Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Demonstrasi ganas taktik guling BN
Lawan gagal guna demokrasi pikat majoriti
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata pemimpin parti lawan mungkin menggunakan demonstrasi ganas dan berpanjangan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini, kata bekas Perdana Menteri kerana cara demokrasi tidak memberi kemenangan kepada mereka berdasarkan kepada sejarah serta keputusan pilihan raya terdahulu.
Beliau berkata, semua rakyat Malaysia dan pemerhati asing sehingga kini mengakui proses pilihan raya tidak dapat menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Majoriti rakyat tetap memberi kemenangan kepada BN. Kenapa tidak, semua terpaksa terima hakikat bahawa kerajaan BN membawa banyak kemajuan dan nikmat lain kepada rakyat.
“BN berjaya membawa keamanan dan kesejahteraan. Setiap rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan lebih mewah dan bahagia di bawah pemerintahan BN.
“Segala percubaan parti lawan untuk mengurangkan sokongan dan persepsi baik terhadap BN dan pemerintah yang didirikan olehnya tidak berjaya,” kata Dr Mahathir dalam entri terbaru di blog peribadi, chedet.
Dr Mahathir berkata, berdasarkan kepada sejarah merdeka dan keputusan pilihan raya yang lalu, parti lawan tentu kurang yakin mereka akan menang pilihan raya umum akan datang, sekali gus menubuhkan Kerajaan Pusat.
“Cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka, melihat penggulingan kerajaan di negara Arab, terlintas di hati pemimpin parti lawan bahawa cara demonstrasi ganas dan berpanjangan mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka.
“Maka BERSIH dicipta dan tunjuk perasaan yang besar serta ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan pilihan raya jika parti lawan gagal memenanginya.
“Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas tidak henti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan.
“Kemudian mereka akan berusaha untuk mengadakan pilihan raya sekali lagi yang boleh dimanipulasi oleh mereka,” katanya.
sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DemonstrasiganastaktikgulingBN/Article