BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dialog Peradaban Agama

3. Petikan ayat mengenai Ketamakan Umat Manusia yang hilang.

Kita telah memetik dari Sahih Muslim petikan ayat berkenaan ketamakan keturunan Adam, di mana walaupun dia diberikan dua buah lembah penuh dengan kekayaan, dia masih ingin menghasrati lembah yang ketiga dan tiada apa yang dapat memuaskan dia. Tradisi ini, kepada akibat yang ia pernah membentuk sebahagian daripada teks Qur'an, dilaporkan dengan begitu luasnya ia mesti betul dalam butir-butir asasnya. Pilihan as-Suyuti mengenai sesetengah rekod hadith lain yang menyebut mengenai teks ini menunjukkan betapa besarnya pihak yang menyokong, satu daripada berbunyi:

Abu Waqid al-Laithii berkata, "Apabila utusan Allah (saw) terima wahyu kita akan mendatanginya dan dia akan mengajar kepada kita apa yang diwahyukan. (Saya mendatanginya) dan dia berkata 'secara tiba-tiba ia diberitahu kepada saya pada suatu hari: Sesungguhnya Allah berkata, Kita menurunkan kekayaan untuk memelihara doa dan perbuatan derma, dan sekiranya keturunan Adam ada sebuah lembah dia akan meninggalkannya untuk mencari satu lagi seperti nya dan, jika dia memperolehi yang satu lagi sepertinya, dia akan menekan untuk yang ketiga, dan tiada apa yang akan memuaskan perut keturunan Adam tetapi debu, walaubagaimanapun Allah lembut hati kepada sesiapa yang lembut hati. ' "( As-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 525) .

Rekod ini diikuti oleh satu tradisi yang serupa, di mana Ubayy ibn Ka'b dikatakan sebagai (transmitter) yang asal, memberikan rangkap ayat dalam perkataan lebih kurang serupa, kecuali sahabat Muhammad yang khasnya menyatakan bahawa Muhammad mengatakan petikan ayat ini sebagai sebahagian daripada Qur'an (al-Qur'an dalam teks) yang dia diperintahkan untuk diucap kepada mereka. Seterusnya adalah tradisi Abu Musa, yang lebih kurang serupa dengan rekod di dalam Sahih Muslim, yang mengatakan bahawa rangkap ayat itu adalah daripada sebuah surah yang menyerupai Suratul-Bara'ah dalam kepanjangannya, kecuali dalam kes ini Abu Musa tidak dikatakan sebagai telah melupainya tetapi ianya telah dikeluarkan (thumma rafa'at - "kemudian ia diambil keluar"), rangkapayat mengenai ketamakan keturunan Adam sahaja yang dikekalkan (As-Suyuti, al-Itqan, p. 525).

Beberapa pihak juga berkata bahawa rangkap ayat ini di baca oleh Ubayy ibn Ka'b selepas Surah 10. 25 di dalam mushafnya (Jeffery, bahan, p. 135) manakala rekod lain menyatakan ia juga dilaporkan oleh ibn Malik, Ibn Abbas, Ibn Zubair dan lain-lain (Noldeke, Geschichte, 1. 234) tetapi dengan ketidak-pastian samada ia adalah sebahagian daripada teks Qur'an atau tidak (Sahih Muslim, Vol. 2, p.500). Cuma Ubayy yang pasti bahawa ianya membentuk sebahagian daripada teks Qur’an. Tradisi ini adalah, oleh demikian, mutawatir, satu hadith kukuh yang mendapat pengesahan daripada sahabat-sahabat Muhammad di mana kuasa mereka tidak dapat di soal atau di cabar.

Ayat ini dikatakan oleh kedua-dua buah rekod hadith Abu Waqid dan Ubayy ibn Ka'b sebagai sebahagian daripada teks Qur'an yang diwahyukan kepada Muhammad dan, di dalam hikayat rekod Abu Musa seperti yang direkodkan di dalam pilihan As-Suyuti, ia dikatakan sebagai salah satu daripada ayat-ayat Qur'an, sememangnya sebahagian daripada seluruh surah, yang telah dibatalkan. Ianya juga diakui sebegini oleh pengulas Qur'an seperti Abu Ubaid dalam Fadhailnya al-Qur'an dan Muhammad ibn Hazm dalam Kitab al-Nasikh wa'l Mansukh, kedua-dua orang penulis menyatakan yang ia adalah satu teks Qur'an yang sah sebelum ia di tarik balik. Oleh demikian, ianya adalah satu daripada rangkap-rangkap ayat yang, walaupun Allah dikatakan telah menyebabkan ia lupa daripada ingatan manusia apabila ianya di tarik balik, tinggal di dalam ingatan sahabat-sahabat Muhammad dan telah dipelihara sebagai satu daripada ayat-ayat yang kehilangan daripada Qur'an.
 
4 . UMAR dan ayat Rajam sebagai Hukum bagi perzinaan.

Satu daripada ayat-ayat yang terkenal yang dikatakan di dalam rekod hadith sebagai kehilangan daripada Qur'an berhubungan dengan "ayat rajam" di mana Muhammad dikatakan telah diperintahkan untuk merajam sehingga mati mereka yang berkahwin tetapi melakukan penzinaan luar nikah. Semua rekod menyatakan bahawa Khalifah kedua Islam, Umar, pada satu ketika membawa bukti-bukti kewujudan ayat-ayat yang kehilangan ini kepada perhatian Muslim awam semasa satu daripada khutbahnya dari minbar masjid dalam Medina. Umar dilaporkan menceritakan perkara ini seperti berikut:

Allah menghantar Muhammad (saw) dengan kebenaran dan mewahyukan Kitab Suci kepadanya, dan di antara apa yang Allah wahyukan, adalah rangkap Ayat Rajam dan kita pernah membaca rangkap ayat ini dan memahami serta mengingatkannya. Rasul Allah (saw) pernah menjalankan hukuman Rajam dan begitu juga dengan kami selepasnya. Saya merasa takut lama-kelamaan, ada orang yang akan berkata, 'By Allah, kita tidak ternampak rangkap Ayat Rajam dalam Buku Allah’, dan oleh demikian mereka akan tersesat dengan meniinggalkan satu tanggungjawab yang Allah wahyukan. (Sahih al bukhari, Vol. 8, p. 539).

Di dalam Qur'an pada hari ini, hukuman yang ditetapkan untuk penzina adalah seratus kali dera (Surah 24:2), tiada perbezaan yang dibuat samada mereka sudah berkahwin atau tidak. Umar, bagaimanapun, telah menyatakan dengan jelas bahawa Allah pada mulanya telah mewahyukan satu hukuman Rajam (dilempar batu sehingga mati) untuk penzina. Daripada teks bahasa Arab asal di dalam Sahih Bukhari yang di petik seperti di atas, ia jelas di nampak bahawa Umar sangat yakin bahawa rangkap ini pada mulanya adalah satu daripada bahagian teks Qur'an. Perkataan-perkataan yang penting adalah wa anzala alayhil-kitaaba fakaana mimmaa anzalallaahu aayaatur-rajm, yang bermakna secara nyata dan terus, "dan dia menurunkan Kitab (viz. Qur'an) kepadanya, dan sebahagian daripada apa yang Allah turunkan (ketika itu) adalah rangkap ayat rajam".

Di dalam rekod lain mengenai kejadian ini kita mendapati Umar menambah: "sesungguhnya dalam buku Tuhan, dirajam adalah satu hukuman ke atas lelaki dan perempuan berkahwin yang membuat penzinaan, jika terdapat bukti atau penghamilan itu jelas atau pengakuan telah dilakukan" (Ibn Ishaq, Sirat Rasulullah, p. 684). Kedua-dua rekod tradisi di dalam Sahih Bukhari dan Sirat Ibn Ishaq menyatakan Umar menyebut satu rangkap ayat lain yang kehilangan yang pada satu ketika adalah sebahagian daripada kitabullah (iaitu. Qur'an) yang pernah di baca oleh sahabat-sahabat awal Muhammad, iaitu "wahai orang-orang! Jangan menuntut sebagai anak-anak kelahiran selain daripada ayah kamu, kerana ia adalah murtad (disbelief) pada bahagian kamu untuk menuntut sebagai anak-anak kelahiran selain daripada ayah kamu yang benar" (Sahih al-Bukhari, Vol. 8, p. 540) .

Di dalam kedua-dua cerita ada sesuatu pendahuluan di mana Umar memberi amaran terhadap sebarang percuba untuk menafikan apa yang dia telah katakan, memperingatkan bahawa sesiapa yang tidak menerima apa yang dia akan dedahkan tidak dibenarkan untuk mendustakannya (iaitu, untuk mengatakan yang dia tidak dedahkannya). Dia sememangnya sangat serius mengenai apa yang dia lakukan dan telah mendugai satu reaksi bermusuhan daripada kaum Muslim generasi kemudian yang tidak sedar akan kehilangan ayat yang, dengan nyatanya, bercanggah dengan perintah dalam Surah 24:2, atau Muhammad pada hakikatnya telah merajam penzina-penzina sampai mati. Muhammad pernah berbuat demikian berdasarkan, dengan jelasnya, daripada hadith yang berikut:

Ibn Shihab melaporkan bahawa seorang lelaki pada masa Rasul Allah (saw) mengakui kepada perbuataan penzinaan dan dia mengakuinya empat kali. Rasul Allah (saw) kemudian berpesan dan dia dirajam" (Muwatta imam Malik, p.350).

Terdapat banyak contoh rekod lain yang serupa di mana Muhammad mengarahkan penzina-penzina dirajam sampai mati. Apakah sebenarnya "Ayat Rajam" itu? Ianya disebut dalam tradisi yang berikut:

Zirr ibn Hubaish melaporkan: "Ubayy ibn Ka'b berkata kepada saya, 'Apakah takat Suratul-Ahzab?' Saya berkata, ‘Tujuhpuluh, atau, tujuh puluh-tiga rangkap baris. Dia berkata, 'Namun demikian, pada satu ketika ianya sepanjang Suratul-Baqarah dan didalamnya kita pernah mengucapkan Ayat Rajam’. Saya berkata, 'Dan apakahnya ayat rajam’? Dia menjawab, 'Penzina-penzina di antara lelaki yang sudah berkahwin (ash-shaikh) dan wanita yang sudah berkahwin (ash-shaikhah), rajamkan mereka sebagai hukuman daripada Allah yang patut dicontohi, dan Allah maha Perkasa dan Bijaksana."' (As-Suyuti, al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 524).

Sedangkan Qur'an tidak membuat perbezaan dalam Surah 24:2 di antara keadaan penzina-penzina yang telah berkahwin atau yang belum berkahwin (ia cuma memanggil mereka az-zaaniyatu waz-zaanii "wanita dan lelaki yang berzina"), tradisi di atas hanya menyatakan bahawa cuma lelaki dan perempuan yang sudah berkahwin dan ditangkap dalam perzinaan harus dirajam (makna perkataan yang sebenar adalah "tua" atau lelaki dan perempuan "dewasa", yang bermakna orang yang sudah berkahwin).

Ini telah mengakibatkan banyak perbincangan di dalam tulisan Muslim berkenaan makna rangkap ayat itu. Pengertian yang umum di antara sarjana Muslim generasi awal adalah sebarang bahagian Qur'an yang dibatalkan sama sekali oleh Allah juga dijadikan ianya dilupakan semua sekali (bergantung pada kekuatan Surah 2:106: nansakh . . . aw unsihaa naati "batalkan. . . atau jadikan lupa kepadanya", kedau-dua diambil sebagai satu entiti. Jadi apabila satu rangkap ayat dijumpai tersimpan di dalam ingatan seorang sahabat ketika yang terkemuka seperti Umar, ia di anggap, walaupun teks memang telah dikeluarkan daripada Qur'an, namun demikian pengajaran dan preskripsi didalamnya adalah mengikat sebagai sebahagian daripada sunnah nabi Islam. Dilemma umumnya diselesaikan dengan dugaan bahwa perintah Qur'an untuk menguat-kuasakan seratus jalur kepada perzinaan orang yang belum berkahwin, manakala orang yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan dirajam menurut sunnah. Banyak penyelesaian lain mengenai isu ini telah dicadangkan dan perkara ini telah diperlakukan secara menyeluruh dalam beberapa gubahan kesusasteraan bersejarah Islam.

Kita di sini bukannya berurusan dengan teologi atau implikasi ajaran pembatalan, tetapi cuma dengan penyusunan sebenarnya teks Qur'an sahaja. Soalan di sini adalah, adakah rangkap ayat ini pada satu ketika sebahagian daripada teks Qur'an atau tidak dan, jika ia adalah, kenapa sekarang dibuangkan daripada halamannya? Daripada tradisi-tradisi yang di petik, kita dapat lihat bahawa ianya di anggap oleh Umar sebagai sebahagian daripada teks Qur'an yang asal, tetapi di dalam tradisi yang lain pula kita baca Umar meraguinya:

Zaid ibn Thabit dan Sa'id ibn al-As sedang menuliskan mushaf (naskah bertulis Qur'an) dan apabila mereka tiba ke rangkapayat ini Zaid berkata, "saya terdengar utusan Allah (saw) berkata: ' lelaki dan perempuan dewasa yang berzina, rajamkan mereka sebagai satu hukuman"'. Umar berkata, "Apabila ia diumumkan saya pergi kepada nabi (saw) dan berkata, 'Perlukah saya menulisnya? ‘, tetapi dia kelihatan keberatan." (As-Suyuti, Al-Itqan fii Ulum al-Qur'an, p. 528).

Hadith ini, walaubagaimanapun, tidak mengira isnadnya (rantainya aliran), mempunyai percanggahan yang nyata dalam kandungannya (matnnya). Ia meletakkanUmar dengan Zaid dan Sa'id ibn al-As pada masa apabila Qur'an disalin oleh kedua-dua orang itu dan, seperti yang diketahui ini berlaku di bawah perintah Uthman jauh lama selepas kematian Umar. Mustahil untuk Umar berbincang dengan mereka. Tidak kira apa jua pun, kebanyakan rekod hadith lain dengan nyata menunjukkan bahawa Umar tidak ragu-ragu bahawa rangkap ayat Rajam pada mulanya adalah sebahagian daripada teks Qur'an dan sebab inilah dia begitu serius untuk menyimpannya.

Ia kerap-kali ditegaskan bahawa rekod hadith sekali-sekala menunjukkan permulaan kewujudan rangkap ayat Rajam kepada seorang sahaja iaitu Umar, oleh demikian membuatkannya bergantung kepada khabar al-wahid, laporan seorang saksi sahaja, dan oleh itu sukar dipercayai. Kemasyhuran seorang saksi itu, walaubagaimanapun, tidak boleh dinafikan dengan begitu ringkas. Dia adalah setanding dengan Umar ibn al-Khattab, seorang daripada sahabat-sahabat awal Muhammad yang terkenal, yang melaporkan kewujudan rangkap ayat yang dia dakwa di terima secara terus daripada Muhammad sendiri dan, apabila laporan sebegini diberikan pada masa pemerintahannya sebagai Khalifah seluruh masyarakat Muslim, ia tidak boleh diabaikan atau dipertimbangkan dengan ringan.
 
Tidak kira apa jua pun penulis moden Muslim, yang berhasrat untuk tidak mempercayai bahkan sedikit kemungkinan bahawa apa-apa yang pada mulanya diwahyukan sebagai sebahagian daripada Qur'an tetapi sekarang telah tertinggal daripadanya walau apa pun alasanya, bertujuan untuk menolak dakwaan bahawa rangkap ayat Rajam pernah menjadi seahagian daripada Qur'an. Siddique, misalannya, tidak dapat mengetepikan rekod-rekod itu, mendakwa bahawa Umar telah membuat kesilapan! Di dalam ulasannya mengenai rangkap ayat Rajam dia berkata, "Berkenaan dengan 'Umar (ra) kita tahu bahawa dia seorang mujtahid yang agung, tetapi dia juga membuat kesilapan yang terbukti di dalam hadith" (Al-Balaagh, op, cit., p. 2). Atas alasan apa seorang penulis Muslim abad kedua-puluh menuduh Khalifah agung Islam, Umar ibn al-Khattab, berkenaan sesuatu yang dia alami sendiri secara terus daripada Muhammad apabila dia masih hidup? Tidak ada alasan lain kecuali pendedahan Umar menjejaskan sentimen Muslim popular bahawa Qur'an terpelihara dengan sempurnanya tanpa sebarang perubahan atau kehilangan

Dia terus mendakwa, seperti sarjana-sarjana lain, bahawa Uthman bukan bercakap mengenai Qur'an apabila dia bercakap mengenai perintah penzina-penzina dirajam sebagai sebahagian daripada "Buku Allah" (kitabullah), tetapi melainkan Tawraat kerana Muhammad dikatakan di dalam sesetengah rekod hadith pernah merajam orang Yahudi yang melalukan perzinaan menurut preskripsi undang-undang mereka sendiri. Walaubagaimanapun, rekod hadith dengan terang mencatatkan bahawa Umar mendakwa rangkap ayat itu diwahyukan kepada Muhammad dan dia sendiri berhasrat untuk menuliskannya ke dalam kitab Allah jikalau bukan kerana sesetengah orang yang akan mendakwa dia menambahkan kepadanya. Dia direkodan berkata:



"Berhati-hati supaya kamu tidak melupakan rangkap ayat rajam dan berkata: Kita tidak menjumpainya di dalam Kitab Allah; Rasul Allah (AS) telah memerintahkan rajam dan kita juga melaksanakannya selepas dia. Atas Tuhan yang memeegang jiwa saya, jika orang tidak mentuduh saya menambahkan kepada Kitab Allah, saya akan menyalin ini kedalamnya: Ash-shaikhu wash-shaikhatu ithaa zanayaa faarjumuu humaa. Kita telah membaca rangkap ayat ini". (Muwatta imam Malik, p. 352).

Sedangkan rangkap ayat itu dikatakan diwahyukan kepada Muhammad seperti yang dinyatakan di dalam rekod hadith lain, ianya tidak munasabah bagaimana Umar boleh bercadang untuk menulisnya ke dalam Tawraat! Kejahilan Khalifah Umar tentang bahasa Ibrani harus diberikan pertimbangan juga!

Desai bercanggah dengan Siddique dengan mengakui secara bebas bahawa rangkap ayat rajam memang adalah sebahagian daripada teks asal Qur'an tetapi, secara sewenang-wenangnya perihal semua teks yang dikatakan sekarang telah hilang daripada Qur’an, dia mendakwa ia telah batalkan (The Quraan Unimpeachable, p. 48). Oleh kerana kewujudannya telah dipelihara dan rekod-rekod lain mengenai hukuman yang diperintahkan oleh Muhammad ke atas perzina-penzina juga diturunkan melalui teks hadith, dia menyatakan bahawa ia adalah satu daripada mansukhut tilawah, iaitu teks di mana bacaannya telah dibatalkan tetapi undang-undang yang dijelaskan didalamnya masih di simpan (op. cit.). Dia mengatakan rangkap ayat begini, adalah tidak sama seperti teks Qur'an lain di mana bacaannya telah di simpan tetapi undang-undang yang dikandungi (hukm, "akibat") telah dibatalkan dan dimansukhkan.

Penulis seperti Siddique serta-merta menyedari kelemahan alasan sebegini dan kelemahan Qur'an kepada tuduhan bahawa ia sedang mengalami beberapa perubahan ganjil di dalam perkembangan teksnya dan ajarannya semasa pemberiannya. Cuma penulis konservatif yang mudah mempercayai segala-galanya seperti Desai boleh gagal mengenali bahawa ajaran mansukh, dalam beberapa bentuknya, melemahkan dengan sengaja ketulenan seluruh teks Qur'an hari ini. Walaubagaimanapun, tidak ada sebarang peristiwa di dalam ucapan Umar pada mimbar hari itu yang mencadangkan bahawa ayatur-rajm pernah dibatalkan. Pernyataan beraninya bahawa dia akan menulisnya ke dalam Qur'an jika bukan kerana tuduhan yang dia mengubah teks Quran, adalah bukti nyata bahawa dia menganggap petikan itu sah dan ketinggalannya daripada Qur'an adalah sesuatu yang dikesali. Walaupun dia tidak berharapan untuk memujuk masyarakat Muslim untuk menempatkannya kembali ke dalam teks (terutama jika ia membentuk sebahagian daripada seluruh seksi yang hilang), dia bertekad untuk mengumumkan dan menentukan kewujudannya sebagai sebahagian daripada Qur'an asal yang disampaikan kepada Muhammad.

Ajaran pembatalan kerap kali telah ditunjukkan sebagai satu penerangan yang lemah tentang kehilangan teks yang tertentu daripada Qur'an. Satu contoh yang baik boleh di dapati dalam satu hadith selanjutnya yang dilaporkan dengan luasnya dan yang menyatakan bahawa Qur'an pada mulanya mengandungi satu hukum melarangkan perkahwinan di antara dua orang yang disusui oleh wanita yang sama. Tradisi ini berbunyi seperti berikut:

A'isha (ra) nelaporkan ia diwahyukan di dalam Qur'an bahawa sepuluh bayi yang menyusu menjadikan perkahwinan itu haram, kemudian ia dimansukhkan oleh lima bayi menyusu dan Rasul Allah (saw) mati dan sebelum masa itu, ia dijumpai di dalam Qur'an. (Sahih Muslim, Vol. 2, p. 740).

Ia dinyatakan dengan jelas bahawa pada asalnya Qur'an mengandungi satu rangkap ayat melarangkan perkahwinan di antara dua orang yang disusui oleh wanita yang sama sekurang-kurangnya sepuluh kali. Ayat ini kemudian dimansukhkan dan digantikan dengan yang satu lagi, yang menghadkan nombor itu kepada lima. Dimanakah rangkap ayat ini di dalam Qur'an? Ia juga kehilangan - adakah ia juga telah dimansukhkan? Jika begitu , apa yang mengambil tempatnya? Ia adalah dalam tradisi seperti ini bahawa ajaran mansukh ditunjukkan sebagai sangat lemah apabila analisasi yang lebih teliti dijalankan.

Satu ayat naskh, dikatakan telah menggantikan rangkap ayat mansukh. Tetapi di dalam kes ini yang naskh telah menjadi mansukh pula! Penerangan yang lebih munasabah mesti dicari. Ia seolah-olah, semasa riwayatnya, Muhammad memang mengisytiharkan beberapa petikan yang tertentu telah dimansukhkan oleh petikan-petikan lain, tetapi dari contoh-contoh yang kita telah pelajari, kadang-kala rangkap ayat yang asal tertinggal daripada bacaan Qur'an apa jua alasan itu –ianya diketepikan, dilupakan, digantikan, dll. - dan selepas kematian Muhammad ia menjadi perkara mudah untuk mengetepikan peninggalan rangkap ayat dengan alasan pembatalan illahi. Di dalam kebanyakan kes, terutama sekali apa yang kita telah pelajari, ada bukti-bukti bahawa mereka ditinggalkan atas sebab-sebab lain dan tidak ada hadith berkaitan yang menerangkan pembatalan mereka.
 
Bab ini telah cukup menjelaskan dengan contoh-contoh bahawa Qur'an pada hari ini adalah tidak lengkap. Banyak rangkap ayat individu, dan kadang-kala seluruh karangan, yang dikatakan pada satu ketika membentuk sebahagian daripada teks asal dan percubaan untuk mengelakkan implikasi dengan mencadangkan bahawa semua karangan ini telah dibatalkan cuma kerana mereka kehilangan daripada teks standard Qur’an tidak dapat mengatasi masalah terutama yang dihadapi Muslim yang mendakwa Qur'an dipelihara dengan sempurna. Teksnya pada hari ini memang tidak dapat dengan ikhlasnya, di anggap oleh masyarakat Muslim sebagai satu replika tepat "Lauhul Mahfuzh" (batu bersurat) di syurga dari mana ia dikatakan semuanya telah disampaikan kepada Muhammad. Walaupun ianya tidak dapat ditunjukkan bahawa unsur-unsur lain telah ditambahkan ke dalam teks, kebanyakan apa yang terkandung pada permulaan nyata telah kehilangan daripadanya sekarang dan, dalam perbandingan dengan sangkaan yang asal di syurga, ia tidak boleh di anggap sebagai sempurna dan lengkap.

Desai menggunakan ajaran mansukh untuk mengetepikan kehilangan beberapa ayat penting daripada teks Qur'an dan oleh kerana itu, dia cuba untuk memelihara sangkaan bahawa Qur'an pada hari ini adalah setepat seperti yang Allah cadangkan untuknya. Bagaimanapula dia dapat mengetepikan bacaan-bacaan berlainan daripada naskah-naskah awal Qur'an sebelum Uthman memerintah kesemuanya dibakar kecuali satu? Biarlah kita di dalam bab berikutnya, memeriksa alasannya dan menyiasat mengenai ajaran tujuh bacaan Qur'an yang berbeza.


Peningnya saya bila melihat Pro and Contra ini
 
Aku ingat nanti aku uploadkan kat hosting free apa bahan yang ada untuk bacaan semua.

Tapi jgnlah download jerr tapi tak baca.Itu yg masalah tuu...:)) :))

Apa2 nantikan jer lah aku uploadkan semua bahan yg aku ada.

Jika nak diskuss barulah kesini.
Ini ilmu akhirat..... mesti dibaca
 
jelas dahhh

ermmm...sebenarnya dari kesimpulan yg telah mereka2 yg terdahulu mengkaji,

APA-APA HUKUM DAN CARA DIDALAM AL QURAN TELAH PUN DICERITAKAN/DIILHAMKAN DI DALAM KITAB BIBLE. JADI TIADA ISU LAGI QURAN ITU MEMANG BENAR KALAM DARI TUHAN.

YANG MENJADI ISU ADALAH KITAB BIBLE ITU SENDIRI. APA YG KAMI MUSLIM PERCAYA ADALAH TAURAT,ZABUR,DAN INJIL TAPI KAMI LANGSUNG TIDAK PERCAYA PADA ITU BIBLE. MANA DATANG NYA PERKATAAN BIBLE????
MANA DTGNYA NAMA JESUS WALHAL NAMA SEBENRNYA ADALAH ISA.

BANYAK PENYELEWENGAN YG TELAH DILAKUKAN OLEH MEREKA ATAS SEBAB MENURUT AKAL SAHAJA MENFSIRKAN KESEMUANYA.JUGA TIDAK KURANG MENGIKUT HAWA NAFSU.
 
Al-i-Imran, ayat 7
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran

http://english.truthway.tv/
kalau malas nak bace, boleh dengar/tengok video, donlod aje free

kalau nak berbahas tentang pegangan orang lain,
pastikan kita faham apa yg mereka faham sebenar-benarnya,
kalau belum lagi faham, kite duk diam-diam aje
 
http://english.truthway.tv/
kalau malas nak bace, boleh dengar/tengok video, donlod aje free

Ahmed Deedat adalah seorang pemeluk Ahmadiyah, bisa lihat hasil Search di Google.

Nah, Ahmadiyah sendiri adalah aliran Islam yang dianggap sesat/ heretic bagi mainstream muslim dan mau diberantas oleh Muslim lainnya itu, misalnya MUI.

Jadi jelas sekali kalau ada "muslim tulen" yang menggunakan argumentasi orang Ahmadiyah mengingat Ahmadiyah itu dianggap super sesat dan bahkan mau diberantas di Indonesia ini. Kecuali kalau Ahmadiyah bisa bekerja sama dengan Muslim lainnya mempelajari Kristologi sih tidak tertlalu masalah, tetapi masalahnya timbul ketika Ahmadiyah dan Muslim lainnya justru saling memusuhi dan membenci satu sama lain serta muslim lainnya itu mau memberantas Aliran Ahmadiyah.


HTI Dukung Fatwa MUI Tetapkan Ahmadiyah Sesat
Kamis, 27 Des 07 04:54 WIB

Hizbut Tahrir Indonesia menyayangkan kecaman yang dari aktivis HAM dan kelompok liberal yang menudingan telah terjadi pelanggaran HAM berupa kebebasan beragama dan hak-hak politik komunitas Ahmadiyah, padahal ajaran Islam secara tegas menetapkan bahwa tidak ada Nabi dan Rasul setelah Muhammad SAW. Kemudian, sejak tahun 1974 Organisasi Konferensi Islam menyatakan dengan tegas bahwa Ahmadiyah sesat, karena keyakinannya bahwa Mirza Ghulam Ahmad adalah Nabi/Rasul yang mendapat wahyu.

"Tidak berhenti sampai di sana, Majelis Ulama Indonesia (MUI) Pusat pun dituduh menjadi penyebab utama terjadinya aksi kekerasan. Fatwa MUI yang menetapkan Ahmadiyah sebagai kelompok yang menyimpang dari ajaran Islam dituding menjadi penyebabnya, "kata Ketua Lajnah I’lamiyah Hizbut Tahrir Indonesia M. Farid Wajdi dalam pernyataan pers, yang diterima eramuslim, Selasa(25/12).

HTI menganggap tindak kekerasan sekelompok umat Islam tentu saja semestinya tidak terjadi, jika sikap pemerintah tegas terhadap Ahmadiyah. "Meskipun MUI sudah lama memberikan fatwa tentang menyimpangnya kelompok ini dari Islam, namun hingga kini tidak ada tindakan tegas dari pemerintah, "sambungnya.

Karena itu, Ia menegaskan, mendukung Fatwa MUI tentang penyimpangan Ahmadiyah yang meyakini ada Nabi/Rasul setelah Muhammad SAW. Karena, sudah seharusnya MUI sebagai wadah berkumpulnya ulama menjaga pokok-pokok akidah (ushul al-aqidah) umat Islam dari segala bentuk penyimpangan. Dan, Fatwa MUI ini mencerminkan tanggung jawab itu.

Di samping itu, HTI mengecam sikap kelompok-kelompok HAM dan liberal-sekuler yang menuding fatwa MUI sebagai penyebab kekerasaan, dan upaya stigmatisasi untuk memberikan citra jelek terhadap MUI serta organisasi-organisasi Islam yang menjaga kemurnian Islam.

Selain itu, juga menyerukan kepada umat Islam untuk mewaspadai motif politik di balik isu Ahmadiyah, seperti memberikan citra negatif terhadap ormas Islam dan perjuangan penegakan syariat Islam
 
kamikorich,
Ahmad Deedat = Ahmadiyah ?
baru aku tau malam ni, ade sumber rujukan dari website/info yg pro-Islam yg mengatakan Ahmad Deedat= Ahmadiyah ?
sebab yg digoogle itu bukan pro Islam.

tapi ape2 pun, isi kandungan dialog-dialog tersebut terdapat info-info berguna tentang Islam dan Kristian.

baru tgk 2 siri video, Ahmad Deedat dan Pastor Stanley Sjoberg
hujah mengenai Bible dan Trinity yg dikemuka oleh Ahmad Deedat tidak disangkal oleh Pastor Sjoberg. maksud aku dia tak tegur Ahmad deedat yg info dia bagi mengenai Bible adalah salah. oleh itu boleh diterima pakai

Pastor = a minister in charge of a Christian church or congregation, especially in some non-episcopal churches.
 
Back
Top
Log in Register