BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Maksud Fitnah Yang Sebenar-benarnya Apa?

MuslimProgrammer

Legendary Member
gem
Messages
10,583
Joined
Apr 30, 2014
Messages
10,583
Reaction score
2,758
Points
261
salam.... maaf la... aku ni mmg jenis lembab sikit belajar..
bukan apa... sbb aku ni BUKAN jenis yg senang ikut bulat-bulat...apa yg org duk ajar, aku akan cuba faham dulu betul2 sebelum buat kesimpulan....
so sbb tu lah aku ni lembab... duk ajar bnyk kali, tp tak faham2 lg..

contoh yg aku keliru dari dulu,,, org slalu duk ckp "fitnah wanita itu adalah fitnah yang paling besar"

aku dari dulu duk fikir,,, maksudnya perempuan tu suka BUAT TUDUHAN PALSU pada org ke mcm mana??

bila aku duk dengar beberapa artikel dan ceramah, baru la aku tau,, rupanya maksud sebenar fitnah kalau ikut Bahasa Arab adalah "ujian"....

tp kalau org Melayu, dia sebut fitnah tu mmg dia maksudkan "tuduhan yang tak betul"....
tp Bahasa Arab, fitnah tu sebenarnya maksudnya adalah "ujian" ..tapi bukan ujian yg biasa2...tapi fitnah ni boleh kata mcm ujian yang boleh meragut kedamaian atau meragut keamanan atau yang merosakkan...

so, sekarang ni baru la nmpk logik ayat-ayat seperti:
- "fitnah wanita itu adalah fitnah yang paling besar"
- "fitnah-fitnah akhir zaman"

tu je aku nak share....kalau aku salah, mohon betulkan...
boleh bagi pandangan kalau ada nk tambah ....atau kalau ada salah..
atau kalau nk persoalkan apa-apa ke....

.
.

ARAB
fitnah = ujian yang boleh merosakkan
memfitnah seseorang = menguji/menekan seseorang hingga boleh merosakkan

.

MELAYU
fitnah = tuduhan palsu
memfitnah seseorang = menuduh seseorang dgn tuduhan palsu









 
Last edited:

Menghadapi fitnah medsos akhir zaman​

June 7, 2021

https://www.facebook.com/sharer.php...1/06/07/menghadapi-fitnah-medsos-akhir-zaman/
https://twitter.com/intent/tweet?te...fitnah-medsos-akhir-zaman/&via=harakahdailyHD
https://carigold.com/forum/whatsapp...1/06/07/menghadapi-fitnah-medsos-akhir-zaman/
https://www.linkedin.com/shareArtic...n/&title=Menghadapi+fitnah+medsos+akhir+zaman
https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/07/menghadapi-fitnah-medsos-akhir-zaman/#
https://telegram.me/share/url?url=h...an/&text=Menghadapi+fitnah+medsos+akhir+zaman
medsos-696x391.jpg

Oleh NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK

ADA
empat perkataan di atas. Pertama: Menghadapi. Mahu tidak mahu ia tetap berlaku. Tidak boleh berundur. Nabi berpesan:

الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ ، أَعْظَمُ أَجْرًا مِنَ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ ، وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ

Maksudnya: Mukmin yang masuk dalam masyarakat, sabar menanggung kesusahannya, lebih besar pahala daripada mukmin yang tidak bergaul dengan manusia, dan tidak sabar menanggung kejahatan mereka.

Kedua: Fitnah. Dalam bahasa Arab, ia merujuk kepada ujian, cubaan, baik atau buruk. Dalam bahasa Melayu, ia lebih tertumpu kepada makna pembohongan yang dibuat dalam bentuk kata-kata, tulisan terhadap orang lain dengan pelbagai maksud dan tujuan. Di antaranya untuk melunturkan kepercayaan terhadap seseorang atau kumpulan dan ‘caracter assasination’/pembunuhan watak supaya orang atau kumpulan itu jatuh dan sebagainya.
Advertisement
Di zaman Nabi, Aisyah rha dituduh ada skandal dengan Safwan bin Muattal, seorang sahabat Nabi SAW yang membawa balik Aisyah dari tempat ia tertinggal dari Nabi selepas Aisyah agak lama di tempat qada’ hajat. Antara yang awal melihat Aisyah dibawa balik dengan Aisyah menunggang kuda dan Safwan menariknya ialah Abdullah bin Ubai bin Salul, ketua munafik. Beliau berkata: “Isteri Nabi kamu bermalam dengan seorang lelaki”. Tuduhan palsu atau fitnah itu segera beredar dalam kalangan umat Islam. Mereka yang kuat imannya tidak percaya dengan fitnah itu. Mereka yang nipis imannya teragak-agak dengan beritu palsu itu. Allah menurunkan ayat Al-Quran membebaskan Aisyah daripada tuduhan jahat itu.
Ketika Nabi SAW berkempen kepada para sahabat untuk membantu perjuangan, ada sahabat yang menyumbang banyak. Orang munafik berkata (kalau bahasa kita sekarang): “Nak tunjuk kat orang lah tu”. Datang sahabat yang miskin memberi sedikit bantuan kerana itu sahaja yang ada. Orang munafik berkata (kalau dengan bahasa sekarang): “Sikit sangat. Baik tak payah”. Sedangkan para munafik itu langsung tidak membantu. Yang dia tahu hanya komen.
Pendek kata, kalangan munafik dan yang ada sifat munafiklah yang paling banyak memporak-perandakan sistem masyarakat dan menabur pelbagai fitnah dalam kalangan masyarakat, dulu dan kini.
Ketiga: Medsos iaitu media sosial. Di zaman canggih teknologi maklumat ini, media sosial seperti FB, Instagram, WhatsApp, Telegram, TikTok, Twitter antara aplikasi yang banyak digunakan. Ia seperti pisau. Ada di tangan pencuri, ia digunakan untuk membuat jahat. Ada di tangan surirumah, ia digunakan untuk menyiang ikan atau mengupas bawang. Medsos tidak salah. Ia tiada hukum. Yang betul atau salah, ialah orang yang menggunakan Medsos itu. Dan hukum halal, haram berkait dengan tindakan yang dibuat oleh seorang mukallaf. Artikel, tulisan, komen yang baik sekelip mata beredar menjadi pahala kepada yang menulis. Sebaliknya pemfitnah yang mereka-reka, menokok- tambah, memanipulasi kenyataan dan lain-lain, lalu menyebarkannya, dengan segera juga mendapat dosa. Tinggal lagi ia tidak dilihat dengan mata, dan Allah tidak pula segera membalasnya.
Keempat: Akhir zaman. Kita memang berada di akhir zaman. Menjauhi 1,500 tahun daripada zaman Nabi. Semua tanda kecil akhir zaman berlaku. Hadis-hadis akhir zaman yang memberi panduan kepada mukmin wajar diberi perhatian. Akhir zaman seperti potongan malam yang gelap. Benar dan salah sudah terbalik. Yang baik dianggap jahat dan yang jahat dianggap baik dan sebagainya.
Justeru, dalam menghadapi fitnah medsos akhir zaman ini, saya mengingatkan kepada para pemfitnah: Kamu jangan ingat tulisan, lukisan, grafik, komen, apa yang kamu forwardkan, semua itu dapat dipadam dengan mudah, dibiar tanpa didedah, dimanipulasi dengan sewenang-wenangnya, diputar-belit dengan sesuka hatinya. Kalau kamu itu Muslim, takutlah dengan azab Allah di akhirat, di kubur atau di dunia. Kalau kamu mahu menunaikan tanggungjawab suruh yang baik dan larang yang mungkar, ia ada adabnya. Pelajari adab-adab itu supaya teguran yang dibuat berpahala dan bukan menjadi fitnah dan dosa.
nik-nasri.jpeg
NIK MUHAMMAD NASRI NIK MALEK
Kepada orang yang difitnah, jangan biarkan diri anda terdedah dengan sesuatu yang tidak baik hingga orang lain mudah memfitnah anda. ‘Fitnah itu tidur, jangan kejutkan ia’. Kalau anda benar, dan memang si pemfitnah itu mahu memfitnah anda, yakinlah dengan hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa doa orang yang dizalimi diperkenankan Allah, dan anda perlu bersabar kerana anda sedang mengumpulkan pahala daripada si pemfitnah itu. Nabi SAW adalah manusia paling baik dan sempurna, namun Baginda SAW tidak juga terlepas daripada fitnah dari kaum munafik. Justeru, bersabarlah. – HARAKAHDAILY 7/6/2021
Penulis ialah Pegawai Khas (Agama) Pejabat Menteri Besar Terengganu.
 
Fitan dgn namimah
Tribulasi dgn nama busuk,mengata,batu api,fitnah,kaki laga,mengadu domba,mulut longkang.
 
Back
Top
Log in Register