BTC USD 63,248.6 Gold USD 4,332.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di Mana JACKO Dikebumikan?

Korang Rasa Jacko Dikebumikan Di Kubur Mana?


  • Total voters
    0
  • Poll closed .
..gossip2x...MJ dah di kebumikan lama dah..nama pon memorial bkn nye funeral.....so tak kesah la dorang nak sebut jesus ke ape pon...heheh...kristian ke? islam ke?..takde siapa pun tahu...apa sebenarnya...sbb keranda tersebut takde tanda salib ke? or tanda yahudi..

..apapun hanya DIA yg tahu...
 
harap2 la dia ni masih lagi islam ketka mati.. dan harap2 la di kebumikan dengan cara islam.. huhuh
 
harap2 die dikebumikan secara islam dan d tanah perkuburan islam. insya`allah.
 
dia islam mesti la kebumikan cara islam..
 
Org yg paling rapat yg tahu bagaimana dia dikebumikan...
expsialy abg arwah.. :-?
 
LOS ANGELES - Misteri jenazah Michael Jackson terungkai apabila akhbar New York Post yang membuat penyiasatan mendedahkan semalam bahawa jenazah itu disimpan dalam sebuah bangunan kecil di tanah perkuburan Forest Lawn di sini.

Keranda Michael yang mesra dengan panggilan Jacko ketika dia masih hidup diletakkan di dalam bangunan itu di satu lot perkuburan Forest Lawn yang ditanda dengan huruf G.

Binaan itu milik pengasas syarikat rakaman Motown iaitu Berry Gordy yang membeli lot tersebut.

Keranda yang mengandungi mayat Jacko itu diletakkan dalam bangunan kecil tersebut sehingga keluarga penyanyi berkenaan mencapai kata putus mengenai lokasi pengebumiannya.

Sebelum ini, abang Michael, Jermaine dan ayahnya Joseph mahu jenazah penyanyi terhebat sepanjang zaman itu dikebumikan di kediamannya di Neverland Ranch, Santa Barbara.

Pengebumian di Neverland akan menyebabkan keluarga Jacko memperoleh keuntungan lumayan apabila tempat itu dijadikan sebuah muzium.

Beberapa sumber memberitahu, mereka sudah mengemukakan permohonan untuk mengebumikan jenazah Raja Pop di kediaman seluas 10.83 kilometer persegi itu yang dibeli dengan harga kira-kira AS$30 juta (RM107.4 juta) pada 1988.

Hasrat mereka bagaimanapun ditentang oleh ibu Michael, Katherine dan adik beradiknya yang lain.

“Ibu Michael kecewa kerana jenazah anaknya belum dikebumikan.

“Perselisihan keluarga tersebut perlu dihentikan dan ia tidak adil untuk Michael,” kata satu sumber.

Katherine sebaliknya mahu jenazah Michael dikebumikan dengan segera.

Ibu Jacko mahu menunaikan hasrat anaknya untuk tidak lagi kembali ke Neverland Ranch setelah dia dibebaskan daripada tuduhan mencabul seorang budak lelaki beberapa tahun lalu.

Jacko meninggal dunia pada 25 Jun lalu di rumah yang disewanya di sini selepas degupan jantungnya terhenti. - Agensi


* Petikan dari kosmo kelmarin
 
Back
Top
Log in Register