BTC USD 84,024.3 Gold USD 4,279.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Dendam Barat pada tun mahathir!!!

LANTAK KORANG LA pr ATAU bN....logik akal che det mmg hebat....
 
hari nih pun barat dendam dengan madey lagi :p

Anak syarikat Petronas disaman RM260 juta jual motosikal kontraban

OCTOBER 22, 2013
Syarikat pembuat motosikal berkuasa tinggi Malaysia yang baru berkembang memfailkan tuntutan saman RM260 juta terhadap satu anak syarikat Petronas berikutan berlakunya kemungkiran kontrak dalam kerjasama penjualan motosikal lumba yang sudah rosak.

Dalam tuntutan itu, turut dinyatakan hampir 130 motosikal berkuasa tinggi yang disembunyikan, dikenali sebagai Petronas FP1 serta pelan induk dibangunkan dengan kos jutaan ringgit tetapi kemudian disimpan dalam stor di Malaysia sebelum dijual kepada Momoto Sdn Bhd menerusi tender pada 2011.

Momoto berkata, pihaknya kemudian mendapati bahawa defendan, Petronas Technical Services Sdn Bhd, tidak mempunyai permit import (AP) untuk membawa masuk motosikal berkuasa tinggi dari United Kingdom itu.



Dokumen yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider menunjukkan Momoto mendapati defendan tidak membayar duti Kastam dan Eksais berjumlah RM29 juta bagi 129 motosikal berkuasa tinggi itu.

Momoto, syarikat dengan modal berbayar RM2.5 juta menyertai perjanjian dengan Petronas Technical Services pada Mac 2011 dan kemudiannya membayar jumlah penuh pembelian 129 motosikal berkuasa tinggi dan alat ganti daripada defendan.

Antara lain yang termasuk dalam perjanjian itu ialah tugasan rekaan paten dan industri.

Momoto yang memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Julai lalu, berkata kenyataan tuntutannya menyatakan bahawa siasatan pihaknya mendedahkan Petronas Technical hanya mendaftarkan dua motosikal berkenaan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan tidak ada AP untuk kedua-dua kenderaan itu.

Ogos lalu, Kastam Diraja Malaysia menyita 129 motosikal daripada Momoto atas kesalahan duti eksais tidak berbayar dan motosikal berkuasa tinggi itu tidak mempunyai AP.

Perampasan kastam itu berlaku sebaik sahaja selepas Momoto menyertai perjanjian penyelidikan dan pembangunan dengan rakan kongsi asing dari Switzerland iaitu Suter Racing Technology AG.

Akibat daripada kemungkiran itu, plaintif berkata, perjanjian perniagaan dengan syarikat Switzerland itu bukan sahaja terjejas teruk, tetapi reputasi perniagaannya juga kini jadi pertaruhan.

“Kami percaya Petronas Technical akan mematuhi semua syarat asas untuk memperolehi AP dan menyelesaikan semua tunggakan kepada kerajaan ketika membawa motosikal itu ke Malaysia,” kata jurucakap Momoto kepada The Malaysian Insider.

Momoto turut berdepan dengan kemungkinan menghadapi tuduhan jenayah kerana memiliki barang gelap (kontraban) yang dutinya tidak berbayar.

Peguam, Rajinder Singh Veriah yang mewakili Momoto dalam tuntutan itu, berkata permohonan itu difailkan dan dokumen sudah dihantar kepada Petronasl Technical.

“Mereka memfailkan penangguhan dan perkara itu dirujuk kepada aribitrari,” katanya.

Blog motosikal www.asphaltandrubber.com pada tahun lalu melaporkan bahawa motosikal Petronas FP1 disimpan sebelum ia dijenamakan semula di bawah nama Momoto ketika ia diperkenalkan kepada umum buat pertama kali sebagai Momoto MM1 pada Julai 2012.

“Dengan projek yang tidak menjadi sekian lama, nampaknya impian Petronas FP1 terkubur, sehingga kini. Dijenamakan semula di bawah nama Momoto, Momoto MM1 adalah baju baru bagi Petronas FP1,” kata blog itu.

Satu lagi laman web motosikal, motorcyclenews.com (MCN) melaporkan pada 2010, mereka menemui 60 motosikal Foggy-Petronas FP1 bernilai 25,000 pound yang disembunyikan di sebuah gudang di Essex.

Laman itu memetik Carl Fogarty – pengurus pasukan lumba berkenaan, ketua tanpa kuasa dalam projek FP1 yang sakit itu, berkata:”Anda bergurau – itu mengkagumkan!”.

Beliau berkata demikian ketika diberitahu oleh laman web berkenaan kerana menurutnya beliau diberitahu oleh pasukan berkenaan bahawa motosikal terbabit sudah dihantar ke Malaysia lima tahun lalu untuk dihapuskan. Tetapi hakikatnya semua motosikal yang pada asalnya dikeluarkan untuk FP1 bagi perlumbaan WSB masih berada di United Kingdom.

Ia berkata, koleksi itu, bernilai kira-kira 2 juta pound, berada dalam jagaan sementara menunggu pemiliknya, Petronas iaitu syarikat gergasi Malaysia menyelesaikan semua masalah berkaitan.

“Firma itu kerugian 30 juta pound dalam program WSB yang pada mulanya merancang untuk melancarkan perniagaan pembuatan motosikal bersaiz Ducati di Malaysia, tetapi ia berakhir dengan tempat ke-21 dalam kejohanan pada 2006,” kata laman itu merujuk kepada siri World Super Bike.

Menurut laman itu, motosikal berkenaan dibuat untuk Petronas oleh firma kejuruteraan MSC International di Basildon di Essex sekitar tahun 2002, dengan rekaan enjinnya oleh firma dari Austria, Suter Racing.

“Idea asalnya ialah proses pengeluaran nanti akan dilakukan di Malaysia dan membentuk permulaan pengeluaran motosikal dengan spek lebih tinggi dan rendah dengan jumlah 10,000 unit atau lebih. 75 motosikal itu dibina di Essex, diikuti 75 lagi di Malaysia, enam bulan kemudian,” katanya.
 
Em.. mcm2.. part petronas nie aku tak tahu, tapi kisah Mahathir, Tun Ismail & Khalid (sekarang menteri besar Selangor) take over Guthrie dari UK tanpa diorg tahu (UK tak nak bagi secara baik)..hanya dalam 4 jam di bursa Uk, nie kisah yang sangat mengkagumkan padahal masa tu tahun 1981-82, tak ramai orang Melayu yang pandai masa tu..:) Kisah Lagenda..setakat ni takde org kat dunia leh mainkan bursa london cam yg diorg buat..sampai london kena ubah peraturan saham mereka:) Salute!

ni kalo buat filem sanggup aku pi pawagam...harapkan citer tanda putra cam naharom je..
 
Segalanya dirancang dari Malaysia pada awalnya..masa tu yang mastermind ialah Mahathir dan Tun Ismail, diaorg hire Khalid, kebetulan dia kerja dioversea bahagian pelaburan ..ada kena-mengena dengan saham uk. Mereka perlukan orang malaysia di oversea. Masa tu, Khalid ini ibarat orang biasa sahaja.

Tak baik kita putar belit fakta, ada sesetengah perkara tidak salah kalau kita memberi appreciation walaupun ia musuh kita:)

Bg aku lah, mahatir hanya pencetus idea.wallahualam..entah2 org lain yg beri idea mana kita tau kan...yg betui patut dapat credit adalah tan Sri khalid.. Tun ismail nak yakin kan org ocbc pun tak mampu..cerita menda ni dah lama masa nak undi mahatir pun dok kempen menda nih..tengok cam mana tan Sri khalid boleh bg air free kat Selangor...mahatir yg super hebat pun tak pernah buat masa dia jadik pm.
 
samsul or KRU buat lah filem dawn raid ni.. konferm pecah pangung dunia.. ni tak habis habis gangster tora tora ngesek abang minta izin bersetubuh..rosak minda anak melayu
 
Tak dinafikan Tun mmg hebat, cuma org bdoh je yg tak puas hati...semoga kehebatan dan jasa yg Tun penah curahkan dpt membela dia dan menampung dosa yg telah dia buat....
 
untuk rakan2 cg,saya nasihatkan kalau xtau cite yg sebenar xpayah la buat cite sndr, dlm masa yg sama menyebarkan fitnah dan mengumpat. Eloknya jumpalah empunya diri, tanya betul2,sesama Islam pn kita gaduh, kan xbaik tu..1 lg nak bgtau DAP mmg jahat, proxy yahudi..peace
 
Bg aku lah, mahatir hanya pencetus idea.wallahualam..entah2 org lain yg beri idea mana kita tau kan...yg betui patut dapat credit adalah tan Sri khalid.. Tun ismail nak yakin kan org ocbc pun tak mampu..cerita menda ni dah lama masa nak undi mahatir pun dok kempen menda nih..tengok cam mana tan Sri khalid boleh bg air free kat Selangor...mahatir yg super hebat pun tak pernah buat masa dia jadik pm.

perkara ni perkara besar berbanding dgn air percuma (air nie semua org boleh buat, cuma nak atau tak nak jea..kalau nak untung lebih, tak buat. Kalau nak tunjuk cam org yg tulus, buat..simple).. masa tu khalid masih muda, aku dah lama dlm corporate..kerja besar macam ini kalau fikir secara logic memang tak mampu khalid buat sorang2..memerlukan strategist yg ramei.. tetapi terpulang pada tuan, memang cara kita diajar dari kecil cuma sorang hero tamil je yg kita sanjung..dia buat semua:)
 
Back
Top
Log in Register