BTC USD 83,898.0 Gold USD 4,134.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Datuk Siamang Gagap

seether

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,415
Joined
Jul 30, 2010
Messages
28,415
Reaction score
6
Points
311
siamangwc0.jpg

Lakaran wajah Datuk Siamang Gagap

Kahar Mukmin berjaya halau Inggeris dalam Perang Bukit Putus

Jika negeri lain berbangga kerana memiliki pahlawan terbilang menentang Inggeris, Negeri Sembilan juga tidak terkecuali mempunyai tokoh yang boleh dibanggakan dan disanjung tinggi kerana berjuang menentang penjajah itu.

Kahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk Siamang Gagap adalah tokoh terawal yang menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus", peristiwa yang menjadi titik tolak kepada campur tangan Inggeris di negeri yang terkenal dengan adat Perpatih itu.

Sebenarnya, campur tangan Inggeris di Negeri Sembilan berpunca daripada krisis dan pergolakan takhta kerajaan negeri antara Tengku Laksamana Antah dan Tengku Ahmad Tunggal pada 1872 iaitu selepas kemangkatan Yamtuan Imam.

Datuk Siamang Gagap yang berasal dari suku Tanah Datar di Seri Menanti adalah pembesar Istana Seri Menanti dan kedudukannya ketika itu sama seperti Menteri atau Bendahara yang mengetuai pentadbiran dalam takhta kerajaan.

antah.JPG

Yam Tuan Antah ibni Yam Tuan Raja Radin (ditengah-tengah)

Beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap apabila dikatakan bersendirian dalam menentang orang Rawa (Temusi) yang cemburu dengan kemajuan dan kemakmuran Seri Menanti dan kerana kehandalannya itu beliau diberi gelaran itu oleh Yamtuan Radin.

masjidty6.jpg

Masjid yang dibina Datuk Siamang di Kampung Terusan Juasseh

Walaupun Yamtuan Radin mangkat pada 1861, Datuk Siamang Gagap masih menjadi pembesar istana yang penting di bawah pentadbiran Yamtuan Imam yang menggantikan kekandanya itu dari 1861-1869.

Kemangkatan Yamtuan Imam menyebabkan berlaku krisis mencari pengganti baginda dan Tengku Ahmad Tunggal, putera sulung Yamtuan Radin dikatakan menuntut hak supaya dirinya dilantik menjadi Yamtuan.

Namun, atas sebab-sebab tertentu, pembesar istana dikatakan enggan melantiknya dan Datuk Siamang Gagap secara tegas mengangkat Tengku Ampuan Intan, yang juga isteri kepada Yamtuan Radin sebagai pemangku takhta kerajaan.

Sebenarnya, keputusan Datuk Siamang Gagap melantik Tengku Ampuan Intan itu tidak mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana yang kemudian melantik Tengku Laksamana Antah, putera Yamtuan Radin iaitu anak saudara kepada Yamtuan Imam menaiki takhta kerajaan pada 1972.
Pelantikan Tengku Laksamana Antah sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas kemangkatan Yamtuan Imam mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.

Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sejarah takhta kerajaan yang membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah Negeri Sembilan sebagai "Perang Bukit Putus".

Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri Menanti dan bertemu dengan Datuk Kelana Putera, Undang Luak Sungai Ujung iaitu Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman yang simpati dengan nasibnya.

Pada masa ini, Inggeris yang sudah pun memerintah Melaka dengan menerima arahan dari Singapura sejak perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein Shah pada 7 Mac 1819 memainkan peranan untuk mencampuri urusan di Negeri Sembilan.

Inggeris yang datang ke Sungai Ujung (dikenali Seremban) sebenarnya terpikat dengan bijih timah menyatakan sokongan kepada Datuk Kelana Putera dan berjanji memberi bantuan kepadanya sekiranya hendak menyerang Seri Menanti dalam usaha membantu Tengku Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan.

Menerusi janji dan bantuan Inggeris itu menyebabkan krisis takhta kerajaan negeri bertambah parah yang akhirnya berlaku peperangan antara Sungai Ujung dan Seri Menanti yang dikenali sebagai "Perang Bukit Putus".

Dalam peperangan itu, penduduk Seri Menanti yang berdiri teguh di belakang Yamtuan Antah diketuai oleh Datuk Siamang Gagap sementara penduduk Sungai Ujung diketuai Kapten Murray, seorang pegawai tentera Inggeris.

antah.JPG

Yam Tuan Antah ibni Yam Tuan Raja Radin (ditengah-tengah)

Pada peringkat awal, pasukan Datuk Siamang Gagap berjaya mengundurkan lawan hingga ke Paroi tetapi pihak Inggeris kemudian menambah kekuatan dengan membawa askar sepoi dari Melaka untuk membantu.

Pihak Inggeris dengan senjata lengkap akhirnya memenangi pertempuran pada 1874 itu dan bagi mengelakkan ditawan, Yamtuan Antah melarikan diri ke Johor sambil Datuk Siamang Gagap meneruskan perjuangan menentang kemasukan Inggeris ke Seri Menanti.

Ketika Datuk Siamang Gagap merancang mahu bertindak balas, beliau mendapat tahu Yamtuan Antah dikatakan sudah menerima syarat berdamai yang dibuat oleh Fredrick Alusysweld.

Namun, dikatakan perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Inggeris pada 4 Jun 1887 itu terus mendapat tentangan daripada Datuk Siamang Gagap dan bagi mengendurkan suasana, pihak Inggeris dikatakan menawarkannya menunaikan fardu haji ke Makkah.

makamxx2.jpg

Makam Datuk Siamang di Masjid Kampung Terusan Juasseh, Kuala Pilah.

Ketika pemergian Datuk Siamang Gagap ke Makkah, Inggeris dikatakan mengambil kesempatan memeterai perjanjian dengan Yamtuan Antah dan apabila pulang beliau akhirnya terpaksa mengalah sebaik mengetahui perjanjian itu sudah ditandatangani.

Selepas menandatangani perjanjian itu, Inggeris berjaya meletakkan pengaruhnya dengan lebih berkesan di Seri Menanti dan kedudukan bandar diraja itu kian tersepit selepas Yamtuan Antah mangkat kira-kira empat bulan selepas perjanjian itu.

Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras menentang.

Akibat penentangan itu, pihak Inggeris dikatakan melantik Tuanku Muhammad menjadi Yamtuan dan akhirnya pada 13 Julai 1889, Inggeris menamakan Martin Lister sebagai Residen Inggeris pertama di Negeri Sembilan.

Mengikut sumber Datuk Siamang Gagap yang benci dan menentang kuat terhadap Inggeris kemudian mengundurkan diri daripada menjadi pembesar istana dengan melarikan diri ke Pahang selepas penjajah itu campur tangan sepenuhnya di negeri berkenaan.

FAKTA: Datuk Siamang Gagap

Nama sebenarnya Kahar Mukmin.

Gagap sewaktu kecil tetapi masalah itu diatasi sebaik dewasa.

Mempunyai badan sasa dan tegap dengan bulu mata kening tebal menutup pelupuk mata.

Pernah dikatakan belajar di Sumatera, Indonesia.

Berkahwin dengan gadis bernama Cik Kembang.

Mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap selepas menewaskan orang Rawa secara sendirian.

Pembesar istana dan terbabit dalam pelantikan Yamtuan.

Mengetuai pasukan Yamtuan Antah menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus".

Dikatakan melarikan diri ke Pahang selepas Inggeris menguasai Seri Menanti.

Dikatakan meninggal dunia di Makkah, Pahang dan Kampung Terusan.
 
Last edited:
sayang masjid tu x dipeliharan dengan baik dan dijadikan sebagai satu dari nilai sejarah n9
 
perasan.. 'jalan siamang gagap'
tak pernah nak google dari mana asalnya...
 
[Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras menentang.

dan kerana peristiwa ini jugalah berlaku perpecahan dalam istana,,
salah seorg anak yamtuan melarikan diri ke sumatera..
kemudiam kembali ke tanah melayu sebagai rakyat biasa/guru silat#:-S
 
terasa mcm baca mastika la pulak hihi
 
[Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras menentang.

dan kerana peristiwa ini jugalah berlaku perpecahan dalam istana,,
salah seorg anak yamtuan melarikan diri ke sumatera..
kemudiam kembali ke tanah melayu sebagai rakyat biasa/guru silat#:-S

ade aku dpt info dari web tp tataw related ke x..layan..

Apabila Yam Tuan Antah pulang ke Seri Menanti, pihak Inggeris telah bertindak berunding dengan dengan Dato Undang-Dato Undang Sg Ujong, Rembau dan Jelebu bagi mengekalkan keamanan di Negeri Sembilan. Ini dapat dilihat melalui Perjanjian Seri Menanti 23-11-1876 dan 4-6-1887 antara Inggeris dan Yam Tuan Antah dan dato'-dato penghulu luak Tanah Mengandong, Perjanjian Inggeris dan Sg Ujong pada 31-5-1877, Perjanjian Inggeris dan Rembau pada 31-3-1877 dan Perjanjian Inggeris dan Jelebu pada 26-4-1877.

Bagi tahun-tahun sehingga 1898, Sg Ujong, Rembau dan Jelebu adalah nagari-nagari bebas dan tidak tertakluk dibawah pemerintahan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan.

Pada 29-4-1898, dengan rundingan oleh pihak Inggeris , Undang Sg Ujong, Rembau dan Jelebu telah kembali kedalam Gabungan Negeri Sembilan melalui suatu Perjanjian antara Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah (anakanda Yam Tuan Antah) dan Undang-Undang berempat.

Antara perkara yang digariskan adalah adalah dapat dilihat dalam Bab 2 Perjanjian tersebut adalah:

“ MAKA sekarang telah kembalilah Undang yang Empat menabalkan beta menjadi raja di dalam Negeri Sembilan kerana mengikut peraturan yang telah dibuat oleh orang tua-tua.”

Melalui Perjanjian inilah kuasa Undang Luak untuk menabal Yang Di Pertuan di maktubkan seperti adat ketika menabal Raja Melewar dahulu dan tidak ada lagi peraturan ini boleh dibelakangi oleh sesiapa pun termasuk orang Besar Istana waimma besar mana pun pengaruhnya.

janji1.JPG

Perjanjian Yam Tuan Seri Menanti dan Dato Undang Berempat
29-04-1898

Dengan siri-siri Perjanjian dengan Inggeris oleh Yam Tuan Seri Menanti, maka tersingkirlah pengaruh Dato Siamang Gagap dan tiada lagi dia memegang apa-apa jawatan dalam Istana.
 
yup..tapi masih ade lagi yg disembunyikan dr pengetahuan umum..
yang kekal menjadi rahsia..tuan nye badan yg meninggalkan istana pon telah berpesan pada anak2nya..jgn sesiape dr waris beliau pergi ke istana dan menuntut hak..beliau pon dah pergi mengadap ilahi kire2 29 tahun lepas di Sg Buloh ,Selangor..Al-Fatihah..
apapon..trima kasih kerana berkongsi :)cgrock:)cgrock
 
sama2..al-fatihah...maybe keturunan beliau
berpegang teguh pada pegangan..yup..mesti ade untold story
yang kite xtaw..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register