BTC USD 84,213.3 Gold USD 4,260.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Definisi Sebenar Silaturahim

ikhmal_ok

Super Active Member
Messages
8,894
Joined
Aug 15, 2009
Messages
8,894
Reaction score
182
Points
73
Ramai yang keliru dengan makna silaturahim, bila di Google di internet banyak mendefinisikan sebagai hubungan baik sesama muslim/manusia. Jawapannya ialah 'salah' dan tersasar.

Silaturahim merupakan hubungan sesama 'kerabat' yang mempunyai talian kekeluargaan, daripada anggota keluarga, saudara mara, sepupu sepapat, tuk nenek dan seterusnya.

Hubungan luar sesama sahabat dipanggil ukhwah, yang dilarang untuk memutuskan silaturrahim hanyalah tertakluk kepada hubungan 'kekeluargaan' (ada darah pertalian) sahaja.

***sekadar berkongsi***
 
terimakasih TT.ilmu yang bermanafaat dikongsi bersama...
 
Silaturrahim yang dituntut ialah menghubungkan silaturrahim ibubapa kita yang telah meninggal dunia.
 
Kira gaduh tak nak bertegur sapa lebih 3 ari bukan memutuskan silaturrahim la antara kawan?

Dah gaduh dgn kita, pijak2 kepala kita

Ckp dah la maafkan jelah hidup ini hanya sementara..byk cantik..

I will never forgive n forget
 
Kira gaduh tak nak bertegur sapa lebih 3 ari bukan memutuskan silaturrahim la antara kawan?

Dah gaduh dgn kita, pijak2 kepala kita

Ckp dah la maafkan jelah hidup ini hanya sementara..byk cantik..

I will never forgive n forget

Kawan bukan 'silaturrahim' ianya tidak bernasab keturunan, kawan dikira ukhwah. Jika kawan tu perangai macam 'taik' tegur macam biasa (bagi salam) kalau jumpa,,, tapi kalau tak berkawan pun takpa.

Imam Nawawi (kalau tak silap) kata 'harus' menjauhi kawan2 yang jahat ataupun kaki maksiat. hukumnya harus aka boleh.

Nabi saw bersabda, mendapat pahala orang yang memberi salam (walaupun bersengketa) walaupun salamnya tidak dijawab oleh yang pihak yang lagi satu. Maknanya untuk kes adek maness ni,,,kalau dia tegur tu jawab aje, tapi tak perlu berkawan sebab ditakuti akan membawa kepada benda2 yang lebih buruk pada masa akan dating.
 
Last edited:
Silatur = perhubungan, Rahim = nasab keturunan. Contohnya ahli keluarga, saudara mara, sepupu sepapat.
 
IMAM Ibnul Atsir berkata:
"Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan 'senasab' atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Silaturahim = menyambungkan hubungan 'kekeluargaan' yang bernasab dari atuk nenek sampai kepada kita. Juga hubungan antara keluarga 'isteri' sampai kepada kita.
 
Back
Top
Log in Register