BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Derita mangsa rogol

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Rhana. Gambar kecil: Laporan polis yang pernah dibuat Rhana di Balai Polis Kuala Terengganu.
< 1 / 1 >
MARANG - Selepas menjadi mangsa rogol kira-kira tiga bulan lalu, seorang remaja berusia 19 tahun kini hidup menderita, sering menyendiri dan hilang keyakinan.

Lebih malang, dia menggigil ketakutan apabila didekati mana-mana lelaki biarpun hanya rakan sekerja.

Disebabkan trauma, mangsa yang merupakan seorang jurujual di sebuah pasar raya di Bandaraya Kuala Terengganu lebih selesa mengasingkan diri daripada rakan serumahnya kerana bimbang kejadian menimpanya diketahui ramai.

Rhana (bukan nama sebenar) dari Hulu Terengganu mendakwa, dia dirogol awal pagi pada 25 Ogos lalu oleh seorang lelaki yang dikenalinya sejak setahun lalu selepas keluar bersama.

Kata Rhana, dia tidak menyangka lelaki yang dianggap baik itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk setelah berjaya memujuknya untuk ke sebuah rumah di Bukit Payung di sini.

Menurutnya, akibat cetek pengalaman dia terperangkap dan akhirnya rebah dengan pujuk rayu lelaki terbabit yang hanya dianggap sebagai kawan biasa.

“Sebelum itu, kami tak pernah keluar bersama, hanya berhubungan melalui SMS walaupun mengenali sejak setahun lalu.

“Saya takut dan tak biasa buat begitu (keluar dengan lelaki) tambahan tinggal menyewa dengan kawan-kawan di Kuala Terengganu,” katanya.

Kata Rhana, dia amat kesal menerima pelawaan lelaki itu untuk keluar minum pada hari kejadian.

Kejadian itu menghantui hidupnya sehingga tidurnya terganggu.

“Saya masih ingat bagaimana lelaki itu mengugut saya ketika berada di sebuah rumah sebelum bertindak merogol saya,” katanya.

Setiap kali teringatkan reaksi lelaki itu ketika menghantarnya pulang ke Kuala Terengganggu pada hari sama, kemarahannya mula membuak-buak.

“Saya sedih dan marah melihat lagak lelaki terbabit yang bersahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku ketika dia menghantar saya pulang.

“Saya tak tahu hendak buat apa, hanya fikir nasib diri serta tragedi menimpa saya. Selepas berkongsi kisah dengan dua rakan, saya dinasihatkan agar beritahu ahli keluarga dan saya akhirnya beritahu kakak,” katanya.

Katanya, selepas kejadian diketahui kakaknya, dia kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu kira-kira jam 2.05 petang sebelum kes tersebut disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Bagaimanapun, kata Rhana, dia terpaksa menarik balik laporan dibuat apabila memikirkan perasaan kedua ibu bapanya yang sudah tentu akan menanggung malu dan terkejut.

“Nasihat saya kepada rakan, belajarlah daripada pengalaman orang lain kerana dengan cara itu ia dapat membantu kita menjaga maruah diri dan tidak mudah diperdayakan,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/derita-mangsa-rogol-1.224513
 
apsal la tarik balik report..laki tu bebas meragut dara perempuan lain
 
aku harap die buat report balik..perogol tuh bebas bermaharajalela..orang lain jadi mangsa..
 
Salaam.

Rasanya walaupun report di tarik balik, Polis masih boleh teruskan siasatan.

Perogol tu dah jadi ancaman pada orang awam.
 
patut ditangkap dan dikasi aje perogol ni.....esok lusa entah anak dara mana pulak bakal dirogolnya.
 
polis ni klo dorang ada rasa tggjawab kt orang ramai wpun repot tarik dorang pg cari jgk..kalau la

xde polis sini nak komen?
 
Back
Top
Log in Register