BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

DBKL Naik Taraf Kompleks Krematorium, Kurangkan Tempoh Menunggu Waris

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141

DBKL Naik Taraf Kompleks Krematorium, Kurangkan Tempoh Menunggu Waris​

b42abf01459aba2f4522f838c87e51d76a4df5fb8e60f

--Kredit Dbkl

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan projek naik taraf Kompleks Krematorium DBKL di Jalan Kuari, Cheras bagi mengurangkan tempoh menunggu waris dan meningkatkan kualiti perkhidmatan penghormatan terakhir kepada komuniti bukan Islam.

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan projek bernilai RM45 juta itu telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Rancangan Pertama (RP1) Tahun 2026.

“Kompleks Krematorium DBKL yang beroperasi sejak 1977 adalah antara kemudahan krematorium awam terbesar di Malaysia dengan purata 5,844 operasi kremasi (pembakaran mayat) setiap tahun.

“Seiring dengan peningkatan permintaan, projek ini akan menambah jumlah mesin kremator (tempat pembakaran mayat) daripada tujuh kepada 10 unit, sekali gus meningkatkan kapasiti harian daripada 18 kepada 27 operasi kremasi,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan projek berkenaan yang kini pada peringkat prapelaksanaan dan dijangka siap pada 2029 merangkumi penaiktarafan ruang menunggu dan kemudahan sokongan yang lebih moden, selesa dan mesra pengguna.

Menurut DBKL, sepanjang tempoh pembinaan, empat unit mesin kremator akan disediakan sementara bagi memastikan operasi perkhidmatan kepada masyarakat tidak terjejas.

“Pelaksanaan projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan DBKL meningkatkan standard penyampaian perkhidmatan awam melalui penambahbaikan sistem, tadbir urus dan kecekapan operasi.

“Pendekatan ini selaras dengan pembaharuan organisasi DBKL yang memberikan penekanan kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berakauntabiliti,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata setiap kemudahan awam perlu memenuhi standard yang jelas supaya rakyat menerima perkhidmatan yang boleh diharapkan apabila mereka memerlukannya.

 
Back
Top
Log in Register