BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,591
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,591
Reaction score
7,741
Points
916
Dell Umum Barisan Model Komputer XPS Berprestasi Terbaru, Kini Dengan Cip Intel Core Gen-13

Pengeluar komputer terkemuka, Dell Technologies telah mengumumkan barisan model terbaru komputer flagship mereka menerusi siri XPS. Siri komputer Dell XPS ini meliputi model komputer meja dan komputer riba 15 inci dan 17 inci. Bagi model komputer meja XPS terbaru ini, Dell kini menawarkan XPS Desktop (8960) dengan pilihan cip pemprosesan berkuasa sehingga Intel Core i9K Gen-13. Malah turut ditawarkan adalah pilihan kuasa grafik berkuasa dari NVIDIA (GeForce RTX 4090) atau AMD (Radeon RX 6900 XT graphics dengan memori DDR5).
xPs8960-768x582.jpeg

Dell XPS Desktop (8960).​

Selain itu, Dell juga hadir dengan 2 model komputer riba XPS berkuasa iaitu XPS 17 (9730) dan XPS 15 (9530) yang juga kini dilengkapi cip pemprosesan terbaru Intel Core i7 Gen-13.
xPs9730-768x604.jpeg

Dell XPS 17 (9730).​

Bagi model XPS Desktop (8960), ia akan mula berada dipasaran dalam bulan Mac ini juga. Manakala bagi model komputer riba XPS 17 (9730) dan XPS 15 (9530) pula, ia hanya akan berada dipasaran pada April nanti.
xPs9530-768x456.jpeg

Dell XPS 15 (9530).​

Namun begitu pihak Dell masih belum mengumumkan harga bagi kesemua model komputer XPS terbaru mereka tersebut buat masa ini.​
 
peh..ini barang mantap

saya memang peminat komputer Dell..

cooling system dia mcm mana bos
 
Back
Top
Log in Register