kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Mengapa lebih ramai orang Melayu perlu tampil derma sumsum tulang?
25/9/2016
SINGAPURA: Pesakit Melayu membentuk 13 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit yang memerlukan pemindahan sumsum tulang di Singapura.
Namun jumlah penderma Melayu hanya membentuk 8 peratus daripada bilangan keseluruhan di Singapura. Oleh kerana untuk mendapatkan padanan sumsum tulang yang sesuai lebih kerap berlaku di kalangan mereka yang sama kaum, lebih ramai penderma Melayu diperlukan untuk tampil ke hadapan.
SUMSUM TULANG MAMPU JANA SEL BARU
Sumsum tulang adalah sejenis tisu yang terdapat di dalam tulang manusia. Ia mengandungi sel tunjang yang mampu menjana sel baru. Seseorang yang sihat boleh mendermakan sumsum tulang mereka bagi membantu pesakit yang mengalami penyakit darah seperti barah darah.
Sewaktu berusia 10 tahun, Reza Ramadhan Alwee disahkan menghidapi penyakit leukemia, sejenis barah darah.
"Pertama saya tidak begitu kisah kerana saya rasa itu hanya penyakit yang biasa dan saya mungkin boleh pulih dalam masa yang cepat. Tapi saya tidak menyangka penyakit ini akan mengambil masa yang lebih," kata Reza.
Namun keadaan Reza bertambah teruk. Beliau semakin lemah dan tidak dapat melakukan walaupun kerja ringan seperti menyiapkan makanan mahupun ke tandas tanpa dibantu ibunya. Malah Reza terpaksa menangguhkan pelajarannya kerana berasa terlalu lemah.
Menurut doktor, satu cara untuk pulih adalah dengan pemindahan sumsum tulang tetapi cabarannya- mendapatkan sumsum tulang dari penderma yang sepadan dengan Reza.
Menurut Program Pendermaan Sumsum Tulang (BMDP), kemungkinan untuk mendapatkan sumsum tulang yang sepadan adalah satu dalam 20,000.
SUMSUM SEPADAN DENGAN PENDERMA CINA
Mujur Reza tidak perlu menunggu lama. Selang tujuh bulan, doktor berjaya menemukan sumsum tulang yang sepadan dari seorang penderma berbangsa Cina.
Tetapi, kes Reza dianggap sebagai sesuatu yang jarang berlaku. Ini kerana kebanyakan pesakit akan menemui sumsum tulang yang sepadan dari penderma dari kaum yang sama.
Di Singapura, 13 peratus pesakit yang memerlukan pemindahan sumsum tulang adalah Melayu.
PROSES TIDAK MENYAKITKAN, HANYA 2 KALI SEUMUR HIDUP
Namun jumlah penderma sumsum tulang berbangsa Melayu hanya membentuk 8 peratus daripada jumlah keseluruhan penderma di Singapura.
Menurut BMDP antara salah tanggap yang membuatkan orang ramai keberatan untuk tampil menderma adalah prosedur yang menyakitkan.
Sebenarnya proses menderma sumsum tulang tidak menyakitkan dan serupa seperti menderma darah. Ia mengambil masa lima hingga tujuh jam. 90 peratus daripada pendermaan sumsum tulang dilakukan dengan cara sedemikian.
BMDP menyatakan tiada kesan sampingan jangka panjang yang dikesan di dalam diri penderma. Mereka akan berasa lemah selepas menjalani proses menderma tetapi akan kembali seperti biasa selepas beberapa hari.
Setiap penderma hanya boleh menderma sebanyak dua kali dalam seumur hidup.
7 tahun selepas menjalani pemindahan sumsum tulang, Reza kini bukan sahaja dapat meneruskan pelajarannya tetapi juga menyambung minatnya bermain bola sepak dan menjalankan kehidupannya yang aktif seperti biasa.
"Semasa dua tahun itu, hidup saya cuma berada di hospital. Sekarang hidup sudah lebih menjadi baik kerana saya boleh pergi ke sekolah kembali dan bermain bola kembali jadi saya rasa senang," beliau memberitahu.
Lantaran itu, usaha lebih giat diperlukan bagi menarik lebih ramai orang untuk tampil menderma.
HARAP CAPAI 100,000 PENDERMA JELANG 2018
Hujung minggu lalu, BMDP menganjurkan satu acara sempena Hari Penderma Sumsum Tulang Antarabangsa untuk menggalak orang ramai menjadi penderma.
Pada akhir acara, seramai 500 orang mendaftar untuk menjadi penderma. Namun ia masih lagi jauh daripada sasaran.
Sekarang terdapat 65,000 penderma di Singapura. BMDP berharap akan dapat mencapai sasarannya sebanyak 100,000 penderma menjelang 2018.