BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Developer, sila laporkan diri.

1) Kebiasaannya berapa ekar minimum untuk buat taman perumahan?

sebuah taman perumahan yang 'lengkap' (pada pendapat saya) bila ada kemudahan asas seperti padang permainan, surau, dewan, rezab tnb dll. kemudahan2 ini berdasarkan keperluan yang digariskan oleh majlis daerah mengikut bilangan rumah/penduduk yang dicadangkan. bagi saya minimum 8 ekar untuk sebuah taman perumahan yang baik dan berfungsi.

2) Jika sesuatu tanah itu sudah ada DO.
Tapi maksimum boleh bina 40tingkat sahaja.
Adakah boleh apply / request lebih? Bagaimana caranya?

pembangunan dikawal oleh:
1. garispanduan kepadatan
2. nisbah plot (plot ratio)
jadi anda boleh check dgn majlis daerah bhgn perancag jika cadangan 40 tingkat tu dah optimize planning. ada sesetengah kes boleh negotiate bergantung kepada faktor2 tertentu (lihat pembangunan sekeliling dsbnya)


3) Jika sesuatu projek perlukan dana atau JV.
Kebiasaannya developer / funder request berapa %?
70:30 ?
80:20 ?

developer akan request % berdasarkan margin keuntungan minimum yang diperlukan. kebiasaannya, tuan tanah diberikan 15-25% daripada nilai pembangunan atau keuntungan. selebihnya developer ambil.
 
Pernah dgr konsep "beli dgn syarat setuju utk jv"?
 
Skg developer fokus tanah area mana ya?
Ada sape2 tau?
 
Back
Top
Log in Register