BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dendam Barat pada tun mahathir!!!

DenyMyExistenc3

Fun Poster
Messages
613
Joined
Aug 6, 2008
Messages
613
Reaction score
100
Points
23
images.jpg


Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.


Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.


Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.

Kredit : Hati Malaya

a2.jpg


http://www.youtube.com/watch?v=32uod8RYFMI

SERANGAN ORANG KULIT SAWO MATANG

Post sebelum ini menceritakan mengenai kisah wira yang tidak didendang, Tun Ismail Ali .

(LINK : https://www.facebook.com/photo.php?...77433474.41152.152404861497999&type=1&theater)

1. Selepas Merdeka Malaya, hampir 1 juta orang bangsa pendatang (Cina dan India) diberi kerakyatan beransur-ansur. Sebagai balasan, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam PERLEMBAGAAN.

2. 10 tahun sudah merdeka, pegangan orang Melayu terhadap ekonomi di bumi Melayu sangat kecil. Walaupun majoriti tetapi hanya 1.5 % SAHAJA yang pegang harta korporat itu pun kebanyakkan syarikat kerajaan. Manakala bangsa Cina 22.8%, walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60% dari kekayaan negara ni.

3. At the same time, bangsa paling ramai dalam kemiskinan juga bangsa Melayu (74%) - kebanyakannya petani dan pesawah.

4. Ketidaksamarataan ini sebab beberapa siri pergaduhan di antara kaum pribumi Melayu dengan pendatang yang kaya - orang Cina sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di Kuala Lumpur yang menyebabkan peristiwa hitam negara berlaku.

5. Masa tu yang paling berani kritik Perdana Menteri masa tu Tunku Abdul Rahman ialah Mahathir bin Mohamad, guna surat terbuka. Antara isi kandung surat tu :

" Orang-orang Cina dan India buat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan ditunjok Kemaluan, boleh la Tunku faham perasaan orang Melayu"

Kritikan ini - beliau dipecat parti itu.

6. Kemudian, Tun Abdul Razak menjadi PM, DEB diwujudkan. Tujuannya - hapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan pastikan pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara boleh capai 30% pada 1990.

7. Walaupun ada dasar tu pun, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Contohnya Guthrie - mempunyai 175,000 ekar pada 1970am tetapi pada tahun 1981, mereka memiliki lebih 190,000 ekar tanah Kelapa Sawit, Getah dan Teh .

8. Masa tu, bila ada je kerajaan nak bincang dengan syarikat-syarikat British ni, semuanya seolah dilambatkan dan ditangguh-tangguhkan. Malah Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu.Katanya menyusahkan British.

9. Tapi atas tekanan Bank Negara Malaysia (di bawah Tun Ismail Ali), Guthrie akhirnya tubuh Guthrie-Ropel, anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha ni sebenarnya supaya orang tempatan orang beli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun, tembelang BRITISH pecah bila didapati tanah Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian.

10. Bila Mahathir masuk semula dalam UMNO selepas 3 tahun dipecat, kemudian dia jadi Perdana Menteri pada Julai 1981.

11. Berbeza dengan PM-PM sebelum itu, Mahathir dirakamkan ahli sejarah sebagai PM Pertama tidak merokok, tidak minat main golf, tidak berdarah bangsawan, tidak punyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti penjajahnya.

12. Sebelum jadi PM lagi, beliau lantak kritik dasar Inggeris yang buka Tanah Melayu kepada pendatang sekaligus menyebabkan Melayu terpinggir.

13. Tak lama kemudian kira-kira tak beberapa lama beliau jadi PM, pihak Inggeris TARIK SEMULA subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang belajar di Britain dan naikkan yuran kepada pelajar Asing tetapi tidak bagi mereka dari Eripah.

14. Hampir 17,000 pelajar Malaysia di negara itu terbeban dengan peningkatan yuran 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia pula masa tu tak mampu nak serap pelajar-pelajar ni kerana ada dua buah universiti je kat negara ni.

15. Mahathir masa tu Menteri MiTi bagi amaran kepada British tetapi tak diendahkan. Menyebabkan beliau mula menyusun strategi.

16. Tak lama lepas tu pulak, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS ddiberi hak mendarat tambahan di Heathrow tapi pada masa yang sama Inggeris cabar kewibawaan dan maruah kerajaan Malaysia apabila pesawar Concorde ceroboh ruang udara Subang dalam perjalanan ke Singapura.

17. Mahathir melihat ini sebagai sikap angkih British yang buat macam dia masih menjajah negara ni.

18. Tun Ismail mula bekerjasama dengan Mahathir waktu itu kerana mereka berdua tidak puas hati walaupun PNB ada 25% saham dalam Guthrie tapi tak ada seorang pun wakil diajak dalam mesyuarat untuk hala tuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie jual beberapa kepentingannya dalam MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan2 Cina di Malaysia pada awal 1981.(sekarang dah jadi milik Syed Mokhtar Al-Bukhary,2002)

**Syarikat MPH ini pernah cuba beli bank terbesar negara masa tu UMBC sebabkan Mahathir campurtangan agar tidak didominasi bangsa Cina kerana PERNAS dan PETRONAS juga mempunyai kepentingan dalam UMBC. Jika Mahathir dan Tun Ismail tak halang, bangsa Cina semakin hampir ganti orang Inggeris kuasai ekonomo negara.

19. Atas sebab ini, mereka mula merencanakan agar Guthrie diambil alih secepat mungkin.

20. 4 bulan sebelum serangan itu, pasukan di PNB diterajui pengurus pelaburan bernama Khalid Ibrahim (MB Selangor sekarang) diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi pastikan semuanya berjalan lancar.

21. Selepas diteliti, mereka menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh diekspoitasi. Dengan kelemahan ini, satu serangan hendap ekonomi untuk ambil alih Guthrie boleh dibuat tapi dengan syarat ia perlu dibuat sepantas dan serahsia mungkin sehingga mereka tak sempat buat pertahanan.

22. Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan sebanyak *** juta pound diambil dari tiga punca, PETRONAS, PERNAS dan satu skim amanah baru ditawarkan 4 bulan kepada ORANG MELAYU sebelum serangan iaitu Skim Saham Nasional(ASN).

23. Untuk pastikan Inggeris tak sedar ini bahawa kerajaan Malaysia di belakang serangan ini, Khalid diarahkan untuk buka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.

24. Kenapa Guthrie? Masa tu selain Inggeris, saham Guthrie masa tu dipegang beberapa syarikat mesra PNB iaitu Genting, Bank Simpanan Nasioanl , Kuwait Investment Office dan OCBC.

25. Dengan pegangan sebanyak 25& yang ada sekarang, PNB perlu lagi 15% sahaja untuk jadikan pegangannya 40% sekaligus jadi pegangan saham utama Guthrie.

26. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi beli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB manakala Rowe & Pitman pula dilantik menjadi broker bagi beli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

27. Ideanya di sini agar sebahagian besar saham Guthrie dan di London dibeli serentak sebelum bursa dibuka dan ia mesti dibeli tanpa disedari pihak pengurusan Guthrie.

28. Hanya sekumpulan kecil yang tahu serangan rahsia ini termasuk Mohamad Desa Pachi, CEO PNB masa tu.

29. Hari serangan akhirnya diputuskan - 7 September , pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

30. Ikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual saham sebelum bursa dibuka. Apabila dibuka, PNB akan isytihar berita gempar ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja - sekaligus beri kejtan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

31. Rumitnya pembelian ini dilakukan secara rahsia. Jika terbongkar awal, harga saham Guthrie akan melambung tinggi dan management Guthrie akan bertindakbalas menggagalkannya.

32. Khalid uruskan pembelian di sini (pujuk Bank Simpanan,
Genting dan Kuwait Investment Group) , manakala Tun Ismail Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie
yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

33. Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

34. Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

35. Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

36. Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk M&G Investment Trust, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

37. Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris. Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari
keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie. Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.

38. Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio. Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

39. Walaupun ada broker di London memujinya sebagaiurusniaga “licik”, media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai “nasionalisasi pintu belakang”. Sebagai tindakbalas, London
kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

40. Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir. Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British
melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

41. Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga
menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

42. Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan. Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

43. Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

44. Tak lama kemudian, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan.

45. Operasi mengejut “serangan subuh” ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

46. Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

47.Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

48. Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset aset Inggeris dari seluruh dunia.

49. Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

50. Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid “..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma.”


Sumber rujukan :

1. http://chewal.blogspot.com/2013/02/ketegasan-yang-membuatkan-negara-barat.html
2. http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/
3. Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and
Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth
History, 40:3, 459-482
4. Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The “Unfinished Business” of Malaysia’s
Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
5. Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003:
Dilemmas of Development
6. Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in
Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
7. Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in
Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
8. Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
9. Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28,
1981, Saturday
10. Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
11. PNB Wrests Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
12. PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singapore, September 16, 1981


Tun Ismail Ali - Kutip 10 Ringgit Dari Orang Melayu Beli Syarikat Gergasi

Berapa ramai kah boleh kita dapati lelaki sebegini di dunia? Jika tidak di Malaysia?

Kehebatan indivdu ini bukan pada fizikal tetapi apa yang ada di dalam otak nya. "Height doesnt make a man" kata pepatah Inggeris.Sungguh betul pepatah itu.Semenjak bumi di siap kan 3 lelaki pendek pernah menguasai dunia. Napolean, Alexander the Great dan Hitler, kesemua nya lelaki pendek.Firaun dan Nimrod pun hebat setempat dan tidak menguasai dunia.

Mana boleh jumpa orang yang begitu prihatin kepada nasib bangsa nya sehingga mencetus idea mengutip 10 ringgit dari setiap orang melayu untuk menjadi kan seluruh jumlah itu membeli syarikat syarikat dan meletak kan orang melayu didalam pentadbiran atasan nya setelah membeli syarikat itu.Cuma yang menjadi pengarah, board member itu semua kebanyakan nya kemudian tidak sedar diri dan menempelak bangsa nya sendiri.

Apa yang di nama kan ASN itu kemudian nya menjadi besar dan menjadi kumpulan dana berjumlah berbillion ringgit di cipta dan di uruskan oleh orang melayu, satu bangsa yang tidak ada rekod cemerlang dalam perniagaan.

Bangsa yang beratus tahun duduk mengail, bertani dan nelayan dan bekerja macam ayam kais pagi makan pagi kini menjadi bangsa yang mengurus dana berbillion ringgit.Semua ini terjadi kerana ada insan yang mahu berfikir untuk masa depan bangsa nya.

Hasil cetusan idea bersama beberapa melayu lain, PNB kini gah , sehingga beberapa negara di dunia cuba mengkaji asal usul nya dan cuba meniru tetapi amat kurang yang berjaya mengikut jejak langkah cara orang melayu tawan perniagaan saham.

Tun Ismail Ali lelaki berprinsip. hanya jauhari sahaja mengenal manikam, seperti kaki pancing menghidu lubuk ikan di sungai hanya mereka yang tahu hasil kerja nya sahaja yang akan menyanjung budi dan bakti nya.

Sehingga kini ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mengenal hasil kerja lelaki ini terutama nya yang bawah umur 30han.Malah ustad badut yang cakap tak serupa bikin pun lagi di kenali dari lelaki yang sudah mensejahtera kan jutaan rakyat Malaysia ini.

Beliau ada lah salah seorang watak yang pernah mengegar kan dunia , pahlawan melayu yang menawan kota London di waktu subuh peristiwa di kenali sebagai "Serangan Subuh" (Dawn Raid) bersama serangan itu membawa pulang ratusan ribu ekar tanah dan harta serta menyelamat kan ribuan pekerjaan.

Syarikat Guthrie di bawa pulang dari tangan orang putih oleh pahlawan sawo matang sehingga perundangan bursa London terpaksa mengubal undang undang baru supaya tiada lagi serangan serupa di buat oleh mana mana pihak terhadap London Stock Exchange lagi.

Melayu sudah tewaskan orang putih di dalam permainan mereka sendiri.Tindakan dan rancangan di buat ala military dengan"precision" melibat kan risikan dan perhatian secara sulit berbulan lama nya sebaik sahaja orang bernama Mahathir mengambil alih tampok pemerintahan negara.

Tindakan ini semua di lakukan setelah mengambil kira kepentingan bangsa Melayu apabila British hanya berminat menjual saham dan tanah kepada syarikat cina sahaja yang mana sedikit demi sedikit menjadi kan mereka monopoli di dalam hartanah negara.Oleh sebab bahaya di masa depan satu rancangan sulit oleh orang melayu seperti Tun Mahathir dan Tun Ismail Ali ini di rencana kan.

Who is this Ismail Ali?

Mari kita kenali sedikit berkenaan pahlawan melayu era moden ini.Orang nya rendah dan berperwatakan serious.Tidak suka berbual kosong atau bersembang perkara tidak berfaedah.Lebih suka membaca.Beliau juga "a pipe smoking gentleman"

Walau pun suami kepada adik nya ada lah Perdana Menteri Malaysia, beliau tidak pernah ambil kesempatan terhadap perkara itu.Ketika attend majlis keluarga atau tidak rasmi amat jarang berbual hal negara bersama adik ipar nya. Jika beliau mahu berurusan dengan Perdana Menteri beliau mengikut saluran rasmi dengan membuat temu janji.

Bekas pemandu nya pernah bercerita (arwah A***) jika menghadiri majlis tidak rasmi seperti khenduri kawin atau melawat saudara mara tidak akan mengizin kan pemandu nya menguna kan kereta syarikat walau pun beliau ada deretan kereta rasmi dari beberapa syarikat seperti Sime Darby, Bank Negara dan PNB.

Apabila selesai majlis tidak rasmi arwah Tun Ismail akan bertanya kepada pemandu nya berapa jam sudah di guna kan khidmat nya untuk beliau membayar overtime menguna kan wang nya sendiri.

Menepati waktu amat lah menjadi amalan beliau.Ada kala nya ketika mempengerusi kan mesyuarat sebaik sahaja beliau duduk jika ada board members yang masuk lewat sedikit seperti 5 minit beliau akan mengarah kan keluar sambil berkata " if I want the meeting to start at 5 minutes past 9 I would have said so" bermaksud kalau start pukul 9 , maka 9 lah dan bukan 9 lima minit.

Beliau amat terkenal degan membenci orang putih kerana begitu geram dengan tndakan orang putih melayan orang melayu dan tambahan ketika itu British baru menaikan yuran pelajaran pelajar Malaysia yang hampir berbelas ribu orang.Sehingga jika ada mat salleh yang membuat temu janji pasti beliau akan sengaja melambat kan untuk menemu mereka dan pura pura sebuk sehingga kadang nya 30 minit walau pun di dalam pejabat nya beliau tidak buat apa apa.

Ketegasan juga mejadi amalan beliau, ada satu peristiwa di mana seorang pengawal yang menyambut beliau sehingga di dalam lift di tanya beliau nama dan asal serta kerja lama pengawal keselamatan ini.Apabila si pengawal ini menjawap "saya berhenti dari tentera" dan Tun bertanya kenapa? si pengawal ini menjawap "saya ni tidak berapa tahan dengan disiplin tentera tuan". Sebaik sahaja sampai di atas Tun ini memanggil Pengurus sumber manusia dan memberi arahan "guard nama si anu si anu tolong buang" apabila pengurus bertanya lalu Tun ini menjawap "kalau disiplin tentera dia tak tahan apa di sini tak ada disiplin kah?"

Tetapi peristiwa paling tidak dapat di lupai ada lah kisah di mana arwah Tun ini pulang dari luar negara, dan beliau mengeluar kan semua barangan yang harus di cukai, sebaik habis mengira pegawai kastam itu mengata kan jumlah sekian sekian harus di bayar, lalu arwah Tun ini mengeluar kan cek dan tandatangan berserta jumlah yang harus di bayar, sebaik sahaja selesai dan mahu membayar pegawai itu berkata "kami tidak terima cek , Tuan" lalu Tun bertanya kenapa, dan pegawai itu berkata memang undang undang dan mesti dengan tunai.Tun pun berkata "cuba kamu tengok tandatangan di cek itu dengan di wang note itu, sama tak?" lalu lelaki itu membelak nya dan memanggil pegawai atasan nya dan mereka sama sama memerhati kan, kemudian pegawai atasan nya berkata baik lah kami terima tuan dan Tun pun beredar.

Sememang nya tidak menerima cek tetapi ini kes amat berbeza dan unik kerana yang menanda tangan di cek ini juga ada lah yang menanda tangan di wang nota kerajaan Malaysia ia itu gabenor Bank Negara - Ismail Ali.Jika laku wang nota kerana tandatangan nya tentu lah laku cek nya.

Semoga Allah memberi rahmat kepada roh pahlawan melayu yang banyak berjasa ini. Ismail Ali truly is Man of Principle


426617_504318962973252_897292678_n.jpg


943024_504226429649172_1867733510_n.jpg
 
Last edited:
tipu ni..bukan ke pelaburan kat sudan rugi..petronas penah declare...org sudan sndiri sabotaj kat petronas
 
Wow

''Jika Dr MAHATHIR mengawal keseluruhan minyak di Tanah Arab, nescaya dia akan MEMERINTAH DUNIA -Dr Zakir Naik


Tertarik dgn signature anda.

Yang membangunkan PETRONAS sampai jadi mcm hari ini adalah KULI dan HASSAN Merican.

Mahadiaq juga dapat nama.

Lagipun bercakap soal minyak, sapa-sapa dapat mengawal minyak pun akan jadi kaya tak ingat.

Jangat kata Mahadiaq, bagi aku kawal pun sama.

Cari la pompom orang melayu dan islam yang power sikit. Zakir dan mahaidaq juga korang ambil.
 
Wow




Tertarik dgn signature anda.

Yang membangunkan PETRONAS sampai jadi mcm hari ini adalah KULI dan HASSAN Merican.

Mahadiaq juga dapat nama.

Lagipun bercakap soal minyak, sapa-sapa dapat mengawal minyak pun akan jadi kaya tak ingat.

Jangat kata Mahadiaq, bagi aku kawal pun sama.

Cari la pompom orang melayu dan islam yang power sikit. Zakir dan mahaidaq juga korang ambil.


http://www.youtube.com/watch?v=32uod8RYFMI
 
Back
Top
Log in Register