BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Mana JACKO Dikebumikan?

Korang Rasa Jacko Dikebumikan Di Kubur Mana?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
Di mana MJ dikebumi?




mainpix

KENANG-KENANGAN...Marlon Jackson (tengah)
bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak
Michael, Paris, Prince Michael Jackson I dan
Prince Michael Jackson II di Staples Center.
KENANG-KENANGAN...Marlon Jackson (tengah)
bersama Janet Jackson (kanan) dan tiga anak
Michael, Paris, Prince Michael Jackson I dan
Prince Michael Jackson II di Staples Center.


LOS ANGELES: Kematian Raja Pop, Michael Jackson terus diselubungi misteri, termasuk ketika majlis penghormatan terakhir dilangsungkan malam kelmarin.

Ketika keranda berwarna keemasan muncul di Staples Center di tengah Los Angeles, orang ramai terus tertanya-tanya sama ada mayat Michael memang ada di dalamnya atau tidak.

Ramai menjangka mayat itu akan ditanam secara tertutup di kawasan Tanah Perkuburan Forest Lawn, Hollywood Hills, sebelum majlis berkenaan dilangsungkan.

Selepas keranda itu dibawa masuk ke Staples Center, tanda tanya terus timbul apabila ia dibiarkan di situ, menyebabkan timbul spekulasi baru mengenai tapak kubur sebenarnya.


Ketika sesetengah peminat pula percaya mayat Michael dibawa ke tempat lain secara rahsia, pihak lain pula berkata, ia mungkin ditanam keluarganya sebelum majlis penghormatan itu dilangsungkan.

Malah, mereka yakin keranda keemasan itu sebenarnya kosong.

Semalam, salinan sijil kematian Michael menyatakan Tanah Perkuburan Forest Lawn itu hanyalah tempat simpan ‘sementara’ untuknya.

Sumber berkata, keluarga Michael mungkin akan meneruskan rancangan untuk menyemadikan Michael di kediaman mewahnya, Neverland, di Santa Barbara, California.

Cadangan awal keluarga Michael sebelum ini ditolak pihak berkuasa kerana undang-undang melarang sebarang mayat ditanam di luar kawasan perkuburan tanpa kebenaran khas.

Kemungkinan lain, mayat Michael akan dibakar dan abunya ditaburkan.

Turut tidak ditolak, pihak berkenaan mungkin membina makam khas untuk membolehkan peminat Michael datang menziarahinya selepas ini.

Sehingga semalam, tiada sebarang pengesahan diberikan keluarga Michael mengenai lokasi sebenar ikon pop itu dikebumi. - Agensi
 
yang dah mati...mmg tak salah si mati dah...yg hidup ni..buat la apa yg patut...
 
diorang kebumikan cara Islam ke ape ni???
 
da dia mat, nk kecoh2 apa lagi, tu suma kan hak keluarga dia.... ckp byk pon xguna...
 
Kalau betul dia dh peluk Islam, aku rasa elok dirahsiakan tempat pengkebumiannya... kalau x kang ada yg dengki nk pedajal...
 
aku pun rasa keranda yg letak dpn stage tu kosong.. sbb xde reaksi sgt pon antara ahli keluarga dkt keranda tu.. mungkin abg dia xnk mayat seorang islam diperlakukan mcm tu.. ada ke nk menyanyi depan mayat, gila punya org barat
 
Kalau betul dia dh peluk Islam, aku rasa elok dirahsiakan tempat pengkebumiannya... kalau x kang ada yg dengki nk pedajal...

kang ada yang pi mintak no ekor:eek::eek:
 
aku pun rasa keranda yg letak dpn stage tu kosong.. sbb xde reaksi sgt pon antara ahli keluarga dkt keranda tu.. mungkin abg dia xnk mayat seorang islam diperlakukan mcm tu.. ada ke nk menyanyi depan mayat, gila punya org barat

pndapat ko mmg kelas 1.
sama ngan aku punyer....:D:D:))
 
Back
Top
Log in Register