BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

dengan suara bergetar...

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Pada suatu ketika telah berlaku suatu kejadian curi di mana pelakunya ialah seorang wanita bangsawan dari kabilah Makhzumiyah.
Setelah diadili, dia didapati bersalah dan hukuman yang bakal menanti adalah tangan akan dipotong di hadapan khayalak ramai.

Demi menyelamatkan maruah kabilah mereka yang tersohor di kalangan orang-orang Arab,
pemimpin kabilah tersebut telah bersetuju untuk membuat rayuan kepada Rasullah saw.

Malangnya, mereka tidah tahu hendak menyerahkan tanggungjawab membuat rayuan itu kepada siapa.
Setelah berbincang, mereka sebulat suara memilih Usamah bin Zaid, cucu kesayangan Rasullah saw untuk menyampaikan rayuan itu.

Namun sebaik saja mendengar rayuan dari Usamah bin zaid, muka nabi saw merah padam kerana marah.
Dengan suara bergetar baginda berkata kepada cucu kesayangan baginda "Apakah engkau ingin mencemari salah satu daripada hukum Allah?"

Selepas itu baginda naik ke mimbar dan berucap,
"Sesungguhnya hancurnya umat sebelum kamu ialah bila yang bersalah adalah di kalangan yang berpengaruh maka mereka membiarkannya.
Sebaliknya jika yang bersalah itu dari kalangan yang lemah maka mereka terus menghukumnya.
Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri akan memotong tangannya."

HR. Muslim, Kitabul Hudud bab Qath’i Yadia Sariq )
 
Back
Top
Log in Register