TT menggunakan perkhidmatan POD (Print on Demand) yang bererti syarikat tersebut boleh mencetak apa jua grafik, ke atas produk-produk tertentu yang mereka tawarkan, dengan sebarang kuantiti tempahan.
Biasanya percetakan memerlukan kuantiti yang besar. Bayangkan 50 tahun dulu, jika kita hendak mencetak poster kita harus menempah sekurang-kurangnya 1000 keping (misalannya). Tetapi dengan pencetak digital dan komputer peribadi kita boleh mencetak sendiri hatta 1 keping sahaja sekali pun. Tapi pencetak peribadi kita kualitinya tak bolehlah diandalkan untuk mencetak sehelai t-shirt.
Tapi syarikat POD boleh cetak ke atas mug (kole air), t-shirt, sarung bantal, muka jam, dll.
Untuk jadi unik, anda harus mengemukakan desain anda sendiri, supaya anda mempunyai kelebihan berbanding penjual lain di ebay.
Saudara, teks yang menggunakan ejaan penuh dan ayat "skema" lebih senang dibaca kan?