BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DeepSeek kena godam selepas malukan teknologi AS

1739260704631.png
 
DeepSeek Tidak Lagi Boleh Di Muat-Turun Di Korea Selatan

Aplikasi DeepSeek kini tidak lagi boleh dimuat turun menerusi stor aplikasi di Korea Selatan sejak Sabtu lalu. Halangan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi (PIPC) selepas DeepSeek mengakui gagal mengambil kira beberapa peraturan untuk melindungi data peribadi pengguna.

DeepSeek-Ban-Haram-950x535.jpg.webp


Walaupun aplikasi tidak lagi boleh dimuat turun, perkhidmatan masih lagi boleh diakses menerusi web dan juga aplikasi peranti pintar. Setakat ini Korea Selatan, Australia dan Taiwan sudah mengeluarkan arahan mengharamkan pemasangan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan. Risiko keselamatan data yang dihantar ke China menjadi sebab mengapa arahan dikeluarkan.

Model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek R1 mendapat perhatian ramai selepas kemampuannya didapati lebih baik model yang dibangunkan oleh Google dan OpenAI tetapi dengan kos pembangunan yang beratus kali ganda lebih murah. Model R1 kini memulakan trend chatbot AI memaparkan cara ia berfikir kepada pengguna dengan jalan kerja diberikan semasa proses memberikan jawapan diberikan.
Sumber asal https://www.reuters.com/technology/...y-suspends-local-service-deepseek-2025-02-17/
 
Amerika Memulakan Usaha Mengharamkan DeepSeek Pada Peranti Milik Kerajaan

Amerika akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan. RUU yang digubal menerima sokongan daripada wakil kerajaan dan pembangkang semalam dengan pengharaman dilakukan atas dasar memastikan keselamatan negara.

DeepSeek-Ban-Haram-950x535.jpg.webp


Setakat ini hanya NASA dan Tentera Laut Amerika Syarikat telah mengeluarkan arahan mengharamkan penggunaan model kecerdasan buatan (AI) dari China ini pada peranti milik kakitangan serta anggota. Sekirnya RUU diluluskan, Amerika akan mengikuti langkah Taiwan, Korea Selatan dan Australia yang terlebih dahulu mengharamkan penggunaan DeepSeek pada peranti milik kerajaan. RUU yang diacadangkan ini adalah kurang ekstrem berbanding RUU yang dicadangkan oleh seorang senator awal minggu ini yang ingin mengharamkan terus DeepSeek dari Amerika Syarikat. Beliau juga meminta hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda $1 juta untuk orang perseorangan dan $100 juga untuk syarikat.
 
Pengguna DeepSeek Di Amerika Kelak Boleh Di Kenakan Hukuman Penjara 20 Tahun

Apakah hukuman yang perlu dikenakan sekiranya anda menggunakan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek? Jika anda di Amerika Syarikat, ia mungkin hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda sehingga $1 juta untuk orang perseorangan atau denda $100 juta untuk syarikat yang didapati bersalah menggunakan AI yang dibangunkan oleh China.

Rang undang-undang (RUU) mengenakan hukuman berat ini telah dicadangkan senator daripada parti Republikan Josh Hawley baru-baru ini. Menurut beliau, RUU dicadangkan supaya warga Amerika Syarikat tidak membantu memajukan keupayaan AI Republik Rakyat China.

China Amerika


Walaupun model AI buatan China seperti DeepSeek belum diharamkan penggunaannya, penganalisa sekuriti di Amerika Syarikat telahpun memberi amaran data pengguna dihantar kepada pelayar yang terletak di China. Minggu ini kita melihat Australia dan Taiwan mengharamkan penggunaan DeepSeek pada peranti milik kerajaan dan juga penjawat awam disebabkan oleh risiko keselamatan.

Perang teknologi AI antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat dua minggu lalu selepas DeepSeek R1 dilancarkan secara sumber terbuka. Kemampuannya adalah lebih tinggi berbanding model AI berbayar yang ditawarkan oleh OpenAI dan Meta sehingga menyebabkan nilai sahaja beberapa syarikat teknologi Amerika Syarikat jatuh sehingga $1 trilion.

DeepSeek dikatakan boleh melatih model AI mereka dengan kos yang jauh lebih rendah menggunakan perkakasan yang tidak mempunyai kuasa pemprosesan yang sama.

Sumber asal https://www.independent.co.uk/tech/deepseek-ai-us-ban-prison-b2692396.html
 
Taiwan Haramkan Penjawat Awam Menggunakan DeepSeek

Penggunaan model DeepSeek R1 kelak akan disokong pada Copilot+ PC dengan model kecerdasan buatan (AI) China ini dilihat sebagai alternatif yang akan digunakan Apple bagi menyokong Siri di China kelak. Sungguhpun jumlah pengguna chatbot ini tinggi sehingga menjadikannya aplikasi nombor satu di App Store, Taiwan telah mengharamkan penjawat awam daripada menggunakannya atas sebab-sebab keselamatan

DeepSeek-Logo-950x535.jpg.webp


Kementerian Hal Ehwal Digital Taiwan mengatakan penjawat awam dan kemudahan infrastruktur kritikal tidak seharusnya menggunakan DeepSeek kerana wujud penghantaran rentas sempadan dan kebocoran maklumat yang boleh membahayakan keselamatan maklumat negara. Data pengguna DeepSeek menerusi aplikasi dihantar ke pelayar yang terletak di China.

Ini adalah penyebab mengapa Microsoft akan menyokong DeepSeek R1 pada Copilot+ PC yang membolehkan ia dijalankan terus daripada komputer tanpa sambungan internet. Data tidak akan dihantar ke pelayar sekaligus memastikan keselamatan privasi pengguna.
 
Australia Turut Haramkan Penggunaan DeepSeek Pada Peranti Milik Kerajaan

Australia mengikuti langkah Taiwan dengan mengharamkan penggunaan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek R1 pada kesemua komputer dan telefon pintar yang dimiliki oleh kerajaan. Arahan diberikan oleh Setiausaha Jabatan Dalam Negeri, Stephanie Foster selepas melihat risiko keselamatan ke atas kerajaan Australia.

DeepSeek-Logo-950x535.jpg.webp


Pengharaman adalah dalam bentuk penggunaan DeepSeek R1 menerusi laman web dan juga aplikasi yang dipasang pada peranti milik kerajaan. Bermula hari ini semula entiti bukan korporat di dalam komanwel Australia perlu memastikan produk, aplikasi dan perkhidmatan web tidak menggunakan model DeepSeek R1. Australia menjadi negara Five Eyes pertama mengharamkan penggunaan model yang dibangunkan oleh syarikat China ini. Pada waktu yang sama Microsoft baru-baru ini mengatakan ingin menyokong DeepSeek R1 pada semua Copilt+ PC dengan ia dijalankan terus daripada mesin tanpa sambungan internet.

Sumber asal https://www.reuters.com/technology/...-devices-citing-security-concerns-2025-02-04/
 
Back
Top
Log in Register