BTC USD 84,853.7 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Derma darah harus

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
SAYA ingin bertanya mengenai penerimaan darah daripada orang bukan Islam untuk dimasukkan ke dalam badan orang Islam. Contohnya, pesakit A yang kekurangan darah perlu ditambah darah untuk mengembalikan kestabilan kesihatannya.

Sebagaimana kita sedia maklum, apabila pakaian kita terkena darah, solat kita tidak sah. Inikan pula sejumlah darah daripada orang bukan Islam dimasukkan ke dalam badan orang Islam yang seterusnya menjadi penyambung keturunan kita sehingga hari kiamat.

Persoalannya, apakah hukumnya dan jika jawapannya dibolehkan atas alasan darurat, sehingga bila perkara ini dianggap darurat?

Jawapan:

ADA dua perkara yang perlu diasingkan di sini. Pertamanya, derma darah dan kedua perkara yang membatalkan solat. Ia dua perkara yang tidak boleh dicampuradukan. Orang bukan Islam tidak najis darahnya dan derma darah pula amalan mulia yang boleh menyelamatkan nyawa manusia. Oleh itu darah orang bukan Islam, bahkan organnya juga boleh diterima orang Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke-4 dan ke-6 pada April 1982 dan Oktober 1983 mengesahkan menderma darah hukumnya harus dan tidak perlu diasingkan darah orang Islam dan bukan Islam.

Pakaian yang terkena darah, jika hendak dibawa solat, perlu dicuci saja. Darah yang keluar daripada tubuh seseorang bukanlah najis, selain darah haid, dan nifas. Dahulu, kaum muslimin pada zaman Rasulullah sering melakukan jihad fisabilillah, dan terluka oleh pedang, tusukan panah dan tombak.

Namun mereka tetap solat dengan memakai pakaian yang berlumuran darah. Ini juga menunjukkan darah yang keluar itu tidaklah membatalkan wuduk dan solat kita.


Sumber
 
Bagus,.. Derma lah Darah ... kami kat opis ni, sukarela derma darah setiap 3 bulan... x perlu nak tggu IKhlas, sbb benda yg didermakan (Darah); Allah dah bg free... lg sihat lg adalah sape2 yg selalu derma. sbb setiasa darah baru dlm badan... setakat hampir 5thn derma ni...adalah missed jugak... aku sihat je.. klau demam teruk pun 6 ~ 8 bulan sekali je...

Tabung Darah seluruh Negara kekurangan DARAH... JOM, pakat2 derma.. boleh jugak dpt Pahala Free.. x kira lah sape2 yg bakal ambik darah anda...

SEKIAN... Good threads
 
derma darah pon perbuatan yg mulia
dari segi kesihatan pon bgs derma darah bg yg xder penyakit
sbb darah akn ley stay 2 bln je dlm badan
pastu akn d hntr ke hati
kalo derma darah, darah baru akn d hasilkan setelah darah lama d derma kan
 
Back
Top
Log in Register