BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diari Bisnes Ramadan Ku

PasarMalam

Banned
Messages
637
Joined
May 14, 2008
Messages
637
Reaction score
0
Points
10
Salam....hari ini merupakan hari pertama kami peniaga-peniaga Pasar malam melompat ke Bazaar Ramadan dan sudah pastinya kami akan bertapak kat sini selama sebulan.....

Seronok dan teruja sebab dalam sebulan ni lah kami akan menerima bonos

Hari ni hujan turun renyai-renyai dari jam 2 petang hingga 6 petang ..dan sudah pastinya membuatkan setiap dari kami kecut perut.. nasib baik tak lebat ditambah plak hari ni cuti umum ganti sambutan hari kemerdekaan ke 51 tahun Malaysia.

Pagi-pagi tadi saya dah dikejutkan dengan panggilan talipon oleh anak makcik yang membekalkan kueh talam setiap tahun pada ..anak makcik ni bagitau yang mak dia sakit dan masuk hospital...alamak dah jem kat situ..apa boleh buat saya hanya dapat doakan makcik tu sembuh segera....

Tapi nasib baik kepala otak saya dengan pantas dapat idea..teringat saya abang yang meniaga kueh talam kat Pasar Malam Alma...saya terus call dia dan alhamdulillah dia memahami jadi dia support saya dengan 7 talam kueh ni..alhamdullilah saya dapat menarik nafas lega.. bukannya apa sebab nama saya ni dah sinonim dengan Bazaar Ramadan Bandar Perda..kerana saya setiap tahun akan jual kueh ni di samping "main menu" bihun sup gear box.

Esok saya akan tempah lagi "Loyang" (acuan) kueh talam ni sebanyak 6 talam so saya akan dapat stok sebanyak 12 talam....yang menariknya pada tahun tak ramai yang jual kueh kerana saya dengar tepung mahal dan susah dapat stok....petang tadi siapa yang jual kueh dah pasti habis awal dan kueh talam saya jam 6 petang selamat habis dijual

Walaupun hujan turun..tapi jualan bihunsup hari ni tetap meledak cam biasa ..alhamdulillah...dan saya jangka esok hari berkerja pastinya akan bertambah pengunjung coz kat sini baru di buka " Hyper Market Jusco" serta penempatan baru bagi student Uitm....

Saya menulis cerita kisah bazaar ramadan ni buat tatapan anda setiap hari selama 28 hari . Pada hari ke 29 dan 30 saya cuti buat persiapan hari raya he he he

Jumpa lagi esok...salam
__________________
 
bagus.teruskan usaha.rezeki ada dimana2 asalkan usaha.insyaALLAH. :)
 
huyyooo journal pasar ramadan heheh....good luck bro...teringat masa study dedulu kat politek permatang pauh...time tuh bandar perda mcm bandar koboi lagi...tak byk kedai yg bukak..
 
harap murah rekzi sentiasa.sejuk hati dengar.......(sbb dulu i pun tlg arwah kawan jual tepung talam).:D :D
 
diari ramadhan rafique xde? :))


jgn mara ekk...
 
meniaga pasar malam pun tulis diari...eeee gelila..
ingatkan mat/minah bunga jer ada diari...:)) :)) :p :p
 
Back
Top
Log in Register