BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Derma bina banglo ustaz

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
xpix_gal1.pagespeed.ic.TUr5n0-Xrx.webp

Phnom Penh: Dia menjaja konon dirinya seorang ustaz yang hidup miskin dan diamanahkan menjaga sebuah banglo dua tingkat di sebuah perkampungan miskin dan terpencil di sini, sejak beberapa tahun lalu.

Namun rahsia lelaki yang pernah dan masih menjaja sumbangan di Malaysia terbongkar, apabila banglo dilengkapi pelbagai kemudahan bernilai lebih ratusan ribu itu, didakwa miliknya.

Banglo terletak di tengah-tengah ratusan rumah penduduk Islam daif di Kampung Cham, itu dikatakan digunakan sebagai pusat operasi menagih sumbangan warga Malaysia kononnya bagi membina sekolah agama dan masjid baru di kampung itu.

Ustaz lingkungan 40-an itu dikatakan sering menjaja dirinya mengetuai sebuah pertubuhan bukan kerajaan berlandaskan Islam di negara itu yang dianggotai tidak sampai lima ahli, bagi menagih sumbangan terutamanya daripada warga Malaysia yang sering menjalankan kerja amal di negara itu.

Agak mengejutkan apabila banglo ustaz terbabit dilengkapi bekalan air bersih selain janakuasa bagi menyalurkan bekalan elektrik walaupun penduduk hanya menagih bekalan air hujan untuk keperluan harian, selain menjadikan kegiatan bertani dan menangkap ikan di sungai Mekong sebagai sumber pendapatan

sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Dermabinabangloustaz//Article?HarianMetro
 
Last edited:
tudia ..hasil nya...boleh tahan ler masyuk...
 
gila betul.. menjawab la kat sana nanti..
 
inilah yang mencacatkan pemikiran ak nk bg derma...

selalu sngt jumpa... smpaikn kt china pun ada mcm ni...

bila tk beri siap marah2....
 
ustak lipak...
hampeh wat kija gini
 
macam kenal je ustaz ni hehe.
Saya terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan ni. Pernah ke kemboja.

Ustaz saya, orang kelantan, merupakan pengelola akademi imam shafie (boleh gugel)di kemboja. Bila saya sebut nama 'ustaz' yang seorang ni, dia cakap hati-hati.

Ini kerja dia rupanya.
 
tolong bagi nama ustad tu nak gugel :D
 
macam kenal je ustaz ni hehe.
Saya terlibat dengan kegiatan kemasyarakatan ni. Pernah ke kemboja.

Ustaz saya, orang kelantan, merupakan pengelola akademi imam shafie (boleh gugel)di kemboja. Bila saya sebut nama 'ustaz' yang seorang ni, dia cakap hati-hati.

Ini kerja dia rupanya.

tuan dedahkn siapa ustaz nie..supaya org boleh knl..jd xdelah senang2 dia nk menipu lg..pelik aku kt m'sia nie bila jd 1-1 hal..xnk dedahkan individu @ institusi yg terlibat.
 
Back
Top
Log in Register