BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Diacu pisau pemotong daging

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Nurul Hidayah (kanan) dan rakannya, Siti Norhasmida Yusof melakonkan semula detik cemas ketika disamun, malam semalam.


MARANG – Seorang lelaki bersenjatakan pisau pemotong daging berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM2,700 dalam kejadian samun di sebuah kedai runcit berdekatan sebuah bank di Pekan Bukit Payung, dekat sini, malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, suspek yang memakai topi keledar itu mengacukan senjata tajam ke arah perut seorang juruwang wanita yang ketika itu berada di kaunter pembayaran kedai runcit tersebut.

Nurul Hidayah Nordin, 22, berkata, lelaki yang turut menggalas sebuah beg sandang itu menunggang sebuah motosikal jenis Modenas Kriss.

Menurutnya, suspek tidak mematikan enjin motosikalnya, yang diletakkan di hadapan kedai runcit tersebut.

"Saya tidak mengesyaki apa-apa. Lagaknya bersahaja ketika mahu mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang yang diletakkan di atas kaunter pembayaran.

“Saya terkejut dan panik apabila dia mengeluarkan pisau pemotong daging sebelum mengacukan senjata berkenaan ke arah perut saya kerana pada awalnya saya fikir dia mahu mengeluarkan dokumen untuk difotostat," katanya.

Nurul Hidayah berkata, lelaki terbabit mengarahkannya menyerahkan semua wang dalam peti simpanan.

Menurutnya, bimbang keselamatan dirinya, dia akur dengan menyerahkan semua hasil jualan perniagaan berjumlah RM2,700.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan kedai.

"Ketika kejadian, ada lagi dua rakan turut bekerja tetapi mereka berada di tingkat atas," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payung di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, polis kini giat menjalankan gerakan memburu lelaki terbabit dan meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi talian 09-6182222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/diacu-pisau-pemotong-daging-1.164253
 
kena standby shotgun pulak lepas ni.
nk kena buat undang2 baru lepas ni, takleh pakai helmet masuk kedai macam kat bank tu.
 
Bahaya betol sekarang ni.Nak menjual tak selamat
 
bhy ni,pki Helmet mmg boleh timbulkn mcm2 psoalan..nasib baik xde pape...
 
pukul 10mlm ppuan plak tu sorang2 jeke kt kedai?
 
Lor.... kedai runcit ni depan balai polis ni... sebelah Bank Agro...

Berani2....
 
Back
Top
Log in Register