BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Di mana Azzroy?

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,483
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,483
Reaction score
2,596
Points
261

Azzroy Imam Hafizi, 19, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor pada 30 Oktober lalu. - Foto ihsan Ati
Azzroy Imam Hafizi, 19, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor pada 30 Oktober lalu. - Foto ihsan Ati​






KUALA LUMPUR: Kehilangan seorang remaja lelaki sejak seminggu lalu menjadi tanda tanya apabila sehingga kini dia masih gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor pada 30 Oktober lalu.

Ibu remaja itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ati, 40, berkata dia dimaklumkan mengenai kehilangan anak sulung, Azzroy Imam Hafizi, 19, oleh anak keduanya pada 31 Oktober lalu.

"Selepas anak maklumkan perkara itu saya dihubungi oleh pihak polis selepas bekas suami membuat laporan mengenai kehilangannya pada Ahad lalu.

"Saya difahamkan, kali terakhir Azzroy dilihat oleh pekerja di sebuah kedai mamak yang sering dikunjunginya terletak tidak jauh dari rumah bekas suami.

"Menurut mereka, Azzroy yang memakai baju T berwarna ungu ada membeli minuman dan memberitahu mahu pulang ke rumah (selepas membeli minuman)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ati berkata, kali terakhir dia bertemu dengan anak sulung daripada empat beradik itu pada bulan lalu memandangkan Azzroy tinggal bersama bekas suaminya.

"Hanya dia seorang (anak) yang tinggal bersama bekas suami, manakala tiga lagi anak perempuan kami tinggal bersama saya di Bangi.

"Sebelum ini, Azzroy tidak pernah memaklumkan atau menunjukkan sebarang masalah mahupun perubahan.

"Meskipun jarang berkomunikasi kerana dia seorang yang pendiam, namun hubungan kami tiada masalah," katanya yang bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap anaknya itu.

Sehubungan itu, Ati berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Azzroy supaya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu.
 
Budak jenis pendiam ni selalunya panjang akalnya.
 
Dia ni jenis lembut minat kpoop ke
Kalau spesis tu, nanti dah habis assignment balik lah tu
 
Komen2 tak pikir perasaan ibu bapa. Bayangkan anak kita sendiri hilang. Pasrah wei.
 
Back
Top
Log in Register