya mereka kini bersembunyi selepas menyedari mangsa membuat aduan.


Macam-macam hal
 
hahahaha...kalo nk begurau pon,,,,xkn nk sesuke hati tepuk pehe pompuan tu????bkn ade syer pon kn????cian pon ade....pdn muke pon ade....
 
aku lepuk kat ctu jugak kalau aku nampak men2 raba2 ni...boongokk tak tentu pasal kan dah padan muka.pesal tak hentak jek muka mamat tu atas jalan.hahaha
 
memang patut kena, yg pi tepuk paha pompuan tu pasal, umur dah 40an, takkan takde bini, memang sah ada niat tersembunyi

gurau pun gurau gak, tak yah le sampai bertepuk paha. apa daaaaa
 
memang patut kena, yg pi tepuk paha pompuan tu pasal, umur dah 40an, takkan takde bini, memang sah ada niat tersembunyi

gurau pun gurau gak, tak yah le sampai bertepuk paha. apa daaaaa

tu gurau 40 thn la nama nye:eek:
 
memang patut kena, yg pi tepuk paha pompuan tu pasal, umur dah 40an, takkan takde bini, memang sah ada niat tersembunyi

gurau pun gurau gak, tak yah le sampai bertepuk paha. apa daaaaa

dia kena sindrom PENYAKIT 40AN kot

:-?
 
tuh lah yg bagusnyer org melayu.... semangat tolong-menolong... :D
 
Back
Top
Log in Register