ok saya cuba tambah sikit lagi untuk kamu ya...
dalam kes artsnow, saya nak tegaskan bahawa ada 2 istilah yang harus kita bezakan.
1. Dropship
2. POD - Print on Demand
Dropship : kita jual dulu pada harga (misalannya) US$9.00, kemudian setelah selesai waktu lelongan kita pesan dari ArtsNow pada harga US$2.99. Selebihnya kita ada baki (untung kasar) US$6.01, wang ini kita simpan. Semasa pesan, sertakan alamat pelanggan kita. Artsnow akan pos terus kepada pelanggan kita.
POD : Barang yang kita jual, misalnya mousepad, akan dicetak dengan grafik yang kita tentukan, pada sebarang kuantiti.
Tidak semua syarikat DropShip buat POD. Ada yang jual kasut, XBOX, DVD dll. yang tidak ada kena mengena dengan percetakan.
Harap anda boleh bezakan....